Search This Blog

Tuesday 6 November 2018

Review Hotel Sfera di Seri Manjung Lumut Perak

Hotel Sfera yang mempunyai slogan 'right here, we give worth more' terletak di 2479, Taman Samudera, Jalan Dato' Yu Net Huat, 32040 Seri Manjung, Perak. 

Deluxe King (RM202.94) dapat memuatkan 2 orang. Jenis bilik ini terletak di bangunan yang sama dengan outdoor pool. Menariknya, bilik ini menghadap outdoor pool tersebut. Tips dalam memilih jenis bilik di hotel ini adalah memastikan nama bilik tidak bermula dengan BW. Ini kerana jenis bilik yang bermula dengan BW terletak di bangunan lagi satu yang tidak mempunyai outdoor pool


Anda akan mendapat internet percuma dengan password yang tertera pada kad akses. Namun, tiada akses internet yang dapat digunakan kerana lambat. 

Di bilik ini, terdapat tv, satu meja dan kerusi belajar/kerja, aircond, tiada kipas, fasiliti membuat air panas, percuma air botol, peti keselamatan, laundry basket, iron dan fridge



Bilik ini juga mempunyai balkoni dan satu kerusi di balkoni untuk berehat. Namun, balkoni menghadap dan agak dekat dengan outdoor pool dan balkoni bilik yang lain yang mungkin membuatkan anda kurang selesa. Di kawasan outdoor pool ini, terdapat kerusi-kerusi untuk berehat, tempat permainan kanak-kanak yang ringkas, sauna dan tempat membersihkan diri.  

Selain itu, terdapat juga bilik membaca yang selesa di tingkat 3 yang berhampiran dengan outdoor pool. Anda boleh melihat kawasan outdoor pool melalui tingkap.


Jika anda memilih bilik jenis BW, anda akan ditempatkan di bangunan sebelah yang tidak mempunyai kemudahan outdoor pool. Anda perlu menaiki lif ke tingkat 3 yang terletak bilik-bilik bukan jenis BW dan outdoor pool dan kemudiannya bergerak ke bangunan sebelah dengan menggunakan laluan jambatan yang ada. Anda tidak mempunyai masalah untuk menggunakan kemudahan yang telah disenaraikan, cuma mungkin agak jauh sedikit.


Selain itu, anda boleh menggunakan kemudahan gimnasium di tingkat 2. Restoran Wok & Pan untuk sarapan pagi juga terletak di tingkat 2 dan bersebelahan dengan gimnasium. Namun, pilihan menu agak terhad. Penambahan sarapan adalah sebanyak RM25/seorang.







Sunday 4 November 2018

Review mengenai Kyochon menu


Ini merupakan review ringkas mengenai makan di Kyochon. Restoran Kyochon 1991 terletak di 1 Utama Shopping Centre, Pavilion Kuala Lumpur, Sunway Pyramid,  G Hotel Gurney Penang, Pearl Shopping Gallery, SkyAvenue Genting, MyTOWN Shopping Centre.  

Ayam Kyochon mempunyai beberapa pilihan seperti soy garlic, red pepper, honey, salsal (special rice batter) and rice. Terdapat pilihan wingette & drumette (8 ketul atau 12 ketul atau 20 ketul) atau 1/2 @ 1 ekor ayam.

   
   

Chicken fried rice

Kimchi fried rice

Terdapat menu ala carte seperti bibimbap kepingan ayam (kicap/pedas), bulgogi pedas bersama nasi dan dakganjeong (isi ayam kicap dan pedas)

Terdapat makanan sampingan atau salads seperti nasi goreng bawang putih, nasi goreng ayam, nasi goreng kimchi, nasi putih, kentang goreng, organic green salad and soy salsal salad

Selain itu, minuman yang terdapat di kyochon adalah korean tea (bori-cha/oksusu-cha/nok-cha), premium health tea, fruit tea quenchers (beri campuran/peach/mango), soft drink (coke/sprite), ice fruit tea (lemon/ passionfruit/mango chamomile) dan mineral water.      

Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...