Search This Blog

Saturday 31 August 2019

Apa yang Ada di Kea Farm Cameron Highlands?


Dalam perjalanan saya singgah ke satu gerai yang jual air kelapa laut, nenas dan satu kedai lagi jual nangka madu. Nangka madu besar-besar dan sangat manis, kena cuba ye.


Anda boleh singgah ke KEA FARM MARKET. Pagi-pagi memang meriah dekat sini. Biasanya area ni memang jammed. Tapi sekarang better sebab parking dah besar sikit. Cuma parking yang luas tu kena bayar RM3 waktu nak keluar nanti. Dekat sini ada dijual sayur dan buah segar dan boleh tahan murah seperti strawberi, ubi manis, bunga-bunga, jagung, asparagus dan macam-macam lagi.  

  


Anda boleh singgah ke ARKED PELADANG CAMERON HIGHLANDS. Tempat ni macam nurseri pokok lah kiranya. Ada jual macam-macam pokok bunga, herbs, tomato, cili dan sebagainya. Memang rambang mata. Kebanyakannya pokok tomato dan cili telah mengeluarkan hasil walaupun pokoknya masih kecil. Kalau ada Hilux, memang saya borong lah hehe. 


Next destination yang wajib dipergi adalah CAMERON VALLEY KUALA TERLA. Dekat sini anda boleh  membeli pelbagai perisa teh. Tapi saya rasa tak pilihan teh dekat sini macam tak berapa best dan kurang menarik. Dekat sini ada cameron adventurous atv & safari bagi sesiapa yang nak mencuba sesuatu yang baru dalam aktiviti lasak. Boleh jalan-jalan sambil ambil gambar berlatarbelakangkan ladang teh.  




Boleh order teh dan dessert sambil menikmati pemandangan ladang teh yang menghijau. Dekat sini ada 2 tingkat ye.  




Having tiramisu cake, green tea cheese cake and scone set (2 pieces served with butter, jam and whipped cream). Saya order masala chai tea. Saya recommend masala chai tea dekat sini sebab rasanya yang pekat dan perfect.  









Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...