Search This Blog

Sunday 28 April 2019

Godiva Belgium 1926 (Malaysia) Central Icity Menu and Price

Review Godiva Belgium 1926 (Malaysia) di Central I-City, Shah Alam.

Lokasi lain adalah di NU Sentral, Pavilion KL, Suria KLCC, My Town KL, Gurney Paragon Mall, Imago Shopping Mall, Genting Highland Premium Outlet, The Gardens Mall, Johor Baru City Square, Genting Sky Avenue, Bangsar Shopping Centre. For details, boleh refer https://www.godiva.my/myen/malaysia.

Haritu ada offer & promotion RM25: A cup of hot chocolate & a choice of pastry.
Harga sebenar hot chocolate (RM23) + pastry (tak sure)

Gateau Opera
Gateau opera (rasa biasa-biasa je). Terdiri daripada beberapa lapisan kek. Paling suka konsistensi choc bahagian paling atas. Tak terlalu keras, tak terlalu lembut, tak terlalu melekat.

 Ni tak berapa gemar sebab rasa dia. Maybe because of marzipan. Rasa dia macam kek ni dah lama.

Look nice, exclusive and professional in term of presentation. Rasa pun biasa-biasa je.  

Dark choc sin & choc cheese cake (tak sure yang mana satu).

Twist chocolate soft serve
Twist chocolate soft serve (RM23)
Selain itu, ada flavor vanilla white choc dan dark choc.
Twist choc adalah gabungan antara white and dark choc. Yang mana pening-pening tu bolehlah pilih yang ini. Ada dua-dua rasa. Dapat rasa dua-dua dengan satu harga. Kon aiskrim dan coklat hancur yang sangat rangup. Very recommended. Choc signature Godiva buatkan ia nampak mahal. and yeah memang agak mahal pun.

Assorted chocs

Assorted chocs
Outlet Godiva dekat sini tak terlalu besar. Tempat lain pun sama kot. Meja pun very limited.  Kebanyakan pelanggan selalu beli and take away aiskrim Godiva.

Assorted chocs in exclusive packaging
Antara produk coklat lain yang dijual adalah:  

1)Sables Fine Butter Biscuits
2) Biscuits (dark choc, assorted choc, darc choc with vanilla filling, milk choc, dark truffe heart, Godiva signature, box, gift box, tin box) 

3) Cocoa (milk choc, dark choc)

4) Pearls (milk choc with cappucino, white choc, dark choc mint, milk choc, dark choc)

5) Salted caramel blond choc, 42% milk choc, hazelnut crisp 42% milk choc, 68% dark choc, pink hamalayan salt 68% dark choc, orange & ginger 68% dark choc, toasted coconut 68% dark choc)

6) Wrapped Choc: choc gift box with panda, choc gift box with giraffe, choc gift box with tiger, choc gift box with bear, dark mint choc truffle, strawberry cheese cake milk choc truffle, lava cake dark choc truffle, matcha milk choc truffle, dark choc truffle, milk choc truffle
7) Iced Chocolixir: mint dark choc, milk choc, dark choc decadence, dark choc raspberry

Packaging memang tip top. Sesuai lah kalau nak hadiahkan dekat orang. Tak payah pening-pening dah nak pilih hadiah apa dengan nak fikir pembalutnya lagi. Pilih je gift box atau coklat-coklat yang dah siap dibungkus dengan kotak yang nampak eksklusif + reben sekali. By the way, nak hadiahkan dekat diri sendiri pun boleh sebagai reward.
 






 


Tuesday 23 April 2019

Kek dan Makanan Best di Gula Cakery Kota Kemuning

Ini merupakan review menu dan makan di Gula Cakery Kota Kemuning Part 2.

Antara pilihan kek yang boleh didapati di Gula Cakery Kota Kemuning adalah seperti di bawah:

pelbagai pilihan kek dan donut
 Lemon poppyseed opera cake, coffee opera cake and etc

pelbagai pilihan kek dan donut
Doughnuts - nutella, ferro and etc

pelbagai pilihan kek dan donut

Maybe ni second time mention, kek dekat Gula Cakery tak pernah mengecewakan. Very generous with topping and very sweet too. Better kalau satu slice kek tu kongsi reramai untuk tak muak dan nak sedapkan hati bila makan benda manis. Menariknya dekat Gula Cakery ni, kek cepat je abis. And bila abis, akan diganti dengan kek lain. Jadi soal fresh tu takde masalah. Daripada pemerhatian, kek yang diganti biasanya kek lain-lain dari sebelumnya. Kadang bila dah order dan tengah makan, nampak pulak kek baru yang lain dekat display.

Toffee nut latte Gula Cakery Kota Kemuning
Toffee nut latte (RM15.00). Cantik layer dia..

Matcha green tea latte Gula Cakery Kota Kemuning
Matcha green tea latte (RM12.50)

Creamy mushroom soup at Gula Cakery Kota Kemuning
Creamy mushroom (RM10.90). Very recommended because sooo creamy. Garlic bread is crispy.

Seafood carbonara at Gula Cakery Kota Kemuning
Seafood carbonara (RM19.90). Sooo creamyy.. Tengok lah presentation seafood carbonara ni. Nampak dengan jelasnya udang dan surimi ketam. Memang puas hati. Sos carbonara banyak.

Grilled chicken chop Gula Cakery Kota Kemuning
Grilled chicken chop (RM24.90). Served with coleslow, green lettuce salad, fries, grill tomatoes and caramelized onion.

Nasi kerabu at Gula Cakery Kota Kemuning
Nasi kerabu (RM22.90). Quite pricey kalau nak dibandingkan dengan nasi kerabu yang biasa dijual. Tapi yang menariknya, ayam percik dia. Should try.

Tambahan lain, minum chai latte (RM11.50), triple chocolate cheese cake (RM16.00), onde onde crepe cake (RM15.00) and salted caramel bake cheesecake (RM16.00). Setiap kali pergi kek mesti lain-lain.

Ni adalah lokasi Gula Cakery. Senang je nak cari parking. Dekat atas boleh makan juga tapi limited spaces sebab ada kawasan untuk baking class

Sunday 21 April 2019

Massage Service at Thai Odyssey Setia City Mall

Thai Odyssey menawarkan pakej seperti Traditional Thai Massage, Thai Aromatherapy Massage, Thai Herbal Therapy, Traditional Foot Massage, Half Body Massage, Body Scrub, Ultimate Thai Odyssey, Hot Stone Massage dan Signature Massage.

Saya memilih Traditional Foot Massage untuk melegakan bahagian kaki. Rawatan dibuat tanpa membuat temu janji terlebih dahulu. Tapi nasib baik ada kekosongan slot. Disebabkan sebelum ini pernah mengunjungi dan mendapatkan rawatan di sini, dapat urutan kepala dan bahu secara percuma. Walaupun sekejap, tapi terasa jugak urutannya. Yang bestnya, diberi secara percuma kan. Harga urutan kaki adalah RM82.70 termasuk 6% SST untuk urutan selama 60 minit.

First, saya diberikan selipar dan dibawa ke satu bahagian untuk dicucikan dan dibersihkan kaki. 

foot massage

Seterusnya saya dibawa ke satu bilik yang menempatkan 4 buah kerusi untuk rawatan urutan kaki. Menariknya, bilik menggunakan pencahayaan yang sederhana. Namun, suasana bilik dari segi ketenangan perlu ditambah baik. Lagu yang dipasang tak rasa seperti berada di spa. 

Foot massage

Urutan kaki memang terbaik. Setiap bahagian yang sakit ditekan dan diurut dengan baik walaupun terasa kesakitannya. Semasa urutan, saya diberikan penutup mata untuk menjadikan saya lebih relaks.  

Selepas itu, barulah saya diurut pada bahagian kepala dan bahu. Agak agresif juga sebenarnya haha. Urutan menggunakan siku di bahagian bahu dan urat belikat. Memang sakit setiap kali tekan tapi sangat melegakan. Walaupun sekejap saja urutan di bahagian kepala dan bahu (percuma),berpeluang lah rasa badan anda dikawal oleh tukang urut dan digerakkan ke kiri dan kanan (taktau nak describe macam mana). 

Foot massage

Selepas sahaja urutan kaki selesai, saya diberi air rebusan pandan.

Foot massage


Monday 15 April 2019

Best ke makan di Tut's Egyptian Eatery One Utama

Tut's Egyptian Eatery terletak di LG 333A, 1 Utama Shopping Centre atau di Lot G-05 Wangsa Walk Mall. 

 

Koshari mixed grain bowl  (RM14.30)
Campuran nasi, pasta, lentils, bawang goreng, kacang kuda, sos tomato, sos cili Tut's dalam satu mangkuk yang belum digaulkan. Dan bahan-bahan ini juga diberi tambahan dalam bekas - bekas kecil. Motif? Tak pasti..berkhasiat tapi rasa biasa saja dan agak muak.



Biram bamya succulent beef stew with 1 side (RM23.90)
Daging lembut bersama bendi kecil. Kuah pekat. Very recommended..



Makanan lain yang dipesan. Tapi, tak ingat nama makanan ni.



Highlight untuk gambar di atas, flaky buttery feteer breakfast. Hampir sama dengan roti canai tapi lebih flaky.
1 dip of spicy red feta spread with salad, heavenly honey with scream or blissful belgian chocolate + 1 dip of sublime cheesy mashed potato, baba ghannoug blended eggplant or boughasha creamy coconut and raisin. Set ini berharga RM15.00  

   




Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...