Search This Blog

Sunday 31 March 2019

Best ke bercuti di Pangkor Laut resort (PLR), Lumut Perak Part 5 (Review Breakfast at Feast Village)


Beautiful and luxury resort suit for your honeymoon

Garden Villa ni memang dikelilingi oleh pokok-pokok yang menghijau. Sangat menenangkan lebih-lebih lagi bila waktu pagi masa nak pergi breakfast (dengan berkabusnya, udara segar lagi, bunyi cengkerik dan burung berkicauan). Buktinya, boleh rujuk gambar di atas. Pendek kata, setiap bilik di PLR ada keistimewaan persekitaran yang tersendiri.  

Feast Village Pangkor Laut resort

Ni adalah Feast Village iaitu tempat untuk sarapan. Malam tadi dinner dekat sini (one of the option). Terletak berhadapan dengan bilik Garden Villa. Pukul 7.30 - 8.00 pagi, tak ramai pun orang lagi datang untuk sarapan.  

Breakfast at PLR Lumut Perak

Suasana di Feast Village yang menghadap jeti.  Normally seat bahagian paling tepi adalah untuk 2 -3 orang. So, nampak pemandangan directly and lebih dekat tanpa dihalang oleh sesiapa.

Having breakfast di Feast Village

Antara makanan yang boleh didapati di Feast Village untuk breakfast. Overall, memuaskan dari segi kepelbagaian dan rasa makanan. But actually can be improve more for the better performance to meet the expectation of PLR guests. Ada fruit and salad section.



Steamed dim sum, pau and wrap roll


Nasi lemak section. Very recommended sebab sambal dia sedap dan pedas.


Porridge and soup section. Boleh letak sendiri berapa banyak spring onion, pickle chillies, salted egg and etc yang nak letak dalam bubur atau mee sup.


Cheese and chicken slices section. Siapa yang minat makan cheese tu boleh lah amik banyak-banyak. Saya suka jugak tapi lebih prefer yang melted.



So, ini pulak bread and pastry section such as puff, muffin, danish and banana cake. Oh by the way, ada section kuih-kuih Malaysia jugak. A great way to promote Malaysian food culture




Waffles and pancakes section. Order lah nak berapa nak nanti chef buatkan. Then boleh lah tambah sos2 yang berkenan seperti jem epal, kaya, mentega kacang, jem berries, sos karamel, maple syrup, madu atau butter. Sebelah dia ada few types of yogurt dalam fridge.



Ni pula juice section. Sangat refreshing sebab sejuk. Serve pulak dalam bekas yang agak unik dan klasik. Boleh jugak mintak cold or hot coffee and tea kalau tak minat jus.


Antara makanan yang diambil. Close up gitu kan haahaha..



Feast Village

Pangkor Laut Resort Lumut Perak

Banyak lagi section yang ada sebenarnya. Tapi macam biasalah, lupa/tak sempat nak ambil gambar. Egg section ada, roti canai section ada, cooked meal section ada (beef slices, mushroom saute, grill tomatoes, mee goreng, bread butter pudding).

Video youtube: https://www.youtube.com/watch?v=amI9MBskEa0

Monday 25 March 2019

Best ke bercuti di Pangkor Laut Resort (PLR), Lumut Perak Part 4 (Review Dinner at Feast Village and PLR facility)

Makan malam di Feast Village pada pukul 8 malam. Kami memilih dinner di Feast Village pada malam tersebut sebab makanan disediakan secara buffet. Namun, kebiasaannya staf PLR mengatakan dinner di situ adalah secara Ala Carte. Pilihan makanan tidak terlalu banyak namun sangat mencukupi dan paling penting memuaskan.

Gambar makanan tak dapat ambil banyak kecuali gambar-gambar makanan yang letak di atas pinggan je sebab chef-chef di sana sangat peramah. Kemain tegur secara mengusik bila saya tangkap gambar tapi bagus sebab mereka tak sombong dan sangat mesra. Segan pula rasanya. 

 Pangkor Laut resort (PLR), Lumut
    
Seafood bakar seperti mussels, sotong, udang dan ikan. Serve with lemon and few types of chilli sauces

Feast Village Pangkor Laut resort (PLR), Lumut

Tak ingat nama. Vege tomato soup kalau tak silap. Totally sayur sebab nama pun vege kan. Sesuai makan dengan baguette. Agak cair dan tawar supnya.  


Roti yang lembut dan sangat best dimakan dengan slightly salted butter. Sweet and sour chicken pun perfect rasa dia.

Having dinner at PLR
 

Sweets and desserts. Saya minta setiap jenis satu ketul/biji sebab nak rasa semuanya. Bila lagi kan huhu. Tapi takde la habiskan semua sendiri. Any dessert yang dibuat daripada coklat memang tak mengecewakan sebab still rasa pahit-pahit coklat (wish i prefer) but yet creamy

Banyak lagi sebenarnya makanan tapi takde gambar. Pasta and salad section pun ada. Lamb roast very recommended sebab lembut, juicy dan meaty. Have the original taste of lamb without too much flavouring from spices and herbs.  


After dinner, jalan-jalan di jeti PLR. So ni lah jeti PLR waktu malam yang cantik dikelilingi dengan lampu-lampu.


Laluan untuk ke lobi. Di sebelah kiri gambar, merupakan tempat untuk menunggu van shuttle.  

One of YTL properties

Pemandangan dari tempat dinner (Feast Village). So, dekat situ lah tempat speed boat berhenti untuk passenger naik dan turun.


Laluan untuk ke tempat menunggu van shuttle dari lobi.  


Pool for guest

Kolam renang (open for all guests) di sebelah Royal Beach Club Restaurant. Tapi takde orang pun.  Kawasan di PLR terutamanya di waktu malam agak sunyi sebenarnya.

Watching television and relaxation

Kawasan/bilik untuk menonton televisyen di atas gimnasium. Tema warna coklat dan jenis perabot yang digunakan menampakkan ia agak tradisional sedikit.

Gymnasium

Gimnasium yang terletak di bawah bilik tv. Waktu malam, tak ramai/tak ada orang. Gimnasium sangat sejuk dan sunyi. Tak terlalu besar tapi complete dengan fasiliti peralatan, tuala dan mesin air.

Open library

Library open air yang terletak di sebelah lobi. Kawasan yang selesa untuk melepak dan membaca buku. Anda boleh pilih untuk duduk atau baring. Perkhidmatan komputer pun ada disediakan di sini.

Video youtube: https://www.youtube.com/watch?v=amI9MBskEa0



Sunday 24 March 2019

Best ke bercuti di Pangkor Laut Resort (PLR), Lumut Perak Part 3 (Review Garden Villa and Emerald Bay)

Di PLR, terdapat bilik jenis Garden Villa, Hilla Villa, Beach Villa, Sea Villa, Spa Villa, Suria and Purnama Suite dan Pavarotti Suite. Saya pilih Garden Villa. Garden Villa adalah sejenis bilik yang mempunyai rate yang paling rendah berbanding jenis bilik yang lain. Anda boleh check latest rate and promotion di web-web Trivago, Agoda dan PLR. Walaupun harganya paling rendah, sudah cukup membuatkan anda bersyukur dan terpegun. Memang sangat berpuas hati sebab bilik sangat luas dan mempunyai ciri-ciri tradisional tetapi tampak eksklusif. Paling penting, landskap di kawasan luar bilik sangat cantik dan menenangkan kerana dikelilingi oleh pokok-pokok hijau, bunyi burung yang berkicauan dan cengkerik. Susah nak gambarkan dengan kata-kata.      

Pangkor Laut Resort by YTL

Katil yang selesa dengan pencahayaan yang tidak terlalu terang namun mencukupi. Lengkap dengan sofa, tv, meja dan kerusi untuk membuat kerja, dua wardrobe, fridge dan coffee maker.

Pangkor Laut Resort

Selain daripada toilet dan shower, terdapat juga tempat berendam yang agak besar di dalam bilik dan mempunyai 2 sinki yang berasingan seperti di Hibiscus Lexis. Namun, di bahagian atas tidak tertutup. So, make sure berpakaian sopan. Bila malam memang sangat cantik dan tenang sambil menikmati pemandangan di atas (you will see tree, star and clouds). Rasa syukur tidak terhingga.

Garden Villa Pangkor Laut Reosrt
  
1 unit rumah terdapat  4 unit bilik jenis Garden Villa. Tapi ruang dalam bilik memang luas. Menariknya, Garden Villa ada menyediakan pintu sambungan ke bilik sebelah. 

Garden Villa- view of Feast Village

Ada beranda di bahagian luar untuk berehat, sambil menikmati pemandangan. Namun, bilik saya terletak betul-betul menghadap Feast Village. Jadi agak tidak sesuai untuk baring-baring lepak di luar terutamanya apabila waktu makan utama. 

Selepas berehat sebentar, kami ke Emerald Bay menaiki van shuttle. Kawasan menunggu van shuttle yang terdekat terletak di kawasan berhampiran lobi. Perjalanan tidak jauh dan lama sebenarnya namun jalan agak berbukit, berliku dan agak sempit. 

Sewaktu tiba di sana, ramai foreigner sedang berjemur dan segelintirnya berenang di lautan walaupun panas terik. Nasib baik ada kerusi kosong untuk duduk cumanya di bahagian agak tepi. Namun di situ, lebih tenang dan privasi sebenarnya kerana tidak ramai orang. Btw, ada kaunter untuk minta minuman dan tuala. Warna air cantik tapi di bahagian tengah lautan agak kotor kerana banyak sampah. Kalau lagi bersih, nampak lebih cantik dan seronok mata memandang.     

Pangkor Laut Resort PLR

Pangkor Laut Resort

Video youtube: https://www.youtube.com/watch?v=amI9MBskEa0

Review Mozer's Bukit Jelutong menu

Mozer's adalah restoran yang menyediakan masakan dan makanan daripada Syria. Selain daripada terletak di Bukit Jelutong, terdapat juga cawangan di Subang Parade.

 
Suasana di dalam Mozer's

  
Antara kawasan tempat duduk dan penyediaan minuman 

 
Antara kek dan manisan yang disediakan di sini. 

 




Mendy rice lamb (RM20), bazilla rice lamb (RM20) dan makhloba rice lamb (RM20). Daging kambing yang sangat lembut dan nasi yang sangat sedap sebab dimasak dengan rempah-rempah tertentu. Very recommended dan sangat berpuas hati terutamanya bila makan panas-panas. Tapi, kalau makan sejuk pun sedap juga. Kalau tak suka daging kambing jangan risau, pilihan nasi dan ayam pun ada. Ketiga-tiga nasi bukan sahaja dapat dilihat dengan jelas warnanya yang lain, tapi rasa dan bahan yang ada di dalam nasi juga berlainan. Btw, ada lagi satu nasi yang anda boleh cuba iaitu khabsah rice

Lagi satu favourite saya di Mozer's ini adalah churros. 1 set RM7.00 dan anda akan mendapat 4 ketul churros yang bersaiz agak besar dan 2 sos dipping. Memang sangat berpuas hati. Very recommended untuk makan masa panas-panas sebab lembut.

Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...