Search This Blog

Sunday 30 June 2019

Sedap ke The Chicken Rice Shop (CSR)

Lately ni memang saya teringin giler makan nasi ayam dekat The Chicken Rice Shop. Asyik erbayang je rasa nasi ayam dekat sini walaupun sekadar nasi ayam. Makanan yang senang untuk didapati dekat tempat lain atau boleh je buat sendiri.

Biasanya, senang kalau order makanan secara set mengikut bilangan pax. Saya pilih set B (2 pax) yang ada ayam bakar Oh-Semm (limited time only). Taktau ada sampai bila. Nasi tak dinafikan memang wangi dan sedap.  Boleh makan macam tu je tanpa lauk-lauk.

steamed chicken
Steamed Chicken. Saya memang suka ayam dimasak sebegini sebab rasa dia tersangatlah lembut dan tak berempah. Very minimal taste ala-ala masakan Cina. Btw, saya pilih bahagian thigh ye. Rasanya macam ada extra charges kot. Ada pilihan lain seperti roast and soy sauce chicken. 

 ayam bakar oh-semm
Ayam Bakar Oh-Semm (1/4 ekor). Ayam sedap dengan bahan-bahan marinate. Sos/sambal tu sedap tapi agak masin. 

fishball
Sup bebola ikan. Ada 6 biji bebola dengan sedikir sayuran hijau. 

Pak choy with oyster sauce The Chicken Rice Shop (CSR)
Pak Choy with Oyster Sauce. Kalau sos tiram diletakkan dengan lebih banyak lagi best. Pilihan lain adalah Spicy Savoury Ladies' Fingers. 

Nyonya Pai Tee
Nyonya Pai Tee. Ada 4 ketul. Sangat rangup dan sedap dimakan dengan sos merah tu.

The Chicken Rice Shop (CSR)
Overall makanan bagi set ni. Ada 2 mangkuk kecil sup, ginger paste dan cili.

Untuk set ni, ada 2 pilihan air sama ada Teh Lapis Oh-Semm atau Fizzy Asam Boi. Teh Lapis Oh-Semm rasa macam cendol-cendol sikit dan Fizzy Asam Boi pulak rasa soda. 


Saturday 29 June 2019

Apa Beza Seoul Garden Buffet dan Hot Pot ?

Haritu pergi Seoul Garden Hot Pot sebab tak pernah lagi pergi. Selalunya pergi Seoul Garden yang serve secara buffet tu je. So saya order Indulge Set for 2 Person. Harga okay dalam RM60.40 termasuk 6% caj servis.
kimchi seafood at Seoul Garden Hot Pot
Kimchi Seafood.
Bila sampai je hotpot ni, terkejut sebab agak besar saiz dia. Tapi outer layer hotpot je yang besar, inner layer hotpot tu tak sebesar outer layer pun. Dalam tu ada cendawan enoki, udang, abalone, lala, sotong (tak ingat lah ada ke tak) dan sayur seperti timun dan kobis/kimchi. Tapi kobis memang banyak giler. Penat jugak nak abiskan sorang. End up, tak abiskan pun kobis tu. Sup kimchi dia sedap sebab panas-panas. 

Sunway Putra Mall KL
Chicken Bulgogi Bap.
Penuh dengan kepingan ayam dan sayur-sayuran seperti tauge, timun dan kimchi yang digoreng ringkas. Ada telur juga tapi cair lagi. Bawah tu ada nasi.

Keseluruhan makanan berat. Kimchi seafood tu dimakan dengan nasi putih dalam mangkuk kecil tu.

Deep fried mushroom
Deep fried Mushroom.
Cendawan enoki yang disalut dengan tepung dan digoreng menjadi tempura. Tepung dia rangup dan sedap. Best kalau dimakan dengan nasi sebab kalau makan banyak tanpa nasi nanti akan muak sebab agak berminyak. 


Seoul Garden Hot Pot
Spicy Drumettes = 3 pieces.
Ayam ni tak best sangat sebab saya tak berapa suka dengan sos salutan pada ayam tu.

Seoul Garden Hot Pot Sunway Putra
Citron Jelly
Ni memang terbaik. Paling sedap antara semua makanan huhu. Waktu jeli ni sampai atas meja, agak terkejut sebab portion banyak. Bayangkan sorang dapat 4 potong yang boleh tahan besar. Penat nak abiskan sebab dah makan main meal dan side dishes tadi. Nasib baik sedap. Very refreshing and quite sweet sebab guna citron. Bahagian bawah jeli boleh nampak hirisan citron. Kurma merah tu pun best sedap dia crunchy and dried.   

Iced Cinnamon Tea. Termasuk dalam set ni. Air ni sedap dan berpuas hati. Rasa macam minum air rebusan kayu manis yang  dekat spa tu. Overall, not bad. Sekurangnya dah penah rasa Seoul Garden Hot Pot ni.




Wednesday 26 June 2019

Makan di Restoran Serai Empire Shopping Gallery

Restoran Serai terletak di Empire Shopping Gallery di Subang Jaya. Selain itu, ada juga di Paradigm Mall, Pavillion KL, Shafsbury Square Cyberjaya dan Jaya Shopping Centre PJ. Restoran ni memang full house masa weekend

Minted calamansi soda
  Minted Calamansi Soda (RM13.00)*. Very refreshing.. 

Orange Blast (RM13)*. Ada sikit rasa macam ubat demam budak-budak hehe. Tapi still acceptable.

Serai Empire Shopping Gallery
Serai Iced Tea (RM14)*.

nasi campur serai
Nasi Campur Serai (RM25)*. Ada rendang daging lembu, setengah biji telur masin, sedikit kelapa yang disangai, udang masak petai dan sehelai dua tempura kangkung/bayam. I'm not a fan of rendang so tak berapa best. Tapi udang dia sedap sebab ada petai.   

serai platter
Serai Platter (RM27)*. Ayam sedap, juicy dan lembut sebab bahagian thigh and drumstick.  

Serai Empire Shopping Gallery
Beef Tenderloin Noodle Soup (RM28)*. Sup sedap dan bertambah sedap bila makan dengan sambal kicap dia. Sup ni best sebab menyegarkan dan rasa yang ringan. Tapi isi daging tak berapa banyak.

pandan banana fritter
Pandan Banana Fritters (RM13). Pisang goreng (ada dalam 4-5 ketul), aiskrim vanilla, taburan kacang hancur dan caramel brown sugar/maple syrup. Pisang goreng best sebab tekstur tepung yang rapuh dan sedap. Recommended..

*Harga tidak termasuk SST dan caj perkhidmatan lagi ye.

Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...