Search This Blog

Wednesday 8 May 2019

Lawatan ke Gardenia Seksyen 26 Shah Alam

Siapa yang tak kenal roti Gardenia? Kita biasa dengar 'Enak dimakan begitu saja' di iklan tv.

Oleh itu, saya nak share serba sedikit fakta menarik mengenai Gardenia iaitu:
1. Terdapat 5 kilang di Shah Alam dan 1 kilang di Puchong.
2. Setiap kilang menghasilkan roti yang berlainan jenis. Seperti kita tahu, ada macam2 jenis roti keluaran Gardenia. Di Seksyen 26, kilang ini menghasilkan cream roll, roti putih jumbo dan waffle.
3. Kebanyakannya menggunakan teknologi mesin yang fully automatic. Tujuannya adalah untuk mendapatkan bentuk dan saiz yang sama. 
4. Kilang beroperasi 24jam.
5. Kejayaan sehingga kini adalah resepi menggunakan bahan mentah berkualiti tinggi, teknik sponge dan dough selama 8 jam dan perap selama 4 jam untuk mendapatkan aroma yang diingini dan jangka masa yang panjang. Di samping mempunyai kilang yang bersih dan rahsia jus kismis asli.
6. Mempunyai jawatankuasa khas yang memantau kehalalan produk.
7. Terlibat dalam penghantaran roti secara percuma kepada lebih 65 badan kebajikan setiap hali. Ini melibatkan insititusi warga emas, rumah anak yatim, rumah perlindungan, sekolah malah membuka lawatan ke kilang secara percuma.
8. Seawal 4 pagi penghantaran roti ke hampir lebih 23000 tempat jualan.   
9. Bagi penghasilan roti cream roll, kilang menggunakan konsep seperti HARI COKLAT di mana pada hari tersebut, hanya ada penghasilan roti cream roll perisa coklat sahaja.  
10. Penandaan tarikh pada roti putih mempunyai makna yang melambangkan hari-hari tertentu berdasarkan warnanya.  


Lawatan dimulakan dengan persembahan video mengenai proses penghasilan roti sepenuhnya. Video yang lengkap dengan penjelasan yang mudah untuk difahami dan menarik. Langsung tak bosan. Latar suara pun memang terbaik intonasinya. Seolah-olah seperti sedang bercerita. Paling best, tempat untuk melihat video ini dilakukan di satu bilik khas. Rasa macam tengok movie dekat panggung wayang pula. Nampak eksklusif dan profesional. Pujian pertama.

Lawatan untuk melihat pemprosesan penghasilan roti selepas itu. Namun, sebarang gambar dan video tidak dibenarkan. Sebagai tetamu penting untuk kita menghormati arahan yang ringkas ini. Dapat peluang untuk melihat dari monitor area room pun dah bertuah. Jangan melepasi garisan kuning untuk keselamatan kerana dikelilingi oleh cermin-cermin. Bayangkan ruangan yang dilihat itu lah ruangan yang beroperasi menghasilkan roti yang dihantar ke seluruh negara setiap hari. Bayangkan ruangan itu adalah ruangan yang menghasilkan antara roti yang terbaik dan sedap. Bayangkan roti yang kita makan setiap hari dibuat di situ. Rasa macam tak percaya.



 Lepas je lawatan, saya dibawa ke bahagian pantri ini untuk menikmati sedikit minuman dan sesi Q&A. Pantri ini berjaya mendapat pujian kedua daripada saya. Disini boleh bersantai, minum air dan boleh bertanya apa saja soalan yang terfikir. Entertainment service untuk tetamu. Nampak macam simple je and Gardenia just needed low cost to provide this tapi ni lah yang sedikit sebanyak membuatkan orang seronok. Small gratitude matters.  



Ni adalah jenis-jenis produk roti dan sebagainya yang dikeluarkan dan dihasilkan oleh Gardenia. Semuanya berdiri teguh dengan keistimewaan produk mereka tersendiri. 


Ni adalah kaunter untuk membeli roti dengan harga pakej. Ada beberapa pakej yang boleh dipilih. Seingat saya, ada yang RM5 dan ada yang RM10 (ada beberapa pilihan roti yang berbeza). Harga sedikit murah daripada beli satu-satu di luar. Walaupun murah sedikit tapi sekurangnya ada diskaunnya. Setiap pakej diberikan 1 beg plastik Gardenia sekali. Bolehlah beli banyak-banyak untuk bagi orang kan. Cawan dan topi pun ada dijual. 


Last sekali, setiap orang akan mendapat 1 beg plastik produk Gardenia untuk dibawa pulang secara percuma berisi 1 paket fluffy buns coklat, 2x2 toaster waffle blueberry, canadian purple wheat 2 pcs, squiggles choco malto and auntie rosie's kaya.  Ini adalah pujian ketiga.

Secara keseluruhannya, saya sangat berpuas hati dengan lawatan ini. Banyak membuka mata saya dengan pendedahan macam mana roti Gardenia dibuat dan dihasilkan daripada pencampuran bahan mentah sehingga lah penandaan tarikh diletakkan pada paket roti. Bau semerbak roti masa di kilang ini takpayah cakaplah. Lawatan ini boleh dipohon melalui staf Gardenia dengan memenuhi bilangan peserta minimum dan maksimum yang telah ditetapkan.  






 


 

Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...