Search This Blog

Saturday 23 February 2019

Best ke Bercuti di Pangkor Laut Resort (PLR), Lumut Perak Part 1 ( Review Registration)

Entry kali ini adalah sedikit perkongsian mengenai percutian di Pangkor Laut Resort (PLR), Perak. Perjalanan memakan masa lebih kurang 3 - 4 jam dari Kuala Lumpur. PLR merupakan salah satu property YTL selain daripada Tanjong Ara Resort di Terengganu, Gaya Island Resort di Kinabalu, The Surin Phuket di Thailand, The Ritz-Carlton di Koh Samui dan lain-lain. YTL resort and hotel group menjanjikan layanan eksklusif dan terbaik kepada pengunjung mereka. 

Booking bilik di PLR dibuat 1 - 2 bulan sebelum tarikh yang dikehendaki kerana risau bilik jenis Garden Villa tiada kekosongan. Pejabat PLR terletak di Marina Islands dan urusan pendaftaran awal bagi confirmation according to number of pax dan bagasi dilakukan disitu.

Turun sahaja daripada kereta, ada staf yang akan membantu turunkan beg atau bagasi daripada kereta. Kemudian, anda dikehendaki mencari parking berdekatan di kawasan luar di mana parking berharga RM20/sehari atau RM30/sehari. Staf akan meminta IC anda untuk confirmation dan melabel beg mengikut no bilik. Tak perlu bersusah payah untuk membawa dan mengangkat sendiri beg menaiki speed boat sebab beg akan dibawa dan diuruskan oleh staf PLR. Yang bestnya, staf PLR akan menghantarnya terus ke bilik.

Nasib baik saya datang agak awal sedikit. So, dapatlah menikmati suasana tenang dan lapang di pejabat PLR. Setibanya di sana, anda akan dihidangkan dengan tuala basah dan air yang sejuk. Menginjak sahaja pukul 12 lebih, banyak kereta Serena/Starex bersilih ganti menurunkan penumpang  yang rata-ratanya foreigner. Serius, rasa macam bukan di Malaysia. Btw, speed boat ke PLR sentiasa dijadualkan bertolak pada pukul 1 petang, 2 petang, 4.30 petang dan 8.00 malam. Tapi saya difahamkan kami bertolak pada pukul 12.30 tengahari mungkin disebabkan ramai pengunjung pada hari tersebut. Perjalanan hanya memakan masa 15 minit sahaja tapi tidak terasa kerana leka melihat pemandangan lautan. 
Pejabat PLR bagi urusan pendaftaran awal

 
Speed boat yang boleh memuatkan 15 penumpang

Video youtube: https://www.youtube.com/watch?v=amI9MBskEa0



Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...