Search This Blog

Monday, 2 September 2019

Review Zetter Suites & Pasar Malam Brinchang di Cameron Highlands

Next day, saya check in di ZETTER SUITES yang terletak di Golden Hill. Tujuan utama adalah untuk memudahkan urusan ke pasar malam Brinchang. Mudah hanya perlu turun dari rumah dan berjalan sedikit ke pasar. Dari tingkap rumah pun boleh nampak pasar. Alhamdullillah dapat view direct pasar malam. Btw, Zetter Suites ni boleh dikatakan macam rumah kedai juga lah.

Zetter Suites ada price for 2 person and 4 person kalau tak silap. Lobi hotel walaupun kecil tapi designnya cantik, nampak eksklusif, elegant dan grand. Papan tanda pun nampak cantik. Urusan check in take times juga kalau ramai orang sebab kaunter ada 2 je. Resit deposit keselamatan/kehilangan barang buat manually, tu belum lagi kalau guest tanya banyak soalan dengan staf hahaha. 


  

 
Rumah saya terletak di tingkat 2. Check in untuk ambil kunci bilik dan kad touch masuk parking. Balik nanti pun kena keluar parking dulu baru check out. Sebab kena touch kad tu bila nak keluar. Rumah memang superb cantik, menggunakan warna white-choc-grey which clearly look like western concept. 

Disebabkan saya pilih rumah untuk 2 orang, so ada 1 bilik. Ada tv, sofa, meja kopi, meja dan kerusi makan, katil, meja solek, almari, dapur yang dilengkapi fridge, microwave dan sudu pinggan cawan untuk 2 orang. 






Ada juga induction cooker and water heater tapi takde sudip, pinggan mangkuk sudu extra dan kuali. Takpasti lah kena minta ke tak. Atau kena pandai-pandai lah bawa dari rumah. Tapi maybe tak bagi masak lah kot. Sebab kalau masak memang bersepah, berminyak dan berair kawasan situ especially mesti satu rumah berbau masakan. Tapi apa gunanya ada induction cooker.


Tandas simple je. Tapi tak berapa secure sangat sebab rumah saya terletak betul-betul di laluan nak ke lif. So ramai lalu lalang dekat situ. Tingkap tandas memang bersebelahan je dengan laluan tu. So, takboleh lah nak bukak tingkap tandas untuk pengudaraan yang lebih baik. Otherwise, anda boleh nampak orang lalu and orang lalu boleh nampak anda.



Dari tingkap bilik, boleh nampak PASAR MALAM BRINCHANG. Jalan tu akan penuh lah dengan pasar bila waktu malam. Lewat petang pun dah start busy jalan ni, sebab peniaga nak punggahkan barang untuk bukak pasar.


Waktu malamnya pula, memang meriah pasar malam Brinchang ni. Pasar malam ni boleh consider as panjang jugak lah.


Macam KEA FARM MARKET juga, ada jual macam-macam dekat sini tapi ada makanan panas juga. Strawberi, strawberi coklat, bebola ubi manis, pizza, madu sarang lebah, sayuran bergoreng, air pelbagai rasa, sup, mee goreng dan sebagainya. Saya borong makanan untuk makan malam dan strawberi je.





   






Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...