Harini saya nak share review makan di Ole-Ole Bali. Ole-Ole Bali ni merupakan restoran yang menyajikan makanan ala Bali, Indonesia yang juga antara favourite saya. Sebenarnya, sebahagian restoran ni iaitu di bahagian hadapan adalah masih baru dan menjadi lebih besar sedikit daripada dahulu kerana menggantikan kedai Crabtree & Evelyn.
First, kita lihat pada decoration restoran ni. Sangat cantik, romantik, nampak istimewa dan tradisional. Menjadikan kita seperti berada di Bali.
Antara menu yang boleh didapati di sini. Menariknya, restoran ini turut menyajikan makanan Western. So, pelanggan ada banyak lah pilihan untuk makan apa.
Air dekat atas ni adalah air pulut hitam (RM12).
Biasanya kita selalu makan bubur pulut hitam. Why not rasa air blended pulut hitam pulak, kan? Sebenarnya tak ada beza pun sebab still rasa pulut hitam, santan dan gula melaka.
Biasanya kita selalu makan bubur pulut hitam. Why not rasa air blended pulut hitam pulak, kan? Sebenarnya tak ada beza pun sebab still rasa pulut hitam, santan dan gula melaka.
Sebelah kiri gambar: Cucumber & Passion Fruit Mojito (RM13)
Air ni sedap. Bila minum tu, dapatlah kunyah timun-timun yang crunchy and air ni ada rasa kick sikit sebab ada masam-masam jus nenas. Best feeling ever. Selain itu, ada juga sepotong kecil timun dan sebiji cili menjadikan minuman ni nampak unik.
Sebelah kanan gambar: Lemongrass Mojito (RM13)
Minuman yang sedikit masam dan ada rasa soda, mint, lime and lemon grass.
Dua-dua air ni very recommended.
Ada nasi, udang, sotong dan ikan bakar, rendang ayam atau daging, sate lilit, lawar kacang (bean salad), rempeyek, kangkung goreng, sambal terasi dan sambel mateh.
Very recommended sebab sedap sangat.
Sate lilit ni macam sate yang biasa kita makan tapi tak menggunakan lidi. Di sini atau di Bali, gunakan serai. So, ia lebih menarik dan wangi. Tapi rasa sate ni lebih istimewa sebab dapat rasa bahan campuran rempah pada sate.
Bean salad adalah campuran sayur goreng (kacang panjang yang dipotong pendek dan tempe).
Makanan ni memang best bila dicampur semuanya.
Bali Trio (RM49)
Bali trio adalah campuran kepak ayam, sate lilit, sotong atau cumi-cumi goreng, bersama sambal matah, sambal terasi dan sos tartar. Ni pun very recommended tapi kena ingat ye Bali trio ni takde nasi.
Patty daging agak tebal ye dan diseasoningkan dengan rempah-rempah. Dihidangkan bersama kentang goreng, salad dan tembikai. All in ni adalah tambahan keju, telur goreng dan cendawan pada burger.
Makanan dekat Ole-Ole Bali ni memang best. Saya paling suka dengan air dan makanan yang saya dah mentionkan tadi. Biasanya memang order menu yang sama je.
Makanan dekat Ole-Ole Bali ni memang best. Saya paling suka dengan air dan makanan yang saya dah mentionkan tadi. Biasanya memang order menu yang sama je.