Search This Blog

Sunday 8 December 2019

Studio House di Evo Mall Bangi

Bangi memang kawasan yang happening. Banyak kedai-kedai/butik-butik artis atau selebriti popular dekat situ. Kawasan Bangi memang hotspot lah kiranya. Di Bangi pun ada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Haritu saya book for 3 days 2 nights dekat studio house di Evo Soho Mall, Bangi melalui Airbnb. Dekat Airbnb ada macam-macam jenis studio house yang berbeza tuan rumah/host. Buatlah pilihan terbaik dengan bandingkan harga dan fasiliti yang ditawarkan. Host studio house yang saya sewa adalah Aimi iaitu Evo Mall Bangi Sky View Free Wifi + Netflix + Iflix. Saya sangat berpuas hati. Mungkin harga dia agak mahal sikit berbanding host yang lain tapi kemudahan sangat lengkap. Bestnya, wifi laju memang seronok lah guna internet .

Rumah ni suits for 2 person. If nak tambah, ada charge yang kena ditambah sikit for cleaning and bed kot. Tapi I get the additional 1 person for free sebab sistem Airbnb problem. But I communicate with Aimi and honest with her that we will bring 3 person and ask how to settle it. Tapi Aimi give it free. So, Aimi tambah bed and towel for free. Thank you Aimi for your kind gesture.
Ada sofa yang selesa untuk duduk-duduk. Nak baring pun boleh. Ada bantal-bantal kecil. Takde isu tak cukup bantal pun. Ada coffee table sekali ye.
Lengkap dengan alatan memasak. You alls boleh tengok sendiri dan bandingkan. Ada rice cooker, pan nak masak stimbot/soup ke kan, ada oven. Ada additional small chair. Boleh je nak masak tapi saya takde lah masak nasi atau bake guna oven. But you can use if you want.  
Walaupun mungkin nampak kecik, tapi studio ni best je. Memang lah tak boleh nak lari-lari. Tak penat pun nak gerak dari katil ke dapur. Tapi sometimes kena cuba rasa macam mana duduk umah studio sebagai pengalaman. Sekali sekala seronoklah juga. Studio house di Evo Soho ni basically same size je semua. Kalau tengok host yang lain pun, saiz umah dan susunan katil/dapur lebih kurang sama spot je. Ada host yang tak provide any dapur space.
Sinki. Lengkap dengan sabun pencuci pinggan dan span. Takpayah bawak dari umah. Memang memudahkan

Ada water dispenser. Unlimited hot and cool water. Takyah susah2 nak masak air. Takyah susah2 nak masukkan air dalam peti sejuk. Ada cawan. Ada pisau. Ada minyak, garam and lada hitam sekali. Rasa terharu dengan servis layanan Aimi. Bila Aimi tak kedekut, client pun rasa seronok and gembira.
Ada microwave sekali. Mana nak dapat rumah studio yang ada macam-macam kemudahan ni. Rasa dah macam duduk umah sendiri.
Ada macam-macam saiz dan jenis pinggan, mangkuk dan cawan. Yang jenis plastik untuk budak-budak pun ada. Setiap jenis tu pulak ada beberapa pcs.
Ada senduk, penyepit, pisau, sudu, garfu. Nak feeling-feeling minum air teh/kopi guna teko cantik pun boleh sebab cawan pun cute. Ada pan sekali ye. Nak menggoreng boleh, nak masak sup/maggi pun boleh. Tisu dapur dan plastik sampah pun ada so memang terbaik lah.

Tandas dan bilik mandi. Simple tapi ada sabun jugak disediakan.
Ada tv, ada wardrobe, ada iron. Semua lengkap lah senang citer.

Ni adalah balkoni. Ada tempat sidai baju di luar. Btw, takde washing machine ye. Mungkin tu jelah satu kekurangan. Tapi saya okay je sebab tak duduk lama. Washing machine bukanlah satu keperluan untuk saya masa tu.
Kawasan/Ruang riadah dan kolam saya di tingkat 10
Kolam renang. Saya rasa kolam renang buka sampai pukul 11 malam kalau taksilap. Landskap cantik sebab masih baru and terjaga. Ada banyak pokok2 hijau. Ada kolam kanak-kanak juga ye. Sesiapa yang nak prgi gym pun ada. Tapi alatan gym tu tak banyak. Bolehlah dari takde.
Evo Soho Studio House ni sesuai untuk dijadikan tempat berehat + photoshoot. Yeap, ada tempat lain yang lagi cantik landskapnya, tapi not bad lah dekat sini.
Kesimpulannya saya sangat berpuas hati dengan kemudahan yang ditawarkan. Sesuailah dengan harga. Ada banyak pilihan so bebas nak duduk di rumah yang macam mana dengan harga yang macam mana. Rumah yang saya sewa ni tersangatlah bagus. Oh, btw ada fridge ye. Dalam fridge siap ada sos dengan kicap lagi. Memang takkan kecewa.

Thursday 5 December 2019

Little Nyonya Setia City Mall

Harini saya makan di Little Nyonya di Setia City Mall.

Dekorasi kedai adalah berkonsepkan tradisional. Meja marble gitu. Kerusi pun ada corak-corak classical

Saya order tak banyak sangat pun. Dari segi harga, saya rasa agak mahal sebab portion sikit je.

Ini adalah Deep Fried Crispy Squid. Bila makan tu crispy sebab lapisan batter yang nipis. Dan isi sotong pun nipis. Rasanya biasa-biasa je. Saya tahu harga sotong mahal tapi satu pinggan kecil ni berharga RM19.50
Pandan Chicken (10pcs). Memang cukup kuantitinya 10 tapi saiz kecik-kecik. Ni pun rasa biasa-biasa je tapi sedap bila dimakan dengan nasi. Harga RM19.50
Nyonya Cucur Udang. Ada beberapa ekor udang cumanya saiz udang kecil-kecil. Tapi memang biasanya guna udang saiz tu. Sedap tapi terkejut tengok harga dia yang takleh bawa bincang. Rasa macam tak berbaloi. 2 ketul cucur berharga RM11.50

Nyonya Asam Pedas Stingray/Asam Pedas Ikan Pari. Ni terbaik. Rasa kuah dia pekat dan umphh. Lengkap dengan rasa-rasa asli daripada bunga kantan dan bahan-bahan lain. Pedas sedikit so better to eat with rice. Saya tak ingat harga tapi Ayam Kari RM19.50. So, Mungkin harganya lebih kurang je.   

Keseluruhan makanan yang saya order, dengan nasi putih dan air white coffee (RM4.90) dan hong kong milk tea (RM4.90). 
Ada juga menu-menu lain yang boleh didapati di sini seperti isi ikan goreng tomyam, ayam pedas Nyonya, ayam Pongteh, bendi goreng udang kering, otak otak makanan laut, dumpling, mantou dan lain-lain.

Sunday 1 December 2019

Seoul Garden Again !

Ya, makan dekat Seoul Garden ni sometimes very addicted. Haritu, saya makan di Setia City Mall. Seoul Garden ni banyak sangat francais yang berdekatan dengan anda. Memang best makan steamboat and grill ni especially bila makan dengan family. Gambar-gambar yang saya share ni adalah arrangement food display yang lama. But the second time i pergi after that (dalam 2 weeks), susunan dah lain and totally different. Tapi malas pula nak tangkap gambar yang latest

Ni adalah bahagian makanan mentah yang berprotein. Ayam, daging, sotong, ikan, udang, kerang, mussels. Ayam, daging, sotong dan ikan dimarinate. Ada beberapa jenis marination. Dulu-dulu takde chicken wing.
 

Ini pula adalah bahan-bahan untuk steambot. Ada bebola, surimi isi ketam dan beberapa jenis yang lain.

Ada beberapa jenis sayuran yang perlu dimasak atau makan raw (salad). Ada terung, bayam, brokoli, capsicum, cendawan, tauhu lembut, tauhu padat, sawi, tomato and jagung. Ada kimchi juga ye.
Bahagian atas ada mee-mee. And bahagian bawah ada banyak jenis sos-sos. Pilih lah yang mana berkenan.
Makanan yang sedia dimakan. Sementara tunggu bahan steambot dengan grill dimasak, boleh lapik perut dengan nasi goreng mee goreng, ikan dori salut tepung, popia goreng dan jigae. Nasi putih pun ada ye.
Kalau tak salah, ni sejenis kimchi jugak kot. Tapi jenis lobak merah, tauge hijau dan timun. Kimchi yang saya biasa/suka makan  adalah yang dibuat daripada kobis panjang

Ada buah-buahan dan agar-agar sebagai pencuci mulut. Tapi agar-agar ni agak tawar rasanya.
Part aiskrim memang saya suka. Ada topping chocolate rice, peanut and breadcrumb. Breadcrumb tu memang saya suka. Bersudu-sudu saya akan tambah.

Pilihan air yang ada. Ada jugak air panas ye. Nak buat ABC pun boleh.

Tempat grill.  Satu meja tu ada 1 tempat grill and 2 tempat steambot. Ada pilihan kalau nak kuah lebih daripada 1 jenis. Tapi kena tambah bayaran lebih sikit.

Memang feeling-feeling lah makan kimchi dan sayur salad ni sambil letak daging bakar. Macam dalam cerita Korea.

Tempat steambot. Penuh bahan dalam ni. Saya pilih tomyam soup. Ada beberapa jenis soup/kuah yang lain. Nanti sebelum duduk, staf Seoul Garden akan tanya nak yang mana satu dekat kaunter pembayaran.
Chicken wing best sebab perapan dia sedap.
Makan di Seoul Garden tak pernah mengecewakan terutamanya bila dimakan bersama ahli keluarga. Sudah tentunya suasana lebih meriah. Makan Seoul Garden untuk makan malam lebih mahal berbanding makan tengahari namun pilihannya makanannya lebih banyak dan menarik. Tapi sebenarnya makan tengahari di Seoul Garden pun mencukupi.  

Wednesday 16 October 2019

Makanan Best di Gula Cakery Kota Kemuning

Gula Cakery merupakan antara salah satu dessert shop yang saya suka pergi. Harga kek-kek agak pricey tapi memang puas hati. 

nutella chocolate burnt cheese
Nutella chocolate burnt cheese. Rasa pahit-pahit coklat (rasa yang saya suka) dan teksturnya yang lembut. Burnt dekat permukaan kek memang nampak menarik.
seri muka cheese cake
Seri muka cheese cake.Very refreshing. Bukan sahaja bentuk macam seri muka but the taste pun exactly like seri muka. On top (hijau) ada rasa pandan dan bahagian bawah (putih) rasa santan. Tesktur kek tak terlalu lembut and tak terlalu keras (tesktur yang menarik). Bukan macam krim tapi bukan juga macam jeli (I dont know how to describe).

pandan burnt cheesecake
Pandan burnt cheesecake. Rasa cheese cake yang berperisa pandan. Macam rasa kuih bakar pun ada. Rupa memang dah macam kuih bakar dah.
durian cheesecake
Durian cheesecake. Cheese cake rasa durian. Bawah ada biskut.
sweet potato fries
Sweet potato fries. Sedap terutamanya bila dimakan dengan sos putih tu. Even dah sejuk pun still sedap.

passion peach tea, mocha latte, capuccino
Drinks (passion peach tea, mocha latte, cappucino). Mocha latte yang kena kacau tu. Mocha tu saya suka sebab dia rasa pahit kopi + coklat. Presentation drinks simple just guna cawan plain tapi sebenarnya nampak luxury.

beef bacon creamy carbonara pasta
Beef bacon creamy carbonara pasta. Sedap and puas hati sebab creamy tapi takmuat. Presentation memang class. Beef bacon yang brownish and hijau dari daun yang ditabur pada kuah carbonara putih nampak menyelerakan 

spageti lemak cili api
Spagetti lemak cili api. I think this one is classical and very traditional menu. Typical malay dishes tapi nampak istimewa sebab guna spagetti. In mind spagetti sinonim with western style cooking dan lauk masak lemak biasa dimakan dengan nasi putih, bayangkan betapa menariknya bila terhasilnya spagetti lemak cili api. Udang ada 4 ekor (3 udang biasa, 1 udang harimau). Udang sedap, lembut and juicy sebab tak terlebih masak. Memang terbaik. Cuma masa saya beli spageti ni agak tawar. Luckily ada garam di atas meja untuk ditambah menjadi lebih uhhmm.

grilled chicken chop
Grilled chicken chop. Dish yang bersaiz agak besar. Dengan grilled chicken, salad, coleslaw, fries, tomato and mushroom saute and sauce. Sedap

cake shop




Sunday 13 October 2019

Secret Recipe Central I City

Dah lama rasanya tak makan Secret Recipe, so saya pergi ke Central I City. Secret Recipe best sebab ada jual kek dan makanan berat. A kind of appetizer + main meal or main meal + dessert. 
Cheeze chocolate: Memang lembut je coklat dan cheese tu. Bawah tu ada lapisan biskut-biskut hancur

Chocolate odyssey: Coklat cream and cakes tu lembut, while cunchiness from hazelnut and cocoa crumbles. Perfect combination!

Absolute durian. Pilihan terbaik untuk pencinta durian. Sejenis kek vanila tapi filling dia durian. Terbaik sebab rasa dan bau yang kick.

Classic Tiramisu. Sponge fingers immersed with espresso, cream and mascarpone. Tapi rasanya biasa-biasa je

Noodle in Tom Yam Soup. Sedap sebab tomyam dia pedas-pedas memang menambah selera. Ada isi ayam dengan mushroom.

Prawn macaroni and cheese.Yang ni memang favourite saya. Creamy and best sebab cheese boleh ditarik. Cendawan enoki yang kenyal dan udang yang juicy. Tak cukup 1 pinggan.

Teriyaki salmon set: Ada nasi putih, telur jepun yang manis, sedikit tomato, caviar (telur ikan yang crunchy and meletop-letop dalam mulut bila digigit), green beans (edamame), teriyaki salmon +  miso soup + iced green tea

Thai seafood spagetti. Thai style spagetti with shrimp and mussels. Memang puas makan ni

Grilled mushroom chicken chop. Lembut sebab ayam dipanggang. Dengan sos cendawan dan dihidangkan dengan nasi herba dan salad


Makanan sedap, berkualiti dan sihat adalah faktor utama dalam pemilihan makanan. Namun, makan bersama-sama dengan ahli keluarga atau rakan yang tersayang adalah lebih membahagiakan

Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...