Esoknya, saya bertolak ke Kota Kinabalu dan terus check in HOTEL TABUNG HAJI KOTA KINABALU. Musim haji around the corner, so ramai jemaah-jemaah haji dekat hotel ni. Hotel yang selesa dan nampak baru. Setiap bilik-bilik yang lain pun dah ditampal dengan kertas yang ada nama-nama jemaah haji. Bilik ni sesuai untuk 3 orang - 1 queen 1 single.
Saya order seafood carbonara sebab lapar. Memang puas hati sebab creamy, sos dan seafood yang banyak.
Selepas rehat-rehat, saya ke WATERFRONT KOTA KINABALU/PASAR MALAM FILIPINA untuk makan malam dan bersiar-siar. Pilihan makanan lauk yang banyak dan terbaik. Ada macam-macam jenis, macam-macam pilihan. Kedai makan pun ada banyak, pilih lah yang mana berkenan. Saya rambang mata nak makan dekat kedai yang mana dan nak makan apa.
End up, saya duduk makan dekat satu kedai ni sebab tertarik dengan pilihan makanan lautnya. Nama kedai tak ingat hahaha. First day and second day, kedai lain-lain ye. Tapi saya campur je dalam post ni.
Sotong goreng tepung |
Kerang masak apa saya taktahu hahaha. Tapi besar betul kerang ni. Memang puas hati. |
Sup ketam. Manis dan segar isinya. Sangat menyegarkan |
Udang jumbo goreng tepung + daun kari. Tepung/telur dia sedap. Masin yang cukup. Udang besar, segar dan manis. Memang puas hati |
Ikan kerapu masak 3 rasa. Sos tak banyak tapi sedap sebab gorengan tepungnya rangup. Isi ikan manis. |
Udang kara butter. Sos butter biasa je. Saya tak minat sangat lobster sebab kulit dia je besar isi tak besar sangat. Saya prefer udang biasa saiz jumbo. Isi yang banyak dan manis. |
Rumpai laut ni memang terbaik. Kena cuba makanan rare. Tapi tak rare sangat pun hehe. Tesktur yang crunchy memang terbaik. Paling penting, sambal/sos kena sedap |
Balik hotel, rest untuk hari esok.
Saya pergi ke PASAR FILIPINA untuk membeli makanan-makanan laut yang kering seperti ikan bilis, ikan kering, sotong kering, udang kering dan belacan. Keropok kering, kuih cincin dan amplang pun ada. Pasar basah saya tak pergi sebab penat. Lepastu menyesal hehe. Ada satu kawasan tertutup yang menjual kraftangan, baju, gelang mutiara dan banyak lagi. Jangan lupa tawar menawar ye. Kawasan sekitarnya pun banyak kedai-kedai yang lebih besar menjual souvenier dengan harga berpatutan.
Malamnya tu, saya berjalan ke MASJID BANDARAYA KOTA KINABALU dan PANTAI TANJUNG ARU. Pemandangan cantik sebab matahari tengah terbenam.
Sebenarnya banyak je aktiviti yang boleh dibuat dekat KK ni. Rancang elok-elok supaya jadual harian tudapat diisi dengan aktiviti yang banyak