Selepas urutan kaki di Thai Odyssey, saya terus ke Absolute Thai for lunch. Tiba-tiba teringin pulak nak makan makanan Thai.
Decoration kerusi cantik and modern. More to light brown and black interior.
Glutinous rice with mango. Biasa je rasanya. Mangga tak terlalu manis. Better kalau santan tu dilebihkan sikit sebab pekat.
Pandan leaves chicken (6pcs). Ayam yang dibalut dengan daun pandan. Rasa bahan-bahan ayam yang cukup. Ada sos cili Thai for dip. Tapi kalau tak makan dengan sos cili tu pun dah sedap.
Tom Yam Soup Served In Firepot For 2 Pax. Memang terbaik. Rasa umphh gitu hahaha. Refreshing and give kick taste. Ada few sotong, udang dan kepingan ikan. Banyak jugak tapi yang paling penting, kuah dia.
Sizzling Ming Prawn with Creamy Butter Sauce Served on Hot Plate. Ada 5 - 6 ekor udang. Ni pun sedap juga. Butter sauce yang creamy and best combination with rice. Langsung tak muak. Udang tu digoreng dengan tepung/batter.
Drinks. Ni tak best sebab tawar rasanya. Walaupun nampak ada lapisan gula dekat bawah tu, tapi bila kacau still rasa tawar. Saya letak harapan tinggi untuk air ni tapi kecewa.
Miang Kham. Boleh dikatakan signature lah kot. Gumpalan daun dimasukkan ke dalam mulut. Tapi before tu, kena letak few bahan atas daun tu. Seperti udang kering, kacang tanah panggang, kepingan kelapa, cili padi, bawang merah, halia, limau dan sos udang. Sos udang tak pedas. Bila makan tu, ada rasa pahit pahit kulit limau dan masam dari limau. Pedas cili dan halia. Masin dari udang kering. Manis dari bawang. Rasa nutty dari kacang dan kelapa. Such a great combination.
Other than this, order nasi putih lah ye. Banyak lagi makanan untuk discover dekat sini. Tapi makanan semua sedap walaupun agak pricey.