Search This Blog

Saturday 31 August 2019

Apa yang Ada di Kea Farm Cameron Highlands?


Dalam perjalanan saya singgah ke satu gerai yang jual air kelapa laut, nenas dan satu kedai lagi jual nangka madu. Nangka madu besar-besar dan sangat manis, kena cuba ye.


Anda boleh singgah ke KEA FARM MARKET. Pagi-pagi memang meriah dekat sini. Biasanya area ni memang jammed. Tapi sekarang better sebab parking dah besar sikit. Cuma parking yang luas tu kena bayar RM3 waktu nak keluar nanti. Dekat sini ada dijual sayur dan buah segar dan boleh tahan murah seperti strawberi, ubi manis, bunga-bunga, jagung, asparagus dan macam-macam lagi.  

  


Anda boleh singgah ke ARKED PELADANG CAMERON HIGHLANDS. Tempat ni macam nurseri pokok lah kiranya. Ada jual macam-macam pokok bunga, herbs, tomato, cili dan sebagainya. Memang rambang mata. Kebanyakannya pokok tomato dan cili telah mengeluarkan hasil walaupun pokoknya masih kecil. Kalau ada Hilux, memang saya borong lah hehe. 


Next destination yang wajib dipergi adalah CAMERON VALLEY KUALA TERLA. Dekat sini anda boleh  membeli pelbagai perisa teh. Tapi saya rasa tak pilihan teh dekat sini macam tak berapa best dan kurang menarik. Dekat sini ada cameron adventurous atv & safari bagi sesiapa yang nak mencuba sesuatu yang baru dalam aktiviti lasak. Boleh jalan-jalan sambil ambil gambar berlatarbelakangkan ladang teh.  




Boleh order teh dan dessert sambil menikmati pemandangan ladang teh yang menghijau. Dekat sini ada 2 tingkat ye.  




Having tiramisu cake, green tea cheese cake and scone set (2 pieces served with butter, jam and whipped cream). Saya order masala chai tea. Saya recommend masala chai tea dekat sini sebab rasanya yang pekat dan perfect.  









Thursday 29 August 2019

Best tak Hard Rock Hotel Penang (1) - Lagoon Deluxe

Perjalanan ke Penang dari Kuala Lumpur Alhamdullillah berjalan dengan lancar. Lepas je masuk Penang, saya terus ke CARGAS CAFE untuk mencari nasi campur. Bila sampai pukul 1 lebih, lauk tak berapa banyak dah tapi orang still ramai beratur. Dekat sini takde parking so kena parking dekat tepi-tepi jalan je. So memang banyak lah kereta dan panjang juga barisan parking tu. Ambil nasi putih then ambil sendiri lauk-pauk yang diingini.  






Then saya ke Padang Kota Lama untuk mencuba HAMEED PATA SPECIAL MEE SOTONG. Salah timing memang terpaksa menempuh jammed. Lagi-lagi bila time saya pergi tu, guest cruise baru turun dari kapal so memang jammed teruk. Sebab parking full, banyak kali juga lah pusing-pusing di kawasan situ. Rasa mee sotong ni memang terbaik. Sotong walaupun liat tapi best jugak lah teksturnya. Rasa kuah/sos mee boleh dikatakan terbaik, sedap dan mencukupi. Limau setengah biji ada diberi juga tapi bila mee dibungkus, ada rasa pahit sikit sebab dibungkus panas-panas. Tapi bila perah limau atas mee and gaul rata, memang terbayang-bayanglah rasanya.     

 


Lepas settle, terus ke HARD ROCK HOTEL PENANG untuk check in selama 3 hari 2 malam. Dapat welcome drink masa registration so boleh lah menyejukkan badan dan tekak. Lobi hotel ada kerusi-kerusi untuk guest duduk.  



Bilik yang saya order adalah jenis LAGOON DELUXE ROOM. Terletak di tingkat paling bawah, so tak perlu naik turun lif. Bila masuk bilik, rasa macam kagum sikit lah. Katil yang besar dan selesa. Ada sofa yang selesa dan meja kerja. Paling penting, hotel ni nampak unik sebab menggunakan lampu yang bercahaya ungu. Lampu tidur tepi katil nampak menarik sebab nampak seperti gitar. Scan kad untuk ke bilik ye. 








Ada juga disediakan botol air dan minuman nespresso yang boleh diminum secara percuma. Best sebab ada mesin kopi nespresso. Ada option air yang banyak atau sikit (espresso). If air sikit, kopi lebih pekat. Ada juga 2 jenis cawan yang bersaiz besar dan kecil disediakan. 




Tandas dan bilik air yang tak berapa besar tapi boleh tahan jugaklah. Nampak moden. Ada sliding door yang dividekan ruang tandas dan katil.





Ada note and pen percuma untuk guest.


Bilik ni best sebab ada direct access to pool. So senang lah, keluar je bilik terus masuk pool. Ada relaxing chair and table dekat luar untuk relaks-relaks sambil minum kopi sambil menikmati pemandangan kolam renang.  




Setiap hari, guest akan dapat pool pass untuk security. Untuk mengelakkan orang luar masuk. Ada warna-warna yang berbeza untuk setiap hari.


Ada aktiviti-aktiviti yang boleh anda buat dekat sini seperti swimming in pool, cycling, spa at Rock Spa. Spa ada promotion according to the month of your stay. Saya buat foot reflexology di Rock Spa. Best bila diurut tapi hanya menggunakan lotion. Better if guna oil. Tapi bau memang menenangkan. 



Rock spa

Rock spa

Rock spa

Ada private beach untuk hotel guest. Ada pintu kecik yang guest boleh access. Cantik pemandangan apabila matahari nak terbenam.


Boleh duduk di kerusi-kerusi di sekeliling kolam renang untuk relaks-relaks. Banyak juga kerusi yang disediakan disini. Ada bahagian-bahagian yang agak privasi sikit especially kerusi yang diletakkan jauh dari kolam.





Ada cabana untuk disewa. Full day rental at RM80. Includes a jug of iced water, fresh fruit platter and cold face towels. Can rental start 9a.m until 9p.m. 


So ni lah rupa luar bilik saya yang menghadap kolam renang.




Kolam ni boleh mandi sampai pukul 9.00 malam. Senang bila boleh direct access to pool. Takpayah nak turun naik lif. Ni senang je terus masuk dalam air. Nak rehat boleh rehat dekat relaxing chair di balkoni sendiri. Lebih privasi. Tapi kurang convenient sebenarnya untuk warga emas. Nak turun naik tangga tu susah sikit sebab tinggi. Air kolam di bahagian situ agak tinggi.     





Kolam besar ada 2 part iaitu bahagian yang cetek sikit dan bahagian yang lebih dalam. Ada jugak kolam untuk kanak-kanak. 



 Pemandangan waktu malam pun cantik. Cantik bila tangkap gambar.








Untuk makan malam, saya ke Pizzeria yang terletak dalam kawasan hotel jugak sebab malas untuk keluar. Ramai yang recommendkan untuk makan disini. Memang sedap tapi biasa je rasanya.



Having lamb 'osso bucco'. Braised lamb shank in tomato sauce and vegetables, served with toasted baguette. Roti tersangat lembut dan sedap. Lamb shank lembut tapi sos tak terlalu istimewa.
 



Norwegian Salmon. Mixed salad, fennel, petite vegetables and orange salad, served with anchovies and caper beurre blanc. Refreshing salad sebab ada oren. 



Capricciosa Pizza. Ada 2 saiz 9'' (RM40) dan 12'' (RM48). Thin crust pizza so agak rangup. Ada smoked turkey ham, mushroom, artichoke, black olive and cherry tomatoes. Bila makan artichoke ada rasa crunchy-crunchy sikit. Sos tak banyak on pizza tapi juicy sebab ada cherry tomatoes.



 

Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...