Search This Blog

Tuesday 27 August 2019

Century Pines Resort di Cameron Highlands

Perjalanan dari Penang ke Cameron Highlands melalui Simpang Pulai. Biasanya bila naik Cameron Highlands memang pening-pening dan rasa nak muntah. Tapi Simpang Pulai better lah dari Tapah sebab jalannya yang agak luas. Lagi best kalau lalu Simpang Pulai tapi takada kereta atau jalan agak clear. Kadang-kadang bila selalu brek pun boleh membuatkan kita muntah sebenarnya. Tapi bukan bermakna tak payah brek ye hahaha. Ada di sebahagian tempat yang boleh nampak kabus dengan lebih jelas. Rasa syukur dan excited.



Sampai je terus check in Century Pines Resort untuk 3 hari 2 malam sebab dah agak lewat juga. Saya pilih Deluxe Garden iaitu di tingkat paling bawah dan ada akses ke taman mini. Yang bawak anak-anak kecil, sesuai ambik yang ni. Tapi diingatkan, taman dia biasa-biasa aje. Sekurangnya ada ruang untuk anak-anak berlari dan bergerak. Pada saya, Century Pines Resort ni designnya nampak moden + tradisional.


Pintu masuk dan lobi yang nampak gah dengan chandelier dan siling yang tinggi. Setiap dekorasi di bahagian lobi dapat dilihat dengan lebih terperinci..





Dekat lobi hotel memang disediakan banyak kerusi untuk tetamu hotel  duduk dan berehat. 



Ruangan bilik Deluxe Garden. Agak luas juga. Bilik ni sebenarnya nampak malap sebab perabot yang berwarna merah gelap dan kerusi duduk dan lantai yang berwarna coklat. Tapi takpe, apa gunanya ada lampu kan? Tapi yang tak bestnya, ada satu bau di bilik yang tidak menyenangkan. Tak sure bau apa. Bau macam spray nyamuk tapi sangat kuat dan agak memeningkan. Btw, spray nyamuk tu saya tak berapa familiar baunya. Disebabkan terlalu kuat memang terpaksa buka sliding door supaya tak kepam sangat. Tapi bila menjelang senja, makin banyak nyamuk






Tandas, sinki dan bathtub+shower (2 in 1). Part ni kena improvekan lagi. Apabila gunakan air di tandas, ia akan mengalir sampai ke bahagian tengah yang akan membasahnya bahagian bawah sinki. Macam tak berapa praktikal. Better buatkan penghalang lantai yang tinggi sikit untuk dividekan pengaliran air tandas dan sinki. Toiletries yang diberikan oleh hotel adalah asas tapi mencukupi.






Cawan, jag dan pemanas air bersama teh dan nescafe disediakan. Disini, air botol tidak disediakan ye. Tapi water dispenser disediakan di beberapa tempat yang dinyatakan oleh staf hotel. Tapi takda di tingkat yang terletaknya bilik-bilik Deluxe Garden. Adapun di tingkat atasnya. So, tak berapa memudahkan. Tapi boleh lahh dari takde apa-apa facility kan.


Inilah taman mini yang saya katakan tadi. Ada akses bagi bilik Deluxe Garden. Taman yang biasa-biasa je tapi sesuai untuk anak-anak bergerak. Setiap bilik ada disediakan meja dan kerusi untuk relaks sambil menikmati pemandangan pokok-pokok yang menghijau.  



Ni keadaan di luar bilik ye. Pintu-pintu bilik dan design dekorasi menitikberatkan warna coklat gelap.


Bagi breakfast, makanan mencukupi dan rasanya sedap dan berkualiti. Ada pilihan untuk duduk diluar atau dalam. Saya duduk di luar untuk 2 hari breakfast untuk menghirup udara yang segar dan nak rasa kesejukan semula jadi. 



Antara pilihan-pilihan makanan yang ada adalah roti bakar, nasi minyak, nasi lemak, bubur, salad, pancake, mashed potato, soup such as mushroom soup and chicken soup dan lain-lain. Memang puas hati dari segi pilihan dan rasa. Mushroom soup dimakan dengan roti bakar memang terbaik. Best makan makanan panas-panas di pagi hari yang sejuk.





 

Tempat duduk di luar. Pemandangan pokok pine memang cantik dan rasa seperti di luar negara ditambah pula dengan rasa sejuk-sejuk manja .




Ada spa di hotel ni ye. Keunikannya biasa-biasa je. Bolehlah dari takada haha. Tapi tak berapa relaxing sangat. Music spa dipasang pada phone. Feeling spa kurang which is better untuk pasang music through speaker. So bunyinya sedap and stable sikit. Tilam yang digunakan untuk urutan pun berbunyi-bunyi bila staf spa urut. 









Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...