Search This Blog

Monday 13 April 2020

Sedap ke KETUPAT/ NASI IMPIT PERIUK KERA?

Pernah tengok tak cerita Upin Ipin yang episod makan ketupat/nasi impit periuk kera? Bila tengok episod tu dulu-dulu, terdetik lah dalam hati 'apa rasa ketupat periuk kera ni' sebab tak pernah rasa kan sehingga bertekad untuk nak cuba one day. Oh by the way, ketupat periuk kera dalam cerita Upin Ipin tu nampak menarik dan terliur dengan elemen lemak santan dan kukus tu.

Menariknya, setelah sekian lama, ternampak iklan mengenai ketupat periuk kera ni. So why not cuba kan?

Korang boleh google/cari dekat Instagram "WARISAN PERIUK KERA". Btw ni bukan post review berbayar ye. So, saya tengok menu apa yang ada and place order. Salah satu pick up point adalah di Giant Seksyen 13 Shah Alam.



Inilah yang saya order. Periuk kera 1 kg (RM45), pulut kuning 1 kg (RM27), sambal daging hitam 1 kg (RM65), rendang ayam kunyit 1 kg (RM45) dan rendang daging 1 kg (RM65). So, total RM247. Btw, sambal daging hitam, rendang ayam kunyit dan rendang daging ni ada 2 ke 3 paket bagi setiap jenis. Tapi yang saya tunjukkan ini adalah sebanyak 1 paket. Extra paket tu frozenkan and boleh reheat in future.  

Dari segi rasa, not bad. Tapi yang paling saya suka adalah rendang ayam kunyit (personal preference ye). Sebab saya kurang bab makan rendang-rendang daging ni, tapi saya prefer daging for dishes

Ketupat periuk kera tu of course nampak unik, jarang dimakan. Tapi bukanlah sesuatu yang pelik pun. Rasanya lebih kurang macam makan ketupat biasa. Kulit periuk kera itself, sila buang ye. Jangan dimakan pula. Sama macam ketupat biasa tu, kita amik nasi then daun kita buang.

Saranan saya please try makan ketupat periuk kera. At least ada pengalaman and pernah dicuba once in life. Boleh bayangkan bagaimana rasa dia.  




Sunday 12 April 2020

Resepi SPICY TOPOKKI / RICE CAKE yang simple


Tetiba teringin nak makan spicy topokki. Walaupun tak dapat nak hasilkan topokki yang sama rasanya macam topokki dekat Myeongdong Topokki, at least dapat makan 'all out'. Bahan-bahan yang diperlukan agak mahal sedikit, tapi sebenarnya lebih berbaloi sebab boleh makan seisi keluarga (dapat hasilkan portion yang banyak). 

Bahan-bahan yang diperlukan (boleh didapati di Village Grocer/Aeon/Jaya Grocer):
  • Air
  • Seaweed kering (asli, bukan yang snek punya)
  • Ikan bilis
  • Topokki/rice cake (brand Jongga) - stick type
  • Fishball dan fishcake
  • Bawang besar
  • Gochujang - hot pepper paste
  • Brown sugar
  • Minyak bijan
  • Chili flakes
  • Sotong/webfoot baby octopus
  • Leek 
  • Daun bawang/Daun kucai
  • Garam
  • Serbuk bawang putih/bawang putih  
  • Serbuk cayenne (optional)
  • Bijan

Ikan bilis dan rumpai laut
Gochujang - hot pepper paste

Chili flakes
Bawang, leek, kucai (better untuk guna daun bawang. Tapi sebab saya tak ada daun bawang masa masak tu, so saya guna je apa yang ada)
Rice cake (boleh pilih apa-apa jenama yang halal ye). Tapi jenama Jongga ni macam lembut cepat sikit compare to satu jenama rice cake yang lain 

Fish cake and fish ball - potong kecil-kecil supaya nampak banyak
Webfoot baby octopus. Ni saya beli dekat bahagian frozen. Best sebab teksturnya lebih liat tapi boleh je guna sotong biasa. Nak tambah udang pun boleh, ikut mana yang suka.
JOM KITA MEMASAK!

Letakkan air secukupnya dalam kuali. Letakkan seaweed dan ikan bilis sebagai perasa asli (sebab nak buat broth). Biarkan ia mendidih selama 15-20 minit. 
Lepas tu, boleh keluarkan seaweed. Keluarkan setakat mana yang boleh. Kalau ada sikit-sikit, takpe.
Warna broth akan jadi macam ni after angkat seaweed tu. Boleh tengok still ada sikit-sikit seaweed dalam kuali.
Letakkan topokki/rice cake tadi ye
Masukkan fish cake dan fish ball
Masukkan bawang besar yang telah dipotong secara wedges.
So, sekarang kita akan buat sos. Saya buat dalam bekas ni terus sebab tinggal sedikit. Boleh agak-agaklah berapa sudu. Kalau tak confident, guna 2-3 sudu membumbung dulu. Nanti kalau tak cukup, boleh tambah kemudian. Campurkan brown sugar.
Letakkan minyak bijan. Orang korea memang suka tambah minyak bijan. Nak bau bijan tu naik.
Masukkan chili flakes untuk rasa pedas. Saya guna chili flake mini packet Dominos je. Mana yang ada. Tapi chili flake ni penting jugak untuk tambah
Gaul rata-rata
Masukkan sos yang telah dicampurkan tadi ke dalam kuali.
Masukkan webfoot baby octopus. Bila letak, terus sotong mengeras. So, jangan masak lama-lama sangat sotong, sebab taknak dia liat sangat
Masukkan leek dan kucai/spring onion. Letakkan sedikit serbuk bawang putih/bawang putih segar, garam, serbuk cayenne.
Biarkan ia mendidih sampai sedikit pekat.
Bila dah pekat, boleh taburkan sedikit bijan kalau suka. Siap untuk dihidang. Spicy topokki ni lebih cair sedikit (kuah macam yong taufu) sebab tak cukup sos gochujang. Yang ni kurang pedas dan tidak pekat
Selamat mencuba
Btw, ni saya buat sebelum tu. Yang ni lebih pekat, lebih pedas sebab guna lebih banyak sos gochujang. Dan ini tanpa bijan. Bila saya masak ni, takde spesifik kuantiti bahan berapa banyak. Saya main agak je. Cumanya kalau nak pekat, lebihkan sos gochujang tu ye.Ikut citarasa masing-masing. Boleh rebuskan telur untuk makan bersama spicy topokki - confirm lebih sedap.
Selamat mencuba ye! Mudah je sebenarnya cuma ada bahan-bahan yang jarang digunakan dalam masakan melayu seperti rice cake, gochujang, seaweed, webfoot octopus dan leek. Lebih berbaloi sebab boleh masakkan untuk seisi keluarga. Boleh sesuaikan dengan bajet anda sebenarnya. 

Btw, ni cara saya ye. Mungkin orang lain ada cara masakan yang lain dan mungkin ada bahan yang saya guna tapi orang lain guna dan juga sebaliknya. Sebab memasak ni juga dikira sebagai satu kesenian. Enjoy and please comment if you had tried this recipes!

Sunday 5 April 2020

Resepi BASQUE BURNT OREO CHEESECAKE


Mood nak baking datang lagi! Tak, sebenarnya sebab nak makan benda-benda manis dan asyik terbayangkan burnt cheese cake. So, saya nak kongsikan resepi burnt cheese cake yang saya buat. SIMPLE je. Resepi ni anggaran untuk 8 - 10 orang makan.

Bahan-bahan yang diperlukan:
700g krim keju (cream cheese)
1 cawan gula
5 biji telur
1 1/2 cawan (360 ml) whipping cream
3/4 tsp (4g) garam
1 tsp (5g) ekstrak vanila
1/4 cawan (30g) tepung


Saya gunakan cream cheese Tatura dan whipping cream Anchor. Sebelum mula, panaskan oven pada suhu 200C, dan baking pan tu dilapikkan dengan baking paper. 
Letakkan cream cheese dalam mixer.
Letakkan gula. Gula ni saya gunakan brown sugar dan raw cane sugar. Sebab gula pasir yang biasa takde dekat umah. Raw cane sugar ni agak manis ye rasa dia, so saya adjust kuantitinya

Letakkan garam. Mix cream cheese, gula dan garam sehingga sebati. Then, masukkan telur sebiji demi sebiji. 
Lepas itu, masukkan vanila dan whipping cream. Gaul sehingga sebati. Batter cake quite smooth at this time.
Then, masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Dah siap dicampurkan kesemua bahan. Apabila dah letakkan tepung, batter agak pekat sedikit.
Letakkan dalam pan. Saya buat 1 medium/large pan and 6 cups sized.
Baked for 60minutes or until deep golden brown but still jiggly in the centre. If it burns to fast while baking, please cover with aluminium oil. This one is done! Right after out from oven.

After few minutes, it deflate slightly

This is the medium/large sized pan. After cool, it is best to refrigerate
If you like the oreo version of basque burnt cheesecake, just added oreo after settle mixing the batter with flour. You can just mix it with spatula. Boleh beli oreo yang dah siap dihancurkan, atau beli je oreo yang biasa tu then hancurkan sendiri. Boleh gaul bersama whole batter or campurkan oreo dengan sedikit butter then presskan di loyang sebelum letakkan batter kek.  

Letakkan oreo yang dihancurkan. Yang ni saya beli yang biasa then hancurkan sendiri. Sebelum hancur tu, jangan potong plastik tu dulu. Dah hancurkan baru potong then tuang dalam batter.

Gaul rata oreo yang dah dihancurkan dengan batter kek. Kalau malas nak guna spatula, gaul je guna whisk mixer tu.

After few minutes out from oven - deflated sikit.

This one bila potong oreo cheese cake. Nampak lah oreo-oreo hancur tu. Cantik juga sebenarnya.
Selamat mencuba!

Friday 3 April 2020

Review on Egg Salted Charcoal Cake By ABSOLUT CHOCOLATE

Hi semua, this is definitely not a paid review post. Tapi saya nak share. Sapa dah pernah try kek daripada Absolut Chocolate? Whether chocolate cake, milk lava, boba tea cake or salted egg charcoal.

So, kisahnya saya pernah makan chocolate cake daripada Absolut Chocolate dulu-dulu kala. Tetiba one day tu setelah sekian lama (more than 1-2 years kot), saya teringin makan kek ni lagi. I'm always craving to chocolate

Cari-cari lah dekat petrol station area Shah Alam alongside federal highway tu, tapi main redah je. Asal ada petrol station, berhenti. Fortunately after fews petrol station, I luckily get that chocolate cake! sebab banyak yang dah sold out. Happy giler. Masa tu, I beli 2 slices, a slice tu RM11 kot. Small size for RM11, terkejut jugak tapi dah teringin kan. Sebab a whole cake tu baru RM69, you can get so many slices. Personal opinion, its not worth to buy slices.

One day, I definitely nak try the salted egg charcoal cake sebab tergoda dengan review celebrities. Whole cake for RM79 but masa I beli tu harganya RM69 sebab ada promotion. 


Ni kotak dia, the design is so cuteee! Bright color and ada design comel-comel gitu memang eye catching. Kotak ni agak tinggi sedikit.



Bila bukak, you gonna see this. An egg container lay at the centre of the charcoal cake.



Ni lah rupanya bila dah keluarkan egg container tu. Kek quite tinggi, nampak gebu. Bila pegang kek tu memang kek tu lembut. Bila makan, terasa moistnya kek tu. Tak manis sangat, just nice, ada rasa pahit-pahit coklat sikit. Which I really love it. Kek dia memang terbaik, dah lah lembut, kalau makan macam tu pun kosong tanpa sos pun dah sedap.  


Salted egg sauce. Rasa sweet custard. Tapi ada dekat hujung-hujung lidah tu ada rasa salted-salted egg sikit tapi mild je. Salted egg sauce ni pekat bila letak dalam fridge. Tapi best sebab sejuk. But depends on your preference.



Nampak tak serbuk atau crumble ni? Ini adalah kunci utama. Bila dah potong kek, pour some sauce, then sprinkle dengan salted egg crumble ni. Memang terbaik. Bila tergigit crumble ni, texture keras crunchy yang best and definitely complement the sauce. For me, rasa salted egg dekat crumble ni lagi kuat compare to sauce. Bila makan tu ada rasa macam makan kuih raya semperit but has the salted egg taste. 




Thursday 2 April 2020

Caffe Pascucci at Sunway Pyramid

Caffe Pascucci di Sunway Pyramid terletak di Tingkat 1. Caffe Pascucci juga boleh didapati di Tropicana City Mall dan Menara Hap Seng 2.

Caffe Pascucci allow us to drink coffee that is brewed in true Italian way. Coffee have great sentiment value.  

Menu Sorbetti Coffee
Beverage counter

Seats - sofa
Seats - comfy chair
Pastries, muffin and bread choices. But limited choices.
Cake choices
Ice-cream choices
Ice-cream toppings
Chocolate and blueberry muffin
Flaky croissant
My choices for today! Very nice coffee brew aroma. Bread is quite soft
Blended coffee.
Fraspuccio caramel - Espresso, milk, ice, cane sugar, whipped cream and caramel syrup topping.
Tapi, Caffe Pascucci di Sunway Pyramid tidak ada menyediakan any heavy main meals. So, very limited choices, just for relaxing and enjoying coffee and some savoury/sweet bites. Tapi tak sure lah kalau sekarang dah ada provide main meals.

Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...