Search This Blog

Tuesday 27 February 2018

Best ke menu makanan di IKEA Cheras

Ikea Cheras yang terletak di sebelah Mytown merupakan tempat untuk berbelanja. Berjalan-jalan di Ikea memang menyeronokkan kerana terleka melihat ruang pameran sudut kanak-kanak, ruang tamu, dapur, bilik air, bilik tidur, ruang kerja dan ruang makan yang dihias indah, rapi dan kemas oleh pengurusan Ikea. Walaupun ruang agak kecil untuk sesetengah bahagian pameran, mereka menggunakan ruang dengan sepenuhnya dan sebaiknya untuk tampak lebih mewah dan selesa. Selain itu, restoran dan kafe Ikea merupakan antara salah satu tarikan pengunjung. Restoran dan kafe Ikea ini terletak selepas bahagian pameran kanak-kanak jika saya tak silap. Semestinya ruang makan akan sentiasa dipenuhi dengan orang ramai. Di bahagian tepi ruang makan iaitu sebelum ke tandas, terdapat penyangkut beg untuk meletakkan beg-beg kuning Ikea anda bagi memudahkan pergerakan. Jangan risau untuk letakkan barang yang telah anda pilih disitu kerana jika hilang sekalipun, anda belum membayarnya. 



Langkah pertama adalah anda perlu beratur pada lorong yang disediakan. Kemudian, amik sahaja troli dan letakkan dulang di bahagian troli. Dulang tak akan bergerak kerana troli memang dikhaskan untuk meletakkan dulang. Terpulang pada anda untuk letakkan berapa banyak dulang mengikut berapa banyak makanan yang anda nak beli nanti. Tapi anda boleh letak maksimum 3 dulang sahaja. Selepas anda mengambil dulang, terdapat tupperware jamka 1.2L yang berharga RM3 untuk setiap satu. Tupperware ini boleh digunakan jika anda nak bungkus makanan nak bawa balik tapi tak bawa tupperware sendiri. Dekat situ ada juga jual biskut-biskut yang dibungkus dalam plastik dan jag seperti kuih bangkit dan biskut coklat. 


Seterusnya, anda akan berjumpa dengan bahagian muffin dan donut bergula. Muffin berharga RM1.50 dan donut berharga RM2.50. Dekat situ juga terletak butter yang saiz kecil-kecil dan air mineral/masak/putih berharga RM1 untuk  botol. Di sebelahnya pula terletak bahagian kek. Ada empat jenis kek yang dijual dengan harga berbeza iaitu almond cake (RM6.30) yang diletakkan di atas piring kecil, moist chocolate cake (RM6.90), salted caramel cake (RM7.90) dan strawberry cheese cake (RM7.90).

Salad and the dressing di Ikea Cheras
 
Selain itu, ada juga dijual salad dengan dressingnya, shrimp sandwhich, gravad lax caesar salad (RM8.50), spicy chicken wrap, gravad lax with potato salad (RM9.90). Dari amik troli sampai bahagian ini adalah self service atau amik sendiri. Tapi untuk bahagian seterusnya, request lah nak makan apa. Ada sweden meatball yang memang popular dan disebut-sebut. Sweden meatball ini dihidangkan dengan brown creamy sauce, mashed potato dan jem. Walaupun mungkin pelik untuk membayangkan wujudnya jem tu untuk dimakan dengan meatball, tapi hakikatnya rasanya agak unik dan manis. Ada jual 1 set 15 biji ada jual 1 set 20 biji. Yang 15 biji tu harganya RM15 dan yang 20 biji tu harganya RM18. Kalau ada yang tak makan daging, bebola ayam pun ada. Kalau tak silap saya, bebola sayur pun ada dijual. So bagi yang nak bungkus dan take away, bagi je tupperware anda tu dan request nak apa.

Meatball di Ikea Cheras

 Seterusnya, ada juga dijual pasta dengan bebola dan beef ribs. Beef ribs yang berharga RM34.90 dihidangkan dengan sauce, kentang goreng dan sayur campur seperti lobak merah, cauliflower dan broccoli. Set menu salmon dan set menu ayam panggang pun ada dijual. Lotus rice iaitu nasi, sos soya dan ayam yang dibalut dengan daun teratai dijual dengan harga RM8.00+. Chicken wing juga merupakan antara menu kegemaran  orang ramai yang dijual dengan harga RM16.00+ untuk 6 ketul. Memang sedap dimakan ketika masih panas. Sosej, sup cendawan, garlic bread, croissant, plain bread, cinnamon roll, chocolate pastry, sausage roll dan spring roll juga dijual.


Selepas anda mengambil makanan-makanan, anda harus mengambil cawan untuk air panas atau gelas untuk air soda dan sejuk sebelum membuat bayaran jika anda ingin membelinya. Untuk air panas ada pilihan kopi dan teh. Setiap minuman dikira RM2 dan boleh direfill seberapa banyak kali yang anda inginkan. Mesin air panas, air sejuk, gula, krimer, sudu, garpu dan pisau diletakkan dibahagian luar kaunter. 

Itu sahaja review saya mengenai Ikea. Selamat mencuba!

Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...