Search This Blog

Wednesday 16 October 2019

Makanan Best di Gula Cakery Kota Kemuning

Gula Cakery merupakan antara salah satu dessert shop yang saya suka pergi. Harga kek-kek agak pricey tapi memang puas hati. 

nutella chocolate burnt cheese
Nutella chocolate burnt cheese. Rasa pahit-pahit coklat (rasa yang saya suka) dan teksturnya yang lembut. Burnt dekat permukaan kek memang nampak menarik.
seri muka cheese cake
Seri muka cheese cake.Very refreshing. Bukan sahaja bentuk macam seri muka but the taste pun exactly like seri muka. On top (hijau) ada rasa pandan dan bahagian bawah (putih) rasa santan. Tesktur kek tak terlalu lembut and tak terlalu keras (tesktur yang menarik). Bukan macam krim tapi bukan juga macam jeli (I dont know how to describe).

pandan burnt cheesecake
Pandan burnt cheesecake. Rasa cheese cake yang berperisa pandan. Macam rasa kuih bakar pun ada. Rupa memang dah macam kuih bakar dah.
durian cheesecake
Durian cheesecake. Cheese cake rasa durian. Bawah ada biskut.
sweet potato fries
Sweet potato fries. Sedap terutamanya bila dimakan dengan sos putih tu. Even dah sejuk pun still sedap.

passion peach tea, mocha latte, capuccino
Drinks (passion peach tea, mocha latte, cappucino). Mocha latte yang kena kacau tu. Mocha tu saya suka sebab dia rasa pahit kopi + coklat. Presentation drinks simple just guna cawan plain tapi sebenarnya nampak luxury.

beef bacon creamy carbonara pasta
Beef bacon creamy carbonara pasta. Sedap and puas hati sebab creamy tapi takmuat. Presentation memang class. Beef bacon yang brownish and hijau dari daun yang ditabur pada kuah carbonara putih nampak menyelerakan 

spageti lemak cili api
Spagetti lemak cili api. I think this one is classical and very traditional menu. Typical malay dishes tapi nampak istimewa sebab guna spagetti. In mind spagetti sinonim with western style cooking dan lauk masak lemak biasa dimakan dengan nasi putih, bayangkan betapa menariknya bila terhasilnya spagetti lemak cili api. Udang ada 4 ekor (3 udang biasa, 1 udang harimau). Udang sedap, lembut and juicy sebab tak terlebih masak. Memang terbaik. Cuma masa saya beli spageti ni agak tawar. Luckily ada garam di atas meja untuk ditambah menjadi lebih uhhmm.

grilled chicken chop
Grilled chicken chop. Dish yang bersaiz agak besar. Dengan grilled chicken, salad, coleslaw, fries, tomato and mushroom saute and sauce. Sedap

cake shop




Sunday 13 October 2019

Secret Recipe Central I City

Dah lama rasanya tak makan Secret Recipe, so saya pergi ke Central I City. Secret Recipe best sebab ada jual kek dan makanan berat. A kind of appetizer + main meal or main meal + dessert. 
Cheeze chocolate: Memang lembut je coklat dan cheese tu. Bawah tu ada lapisan biskut-biskut hancur

Chocolate odyssey: Coklat cream and cakes tu lembut, while cunchiness from hazelnut and cocoa crumbles. Perfect combination!

Absolute durian. Pilihan terbaik untuk pencinta durian. Sejenis kek vanila tapi filling dia durian. Terbaik sebab rasa dan bau yang kick.

Classic Tiramisu. Sponge fingers immersed with espresso, cream and mascarpone. Tapi rasanya biasa-biasa je

Noodle in Tom Yam Soup. Sedap sebab tomyam dia pedas-pedas memang menambah selera. Ada isi ayam dengan mushroom.

Prawn macaroni and cheese.Yang ni memang favourite saya. Creamy and best sebab cheese boleh ditarik. Cendawan enoki yang kenyal dan udang yang juicy. Tak cukup 1 pinggan.

Teriyaki salmon set: Ada nasi putih, telur jepun yang manis, sedikit tomato, caviar (telur ikan yang crunchy and meletop-letop dalam mulut bila digigit), green beans (edamame), teriyaki salmon +  miso soup + iced green tea

Thai seafood spagetti. Thai style spagetti with shrimp and mussels. Memang puas makan ni

Grilled mushroom chicken chop. Lembut sebab ayam dipanggang. Dengan sos cendawan dan dihidangkan dengan nasi herba dan salad


Makanan sedap, berkualiti dan sihat adalah faktor utama dalam pemilihan makanan. Namun, makan bersama-sama dengan ahli keluarga atau rakan yang tersayang adalah lebih membahagiakan

Wednesday 9 October 2019

Absolute Thai Central I City

Selepas urutan kaki di Thai Odyssey, saya terus ke Absolute Thai for lunch. Tiba-tiba teringin pulak nak makan makanan Thai.


Decoration kerusi cantik and modernMore to light brown and black interior. 


Glutinous rice with mango. Biasa je rasanya. Mangga tak terlalu manis. Better kalau santan tu dilebihkan sikit sebab pekat.

Mango + glutinous rice

Pandan leaves chicken (6pcs). Ayam yang dibalut dengan daun pandan. Rasa bahan-bahan ayam yang cukup. Ada sos cili Thai for dip. Tapi kalau tak makan dengan sos cili tu pun dah sedap.
  

ayam pandan

Tom Yam Soup Served In Firepot For 2 Pax. Memang terbaik. Rasa umphh gitu hahaha. Refreshing and give kick taste. Ada few sotong, udang dan kepingan ikan. Banyak jugak tapi yang paling penting, kuah dia. 

seafood tomyam

Sizzling Ming Prawn with Creamy Butter Sauce Served on Hot Plate. Ada 5 - 6 ekor udang. Ni pun sedap juga. Butter sauce yang creamy and best combination with rice. Langsung tak muak. Udang tu digoreng dengan tepung/batter

prawn butter

Drinks. Ni tak best sebab tawar rasanya. Walaupun nampak ada lapisan gula dekat bawah tu, tapi bila kacau still rasa tawar. Saya letak harapan tinggi untuk air ni tapi kecewa.


Miang Kham. Boleh dikatakan signature lah kot. Gumpalan daun dimasukkan ke dalam mulut. Tapi before tu, kena letak few bahan atas daun tu. Seperti udang kering, kacang tanah panggang, kepingan kelapa, cili padi, bawang merah, halia, limau dan sos udang. Sos udang tak pedas. Bila makan tu, ada rasa pahit pahit kulit limau dan masam dari limau. Pedas cili  dan halia. Masin dari udang kering. Manis dari bawang. Rasa nutty dari kacang dan kelapa. Such a great combination.   

Miang kham

Miang Kham Thailand

Other than this, order nasi putih lah ye. Banyak lagi makanan untuk discover dekat sini. Tapi makanan semua sedap walaupun agak pricey

Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...