Search This Blog

Saturday 27 July 2019

Aktiviti di Terengganu

Perjalanan diteruskan ke Setiu, Terengganu. Dekat sini, boleh singgah sebentar untuk makan seafood goreng tepung. Memang banyak kedai-kedai yang ada. Pilih lah mana yang berkenan. Tapi yang bestnya, kawasan bagi setiap kedai makan memang luas dan besar.  

Banyak kedai-kedai makan yang menjual seafood goreng tepung di Setiu

Pemandangan tersangatlah cantik. Laut di Terengganu memang cantik warna air dia. Boleh pilih untuk duduk di bahagian bawah bumbung kedai atau di luar kedai iaitu di bawah pokok atau pondok kecil.

Kawasan makan di luar kedai yang lebih menarik sebab di bawah pokok dan pondok. Makan udang atau sotong goreng tepung sambil menikmati pemandangan laut yang biru dan luas

Antara makanan-makanan yang ada dan dah siap digoreng iaitu udang, sotong, ikan pari, ikan kembung dan mee goreng. Ada juga nasi ayam. Harga berbeza bagi setiap kedai ye. So kena tanya udang tu kira berapa ekor untuk 1 set. Dekat kedai ni, sotong ikut berat. Susah sikit lah sebab maybe terover bajet. Kalau di kedai yang saya pergi di Pantai Cahaya Bulan (PCB), senang sebab dah tahu 1 pinggan tak kisah udang atau sotong memang RM10. Dekat sini/kedai ni, makanan tak panas sebab memang dah siap digoreng. Tapi kedai di PCB yang saya pergi, makanan akan digoreng mengikut order dan dapat makan panas-panas.

Udang goreng tepung. Harga mengikut bilangan ekor


Mee goreng di kedai seafood goreng tepung

Di kedai ni, harga sotong goreng tepung adalah mengikut berat. Lagi besar, lagi mahal ye.

Pilihan ikan goreng tepung seperti pari



Tangkap gambar berlatarbelakang pemandangan laut is a must!
Makan seafood sambil menikmati pemandangan laut yang luas dan membiru

Lepas makan, terus ke Pasar Payang. Jangan lupa beli keropok keping ye. Ada sesetengah peniaga-peniaga yang dah siap goreng keropok-keropok yang dijual dan anda berpeluang untuk merasanya dulu. 1 paket biasanya RM10 tapi kalau dapat tawar, boleh lah dapat RM9. Keropok keping yang dah siap digoreng dapat paket besar (ada 8 paket kecil) berharga RM10. Tapi berkemungkinan anda berpeluang untuk dapat RM9. Tawar menawar bergantung pada peniaga yang anda jumpa ye. Kalau takdapat tak mengapa sebab tak jauh beza pun.  Jangan lupa beli keychain, fridge magnet atau kain-kain pasang dan kain batik asli Terengganu.  

Pelbagai makanan boleh diperolehi di Pasar Payang

Pelbagai makanan boleh diperolehi di Pasar Payang

Pelbagai keropok keping dan keropok goreng dalam paket dijual disini

Masjid Kristal antara salah satu tarikan di Terengganu. Saya hanya lalu sahaja tapi tak masuk sebab kesuntukan masa. Dekat sini jugak ada Taman Monumen/Taman Tamadun Islam. 

Antara tempat yang disarankan untuk dikunjungi

Akhir sekali, singgah beli keropok losong di Kampung Losong. Jangan lupa makan sata ye bila dah ada dekat Terengganu ni. Kedai yang saya pergi memang sedap sata dia. Banyak kelapa dan inti ikan so memang sangat puas hati.

Makanan yang perlu dicuba di Terengganu

Keropok losong di Kampung Losong Terengganu

Video youtube: https://www.youtube.com/watch?v=nkd2mARdNsA


Sunday 21 July 2019

Aktiviti di Kelantan Part 2

Esoknya, saya breakfast di tempat yang popular iaitu KOPITIAM KITA. Memang penuh kedai so pandai-pandai lah cari tempat kosong. Kalau tak jumpa tempat kosong di bahagian depan, boleh pergi bahagian belakang. 

Kopitiam Kita adalah kedai popular dan sentiasa penuh dengan orang ramai

Tulis apa yang nak dimakan dekat kertas ni ye. Jangan lupa tulis nombor meja. Biasanya order air, waiter/waitress ambil je dari meja. Tapi order makanan kena beratur. Roti titab (RM5.00) dan roti goreng telur (RM5.00). Roti titab ada 1 biji telur je tapi kalau nak 2 biji telur, boleh order roti titab special. Walaupun telur cair tapi tak geli sebab ada kaya. Tak pelik pun makan roti separuh masak dengan kaya. Roti goreng telur tu rasa biasa je. Tapi buat dia nampak istimewa sebab ada kaya. Boleh cuba ye.

Tulis di sini ye bila nak order roti titab 

Makanan popular yang patut dicuba

Sesuatu yang unik bila makan roti telur goreng dengan kaya pandan

Selain itu, ada makanan yang dah siap dibungkus. Ada nasi kerabu, nasi dagang, nasi lemak, nasi berlauk ayam dan ikan dan juga nasi tumpang. Nasi tumpang nampak istimewa sebab dibungkus dengan daun dan berbentuk kon. Ada juga bermacam jenis kuih.   

Banyak pilihan nasi berlauk dan kuih di Kopitiam Kita

Dekat sini memang kena try teh tarik beng. Pekat kaw-kaw, manis pendek kata memang terbaik dan sedap walaupun berais. Tak mengecewakan langsung. Very recommended.. Yang best, berbuih-buih teh beng ni ditarik sampai keluar-keluar dari gelas.

Teh dia memang kaw kaw rasanya. Memang puas hati

Seterusnya, saya ke Pasar  Besar Siti Khadijah. Anda akan melalui bahagian buah-buahan dahulu. Di bawah ada juga jual sayuran, keropok lekor dan beras-beras ye so jangan lupa beli beras nasi dagang, pulut dan beras cap Burung Serandit. 






Tingkat seterusnya ada menjual keropok-keropok manakala tingkat teratas pula ada menjual tudung, kain potong dan kain batik. Banyak juga saya membeli kain batik. Jangan lupa tawar-menawar sampai dapat harga yang anda puas hati ye tapi make sure harga yang ditawar adalah logik. 

Seterusnya, saya ke bahagian yang menjual makanan-makanan panas dan yang telah dimasak. Susah untuk saya jelaskan laluan mana yang perlu dilalui tapi nak senang, tanya aje peniaga-peniaga di situ. Mereka sangat baik hati untuk bagitahu laluan ke bahagian tersebut.  Sebaik saja masuk ke bahagian ini, peniaga-peniaga menegur saya untuk makan. Memang nampak menarik semua lauk-lauk dekat sini tapi sebab kenyang so saya terpaksa lupakan.

Jangan lupa mencuba laksa siam ye. Sejenis bihun nipis dan lembut bersama ulam-ulaman. Kuah dia memang pekat dan sedap. Very recommended.

Laksa Siam untuk dicuba

Ambil peluang ye untuk mencuba makanan-makanan yang sukar didapati di negeri lain. Boleh cuba seri kaya, cek mek, buah tanjung, tahi itik dan puding raja. Nama semua makanan tu memang kedengaran unik kan? Dan banyak lagi makanan lain yang mempunyai nama yang unik dan istimewa. Semua sedap dan boleh diterima bagi tekak saya yang bukan berasal dari timur. Saya suka akok dan dekat sini memang ada jual tapi saya rasa macam tak berapa menarik. So tak beli lah.

Kuih tradisional di Pasar Besar Siti Khadijah

Kuih tradisional Kelantan - seri raya

Cek Mek kuih tradisional Kelantan

Tahi itik yang patut dicuba. Walaupun namanya adalah unik, rasanya sedap dan boleh diterima

Buah tanjung kuih Kelantan yang agak manis

Dekat pasar ni pun anda berpeluang untuk beli dan rasa etok bakar. Etok bakar ni memang kuat bau dan rasa bakarnya. Ada bungkusan kecil (RM2/RM3) dan bungkusan besar (RM5). Susah jugak nak bukak etok ni sebab saiznya yang agak kecik dan permukaan yang licin. Saya gunakan cengkerang etok untuk bukak etok. Nak gigit tak reti. Memang susah dan bila dah bukak, kecik je isinya. Tak puas tapi at least penahlah rasa kan.  


Jangan lupa makan di Nasi Ulam Cikgu ye. Kedai ni sentiasa penuh dengan pelanggan. Ulam-ulaman memang banyak pilihan sesuai lah dengan nama kedai makan ni. Dekat sini boleh jumpa ikan keli goreng bersaiz besar ye. 


Ada macam-macam pilihan ulam ulaman

Ikan keli besar dijual disini

Saya balik hotel dan keluar balik pada pukul 4.30 petang untuk ke Pantai Cahaya Bulan

 


Dekat sini jangan lupa makan makanan bergoreng. Very recommended. Ramai yang suggestkan Acu Tera. Kedai mana yang best saya tak dapat nak suggestkan. Sebab saya tak ingat nama kedai yang saya pergi. Boleh lah cari kedai mana yang saya pergi berdasarkan gambar di bawah. Presentation makanan bergoreng dipaparkan lain-lain dan berbeza ye bagi setiap kedai.


Saya beli sotong goreng tepung bersama keropok lekor, bebola dan surimi ketam goreng tepung. Bestnya, harga sotong atau udang goreng tepung bagi setiap pinggan hanya RM10. So tak over bajet lah kan. Dekat kedai ni sotong/udang goreng tepung akan digoreng mengikut order. So dapat makan panas-panas. 

Boleh pilih makanan bergoreng seperti bebola, keropok lekor, udang, sotong dan macam-macam lagi.

Makanan bergoreng yang patut dicuba

Video youtube: https://www.youtube.com/watch?v=nkd2mARdNsA





Friday 19 July 2019

Aktiviti di Kelantan Part 1 & Review Hotel Khalifah Inn Wakaf Che Yeh

Perjalanan ke Kelantan bermula pada pukul 11.00 malam. Kereta tak banyak, sunyi dan jalan sangat gelap. Berhenti di beberapa kawasan iaitu RNR Gua Musang dan surau untuk solat subuh. 

Selepas sahaja breakfast, terus ke Rantau Panjang. Teruja bila sampai sebab nampak banyak motor-motor bernombor plat Thailand. Tapi kedai macam banyak tak buka. Tak pasti kedai tak bukak lagi sebab saya datang awal sangat atau memang kedai-kedai dekat sana banyak tak bukak. Dekat sini ada jual pakaian, periuk kuali, handbag, kasut dan lain-lain. 




Bila nak keluar dari kawasan Rantau Panjang, akan lalu di gate lain yang di mana akan lalu kastam. Tapi sebelah je gate keluar tu dari gate masuk.    


Selepas tu, perjalanan diteruskan ke kedai pengusaha dan pembekal serunding dan dodol untuk membeli serunding. Saya prefer beli serunding terus dari pengusaha dan pembekal, so soal kesegaran serunding tak payah risau. 

Saya pergi ke kedai serunding Habsah bt Harun (FB: Kak Chah, No telefon: 019-9225994). Dekat sini ada juga menjual keropok keping yang belum digoreng dan roti yang lembut. Uniknya, dekat sini, saya dapat makan serunding bersama roti dan pulut secara percuma untuk tujuan merasa tapi banyak juga sampai saya kenyang. Kalau anda ingin berkunjung dan ingin merasa secara percuma dahulu sebelum nak memborong, bolehlah hubungi pada nombor yang telah saya nyatakan. 

serunding segar, keropok keping


serunding ayam dan daging segar, keropok keping


Perjalanan kemudiannya diteruskan ke Khalifah Inn di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu. 45 minit daripada Rantau Panjang. Bestnya sebab Khalifah Inn ni sesuai untuk family (4 adult, 2 children). Harga sangat berpatutan dengan bilik yang beraircond dan luas. Saya sewa bilik yang bernombor 13, tapi saya lupa nama bilik. Konsep bilik ni open lah jugak. Bilik selesa memang takde masalah kecuali air hotel ni jenis berkarat. Air memang sentiasa warna kuning je. Serba salah nak guna air untuk cuci muka sebenarnya hahaha. 




 

Sesuai untuk 4 orang







Hotel ni agak strategik sebab dekat dengan bank. McD pun dekat seberang jalan je. Kalau nak melintas pun boleh tapi banyak kereta lah. Boleh je terus turun dari bilik hotel dan berjalan kaki ke pasar malam Wakaf Che Yeh. Ada jual macam-macam pakaian, kasut, tudung dan lain-lain di Wakaf Che Yeh. Saya beli mangga dekat sini. Sedap dan tak masam walaupun tak ranum lagi.
Kemudahan bank yang berdekatan



Nak makan pun takde masalah sebenarnya. Banyak je kedai makan dekat kawasan Wakaf Che Yeh ni. Cuma perlu jalan sikit daripada kawasan hotel untuk dapatkan lebih banyak pilihan makanan. Ada satu kedai yang saya pergi, portion nasi pattaya boleh dikatakan agak banyak so memang best lah makan lagi-lagi masa panas. Rasa biasa je macam nasi pattaya yang lain tapi bila dah lapar kan semua sedap.

Ada banyak kedai, kedai makan dan pasar yang dibuka pada malam hari

Video youtube: https://www.youtube.com/watch?v=nkd2mARdNsA












Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...