Search This Blog

Friday 28 August 2020

Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre. Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi
Yoga pavilion. Bersebelahan dengan kawasan spa
Complimentary 15 minutes antioxidant therapy di Spa & Wellness Centre. Lantai ni panasnya suam-suam ye. Baring secara melentang. Biarkan belakang badan kena lantai tu, panas tapi menyegarkan sendi dan urat. Rasa hilang lenguh-lenguh. Tapi boleh je mengiring ke kiri kanan. Cumanya dalam bilik ni bahang dan berkuap. Macam susah nak bernafas tapi okay je. Just relax, rest and enjoy yourself
Evening Cocktail. Ada di area Crystal Cave. Kadang-kadang evening cocktail ni dibuat di Open Deck. Evening cocktail ni bukan ada setiap hari ye. Cuma ada pada hari sabtu. Atau weekend (sabtu ahad). Tapi saya rasa ada hari sabtu je.
Simple je menu : salad, roasted chicken slice, juice
Pintu masuk Jeff's Cellar.
Jeff's Cellar dibuka pukul 6petang-11malam
Nampak unik dan classy. Rasa macam dalam movie
Gua batu kapur yang berusia 260 juta tahun. Best part dekat sini adalah makan secara fine dining dalam gua semulajadi. Ssaya tak makan dalam ni, sebab agak pricey. Jangan risau ye, boleh je masuk dalam Jeff's Cellar walaupun tak makan dekat sini. Boleh tengok-tengok interior dan tangkap gmbar. Saya sarankan pergi bila baru bukak sebab masa ni tak ramai lagi guest datang untuk makan.  
Salah satu meja for fine dining. Lampu agak  minimal, so suasana nampak romantik lah
Idea and concept restoran/bar dalam gua
Boleh tengok betapa cantiknya interior gua ni. Ciptaan gua batu kapur yang tersangat unik. Nikmat tengok dengan mata sebenar lagi berganda-ganda cantik
Interior memang terbaik. Terpegun bila masuk sebab tak percaya ada restoran for fine dining dalam gua. Just like normal restaurant tapi berganda-ganda cantiknya
Boleh dining di Open Deck with reservation and fees.
Skybar.
Best port untuk tengok pemandangan panorama keseluruhan hotspring
Tangga untuk ke skybar
Salah satu bahagian SkyBar
Lepas tu, kami dinner di Pomelo. Ini adalah Duck Egg Char Kuew Teow. Tapi bukan jenis yang berkuah macam yang biasa kita makan ye. Ni lebih kepada kuew teow goreng
Tandoori Spring Chicken, ayam agak kering, by the way, ayam tandoori ni tak ada nasi ye cumanya ada kentang goreng. Tapi portion ayam agak besar. Kalau juicy best sikit. Ikutkan dalam description menu ada mint yogurt tapi takde pulak masa saya dapat ni. Saya ada juga order spicy chicken burger sebagai menu utama. Saiz burger pun agak besar ye dan dihidangkan bersama kentang juga.
Lemongrass and Ginger Creme Brulee. Sedap and dihidangkan dengan berries and caramelized brown sugar. Ada biscotti kacang juga.
Nam Tok. Ini adalah sejenis makanan Thai iaitu salad bersama daging. Sedap dan recommended. Tapi agak kuat juga masamnya tu tapi sedap je sebenarnya. Kombinasi bawang, daun ketumbar, daun pudina memang menaikkan selera. Kalau makan dengan makanan berkarbohidrat macam nasi memang thumbs up
Selepas makan, kami berjalan ke villa kami memandangkan kami kekenyangan dan cuaca baik iaitu tak hujan. Tidak seperti malam sebelumnya. Bestnya villa kami consider tak terlalu dekat dan tak terlalu jauh. Pendek kata, villa kami ni agak dekat juga sebenarnya. 
Compliment daripada The Banjaran untuk malam kedua. Three packs of cookies in a box with quote
Keesokannya, kami bangun awal untuk mandi memandangkan kami akan check out pada pukul 12 tengahari nanti.
Tempat duduk best untuk lepak.
Hari ke-3 ni kami decide untuk merasai pengalaman untuk makan di villa memandangkan kami dah makan di restoran semalam. Lagipun, menjimatkan masa lebih-lebih lagi kami dah nak check out. Just call and sebutkan makanan yang ingin dipesan. Dan staf kitchen akan hantar terus ke villa. Very hygienic, sebab diwrap
First of all, susun pinggan cantik-cantik dan tangkap gambar dulu. hehe
Breakfast with view. Patutnya nak makan dekat luar bilik, tapi takut tetiba diganggu oleh monyet ketika menikmati makanan. Walaupun ada harimau yang mampu menakutkan mereka, kami ambil langkah selamat untuk makan dalam bilik. 
Steak and eggs. Telur mata dengan stik yang bersaiz kecil dan dihidangkan dengan kentang, tomato
Eggs Benedict. Dua biji telur poach diletakkan diatas roti (sour dough bread) bersama smoked salmon with homemade hollandise sauce. This dish quite popular among The Banjaran guest
Scramble Egg Classic Big Breakfast. Dihidangkan bersama sosej ayam, tomato, kentang dan cendawan
Turkey Ham Fried Rice. Semalam pun ada order nasi goreng ni
Pastry basket - croissant and danish
Wok flat noodle
Muesli - yogurt, banana slices, dried raisin, milk and rolled oat
Toast - roti putih bakar dihidangkan bersama mentega, kaya dan jem
Bagel, my sister favourite. So, repeat order.

Lepas breakfast, kami sambung mengemas, berehat dan berenang sebelum check out. Bila nak check out, just call buggy. Staf The Banjaran offer untuk hantar terus luggage ke kereta. Lepas tu kami berjalan ke kaunter di lobi untuk proses check out. Dapat satu beg yang mengandungi souvenier mini labu sayong yang berukir The Banjaran untuk dijadikan kenangan.

Overall, we are so happy and we will definitely come here again! Very glad and thankful with the free upgrades to Garden Villa from Water Villa. The panorama are so stunning and mesmerizing. Subhanallah. All staff are so friendly and ready to help you. Very recommended place for short staycation or even honeymoon. Hope that The Banjaran will offer best deals and promotion in future. 

Ini adalah review jujur daripada saya melalui pengalaman sendiri. So, please add this place to your bucket list! Hope that all the information I have shared will be useful

Wednesday 26 August 2020

Villa Mewah di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh l Garden Villa Staycation (PART 2)

Selepas je solat subuh, terus keluar bilik untuk duduk dan berehat di kerusi luar. Memang selesa dan menenangkan. Dekat luar ada radio so boleh pasang musik, boleh connectkan dengan youtube dari phone. Kawasan sekeliling masih lagi gelap. Tetapi lama-kelamaan, langit pun semakin cerah. Subhanallah. Allah pinjamkan nikmat mata untuk melihat pemandangan dan Allah pinjamkan nikmat telinga untuk mendengar bunyi unggas-unggas. Such a great treat for our body, mind and soul. Yang paling best, udara tersangatlah segar dengan bau pokok dan air embun.

Melihat pemandangan matahari terbit
Melihat pemandangan matahari terbit
Melihat pemandangan matahari terbit
Bila dah cerah sikit, luangkan masa untuk mandi dan berendam di pool and jacuzzi before breakfast.
Sambil-sambil tu minum jus daripada minibar. Pakej Residen dapat complimentary minibar - apple juice, mango juice, orange juice, evian mineral water. Replenish daily
So kami pergi breakfast di Pomelo dengan menaiki buggy pada pukul 8-8.30pagi. As I know, ada mini beverage buffet during weekend. Ada jus oren per serving.
Ada susu soya
Ada full cream milk
Ada fruit cocktail, muesli, plain yogurt, passion fruit yogurt, berries yogurt
Pastries sedap.
Signature The Banjaran. I am really fall in love with this. Look so special. Guest akan dapat platter/basket seperti dalam gambar di atas.
Cheese, biscuits and meat slices.
Cut fruit - pomelo, honeydew, watermelon, dragonfruit
Table arrangement and setting
Shashuka. Very recommended. New dish for me. Sangat mengenyangkan sebab ada telur, roti pita yang sangat lembut dan banyak kuah. Taste like tomato soup sebab sos/kuah dibuat daripada tomato as main ingredient.
Noodle soup. Very recommended. The soup is so light and very fresh. Ada pilihan mee, bihun atau kuewtiau. Ada fish cake and fish ball 
Turkey ham fried rice. Rasa macam nasi goreng biasa tapi sedap 

Bagel - smoked salmon, cheesy scramble egg, dill and salad leaves. Dekat sini ada few options omelette - white, tuscan, malay, masala, exotic and vegetarian version 
Belgium waffle - served with maple syrup, berries compote and whipping cream. Saya sangat suka berries compote tu, memang sedap. Boleh rasa originality masam berries dan juga crunchiness of berries seed
Brioche French Toast - Swiss Sunday bread rolled in cinnamon butter and sprinkle with icing sugar and served with maple syrup, maple sugar and whipping cream.
Fresh fruit and veggies juice. Ada Juice Station. Boleh order nak letak bahan apa dalam jus. Ada few bahan untuk dipilih. I have no idea what to put in my juice and ask the chef to make the best and tastiest juice she can make. AND, juice tu sedap sangat! Very fresh, the sweetness just nice. Rasa nak minum lagi
Meja penuh dengan makanan. By the way, ada juga few variety of coffee and tea disediakan. Siap ada air chlorophyll lagi, you should try. Ada bau-bau atau rasa hanyir sikit, tetiba terbayang lumut-lumut dekat dalam hotspring bila minum air ni hahahha. Dahlah hotspring dekat depan mata.
Lepas dah makan, kami decide untuk berjalan-jalan mengelilingi kawasan The Banjaran. Sebab cuaca tak panas sangat dan tak hujan. Kalau tak silap, ni adalah open deck. Memang cantik kawasan ni. Boleh nampak wap-wap air dengan jelas. Cantik untuk tangkap gambar sebab ada background gua. Subhanallah masih terbayang keindahan tersebut. Kawasan ni suam-suam panas sebab bersebelahan dengan geothermal hotspring lake kan.
Ini adalah laluan dari open deck untuk ke crystal cave. Bentuk batu-batu gua kapur memang mengujakan
Crystal cave. Boleh nampak dan sentuh kristal tu
Ini adalah kawasan dalam Crystal Cave. Sangat cantik. Subhanallah. Lighting sangat minimal. Sesuai untuk memeditasikan diri, siap ada lapik dan bantal untuk duduk. By the way, Crystal Cave ni ada aircond ye. So, bila masuk tu rasa sejuk je. Rasa nak tidur je dekat situ. Cumanya saiznya agak kecil
Geothermal Hotspring Lake. Cantik. Boleh nampak reflection
Geothermal Hotspring Lake. Cantik. Boleh nampak reflection. Rasa macam berada di satu tempat yang tersangat istimewa.
Geothermal Hotspring Lake. Recommended spot for best photoshoot
Steam cave. Bukak je pintu steam cave, terasa bahang kepanasan. Tak dapat nak duduk lama-lama dekat dalam ni, sebab panas. Kejap je terus berpeluh-peluh
Bahang panas dalam steam cave ni datang dari air ni
Ice dipping pool. Terletak bersebelahan dengan steam cave. By the way, steam cave ni ada dua pintu ye
Ice dipping pool.
Ice dipping pool. Air sangat sejuk seperti air ais. Terapi terbaik selepas masuk steam cave
Garra Rufa Doctor Fish Pool. Biarkan ikan-ikan kecil tu makan sel-sel kulit yang kasar
Doctor Fish, terapi yang paling best. Semua fasiliti adalah percuma untuk guest ye.
Geothermal Hotspring Dipping Pools. Disebabkan kawasan Geothermal Hotspring Lake bersuhu 40C dan boleh mencecah 70C, so tak dibenarkan untuk berendam atau celup kaki dekat situ. Tapi kita boleh berendam di sini (dipping pot), sebab suhu lebih rendah dan terkawal.
Geothermal Heated Swimming Pool.
Geothermal heated swimming pool. Suhu air kolam ni suam-suam sebab menggunakan air hotpsring. Suhu tak sama macam suhu air kolam biasa
Seingat saya, ada 4 dipping pot dan setiap dipping pot mempunyai suhu-suhu yang berlainan diantara 39-42C
Sweet spot. Best attraction. Ada 1 sweet spot di The Banjaran ni. Boleh dapatkan aiskrim dan air tin secara percuma. Unlimited, ikut suka lah kita nak ambik banyak mana. Memang best. Kalau dapat bilik yang dekat dengan sweet spot lagi best.
Air tin yang ada adalah air coke, ginger dengan 7up. Dulu ada air botol (water bottle), tapi sekarang takde dah. Ada few types of ice-cream seperti mangga, kelapa, keladi, durian
Perkenalkan bodyguard kami disini, sangat berkesan untuk menghalau monyet. Monyet memang takut dengan harimau ni walaupun ia hanya sekadar patung yang tidak bergerak. Esoknya masa saya nak bersarapan di villa, time tu pulak monyet berkeliaran di kawasan villa saya. Memang timing diaorang. Macam tahu-tahu je makanan nak sampai. Saya dah nervous dah waktu tu takut dia attack makanan. Saya angkat je bodyguard saya ni, monyet lari ketakutan
Kerusi di luar bilik untuk berehat. Sangat selesa sampai tertidur di situ
Lewat petang sikit, saya berjalan ke library The Banjaran. Library ni terletak di bahagian depan ye. Dekat dengan lobi
Ada snack dekat library. Tapi ada masa-masanya dan bukan disediakan whole day. Ada juga hot coffee dengan iced earl grey tea disediakan
Jelly candy
Marshmallow - heart shaped
Dried fruit - apricot
Double chocolate cookies
Berjalan-jalan pada waktu petang. Ini adalah kawasan Water Villa
Tenang bila berjalan-jalan di kawasan The Banjaran. Semua kawasan sangat-sangat cantik

Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...