Search This Blog

Monday 27 May 2019

Enjoy Private Pool di Lexis Hibiscus Port Dickson

Sebenarnya dah beberapa bulan pergi Lexis Hibiscus, ke dah lebih setahun? Tapi tak salah kan kalau nak share pengalaman bercuti di sini. 

Lexis Hibiscus terletak di Jalan Pantai, Port Dickson, Negeri Sembilan. 

Check in pada pukul 4 petang. Parking dekat sini ada bahagian tidak berbumbung dan berbumbung. Biasanya kawasan tidak berbumbung penuh sebab searas dengan lobi. Bilik pilihan adalah Panorama Pool Villa.

Dekat sini ada beberapa pilihan bilik iaitu Executive Pool Villa, Premium Pool Villa, Premium Pool Villa (Sea View), Panorama Pool Villa, Panorama Pool Villa (sea view), Sky Pool Villa, Royal Suite, Imperial Suite and Presidential Suite.  

Bestnya, ada glass panel di lantai di bahagian sinki jadi boleh tengok permukaan laut. Kalau bertuah nampak lah ikan, tapi air tak berapa jernih, so tak nampak pun. 

Laluan buggy. Basically bilik belah kanan menghadap fountain dan bilik di belah kiri akan menghadap laut.

Ada 2 kerusi dan 1 meja di luar untuk rehat-rehat minum kopi sambil tengok pemandangan.

Private pool
Private pool. Tak besar sangat tapi okay lah. Takda masalah nak kena share pool dengan orang luar. Boleh berendam bila-bila je. Pagi ke petang ke tengah malam ke. Atau time panas ke hujan ke.. Takde sapa halang. Cuma berani tak berani je. Area tak tertutup so aurat kena jaga ye. Dari gambar di atas, boleh nampak jiran sebelah sana. Tapi waktu tu, kosong takda guest

beautiful scenery after raining
View after hujan. Waktu hujan agak scary nasib takde kilat guruh. Luckily bilik menghadap fountain. Tapi ada je yang suka view laut bergelora. Warna air pun lain masa hujan. Tapi syukur tak terhingga bila tengok ciptaan Allah lepas tu. Lepas hujan rasa macam fresh je udara. 

Panorama Pool Villa
Bilik cukup luas dan boleh menempatkan 4 orang sebab ada 2 katil king. Memang sesuai untuk bawa keluarga. Ada 2 sinki so tak bergaduh sorang nak basuh tangan sorang nak gosok gigi basuh muka sambil tengok cermin.
Selain itu, ada jugak sauna di kawasan balkoni di samping bath tub yang moden. 

Panorama Pool Villa at Lexis Hibiscus Port Dickson
Bagi bilik panorama pool villa, exclusive check in and check out adalah di Lighthouse Club


evening cocktail at Captain Lounge

View from Captain Lounge
Ini adalah evening cocktail di Captain Lounge untuk hari pertama. Boleh enjoy sambil tengok pemandangan.. Ini adalah di Lighthouse Club ye. Bangunan yang dekat gambar atas tu adalah Menara Utama. 

Lexis Hibiscus Port Dickson
Ini adalah masa breakfast di Roselle Coffee House. Sedap kan namanya. Terletak di Ground Floor di bahagian Menara Utama. View dekat luar adalah bilik di atas air dan kolam renang umum. Waktu breakfast memang crowded gila. Make sure pergi awal. Makanan ada di bahagian dalam dan luar. 

Selain itu, ada juga UMI Japanese Restaurant, Coralz Bistro, Pool Bar, Captain Lounge dan Wave Dining. 

Breakfast time
Antara makanan yang boleh didapati di Roselle Coffee House. Banyak lagi sebenarnya tapi tak berkesempatan nak tangkap gambar especially buffet area.

Juice during breakfast at Roselle Coffee House
Pelbagai air jus yang dihidangkan di sini. Boleh lah pilih mana yang suka. Nampak eksklusif sebab arrangement cantik.

Evening cocktail

Having evening cocktail
Ini pula evening cocktail untuk hari kedua. Ada potongan buah, kek, kacang kuda, sandwich, croissant and burger. Rasa not bad dan untuk hilang kan lapar memang cukup. Yang penting, sangat privasi. 

Ni adalah laut bersebelahan Menara Utama. Dekat sini ada hibiscus walk di mana ada kedai-kedai makan jadi boleh dapat kan makanan selain daripada restoran dalam hotel. Beroperasi dari pukul 10 pagi sehingga 10malam atau 11malam. 

Big pool
Pemandangan kolam umum. Yang terletak bersebelahan Roselle Coffee House.

Breakfast at LightHouse


Having breakfast at Lighthouse Club

Lexis Hibiscus Port Dickson
Time ni breakfast di Wave Dining di Lighthouse Club. Cuba tengok, takda orang kan? Except staf mereka. Dekat sini setiap sorang akan pilih makanan utama masing-masing. Berkonsepkan Western secara ala carte ye. Kalau nak buffet di Roselle Coffee House. Untuk pakej ni ada 2 option sebenarnya untuk breakfast. 1 hari pilih di Roselle Coffee House dan 1 hari lagi di sini. Sebab nak gain experience kan. Akan dapat 1 basket of bread & pastry with preserve. Rasanya macam ada cereals and juices juga.. 

Keseluruhannya, best bila bercuti dekat sini. Environment yang cantik.. Bilik atas air-satu pengalaman yang best.. Paling penting, setiap bilik ada kolam sendiri. Lokasi pun tak jauh sangat dari Kuala Lumpur. 

Video youtube: https://www.youtube.com/watch?v=KQZOId581Ko

Saturday 25 May 2019

Le Meridien Putrajaya IOI City Mall


Le Meridien Kuala Lumpur dah pernah pergi dua kali. Why not try Le Meridien Putrajaya pulak kan? Alamat Le Meridien Putrajaya adalah Lebuh IRC, IOI Resort City, Sepang, Putrajaya . Le Meridien Putrajaya terletak bersebelahan IOI City Mall Putrajaya. Betul-betul sebelah je. Memang senang je nak pergi. Check in pada pukul 3.00 petang dan check out pada pukul 12 tengahari.

Lobi hotel
 Lobi hotel yang tampak minimal tapi eksklusif dan luas

Le Meridien club room

working area


additional bed

sink, toilet and shower area
Ni adalah interior dalam bilik. Le Meridien Club with club lounge access (tingkat 20). Bilik memang luas. 1 night dalam RM700++

IOI MALL next to Le Meridien Putrajaya
Pemandangan di luar bilik. Boleh nampak jalan raya dan IOI City Mall Putrajaya

hotel gift from Le Meridien Putrajaya
Hotel gift (fruits, choc biscuits and wishing card). Le Meridien Putrajaya ni first time pulak dapat wishing card dan buah.  
Club lounge Le Meridien Putrajaya at floor 20
Club lounge (tingkat 20). Nampak eksklusif dan privasi. Seat sangat mencukupi sebab tak banyak orang. Kalau bukan peak hour, rare lah nak jumpa orang. 

scone with whipped cream and jam

afternoon tea at club lounge

Le Meridien Putrajaya

Sandwic at Club Lounge

Relaxing at Club Lounge
Beberapa pilihan untuk afternoon tea. Tak banyak pun tapi mencukupi. Ada raisin scone, fruits, sandwich, drinks (plain water, carbonated drink, juice, coffee, tea) and pastries. Banyak jugak kitaorang amik sandwich sebab lapar sangat.

hotel pool

gymnasium
Kolam renang dan gimnasium terletak di tingkat 3. Takde orang pun sebenarnya.

extensive choices of sushi

cut fresh fruit like papaya, watermelon, melon at Club Lounge

Evening tea at Club Lounge


unique and beautiful dessert

variety choices of dessert

cheese at Club Lounge


Club Lounge

Club Lounge

Evening tea at Club Lounge


Dimsum at Club Lounge

Having evening tea at Club Lounge


Delicious food at Club Lounge

Relaxing during evening tea at Club Lounge
Pilihan makanan semasa dinner di Club Lounge. Memang puas hati dan seronok sangat-sangat. Waktu dinner ni baru lah nampak ada orang dekat situ. Tapi still rasa eksklusif dan privasi juga. Pilihan lebih dari mencukupi walaupun tak sebanyak dinner buffet di restoran di Le Meridien yang lain. Macam-macam ada seperti sushi, potongan buah, manisan, keju, roti, cucur, kimchi, salad, aiskrim dan masakan cina seperti dim sum.
  
Breakfast choices at Latest Recipe

Latest Recipe Le Meridien Putrajaya

Le Meridien Putrajaya

Breakfast at Latest recipe Le Meridien Putrajaya


Breakfast at Latest Recipe

Drinks at Latest Recipe

Le Meridien Putrajaya

Esoknya, breakfast di restoran Latest Recipe. Waktu ni memang hampir penuh ruang restoran ni sebab ramai orang. Yang pastinya, pilihan makanan yang pelbagai dan banyak. Rambang mata nak makan apa sebab ada beberapa pilihan cuisine.

Breakfast option

Le Meridien Putrajaya

cereals at Latest Recipe


Club Lounge
Macam biasa, lepas dah breakfast di Latest Recipe dan rehat sebentar. Pergi balik ke Club Lounge untuk berehat dan nak tengok makanan apa yang ada. Walaupun tak banyak seperti di Latest Recipe, pilihannya mencukupi dan memenuhi ciri-ciri makanan yang wajib ada. Waktu breakfast ramai juga dekat Club Lounge ni.

modern concept furniture
   Lepas dah makan, boleh rehat-rehat lagi. Kerusi memang banyak yang kosong. Nak duduk dekat sini pun boleh. 

Having breakfast at Club Lounge Le Meridien Putrajaya

CLub Lounge at Le Meridien Putrajaya
Untuk makluman, bilik yang menempatkan makanan-makanan ni hanya dibuka pada waktu dinner dan breakfast je. So waktu afternoon tea tu, bilik ni tak dibuka. Tu lah sebabnya pilihan makanan masa afternoon tea tak banyak .

Kesimpulannya, bilik jenis ni sangat berbaloi. Bilik yang luas dan cantik, dapat gift dari pihak hotel, dan ada access ke Club Lounge (free afternoon tea, dinner and breakfast). Jangan lupa ye daftar SPG Privilage member ye. 

Video youtube: https://www.youtube.com/watch?v=qKZGfqDr7SA
















 

Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...