Having scone at Cameron is a must! THE LORD'S CAFE. Simple and not soo big cafe but decent and full with people. Somehow I would like to say that its an old concept cafe clearly seen from entry, wood stair, furniture, decoration and many more. Importantly, its unique and we should cherished the concept because its remind me of the good and beautiful old times.
Dekat sini ada simple menu seperti cream scone (serve with butter, whipped cream and strawberry jam), strawberry fruity scone (serve with cream), apple pie, banana choc cake, lemon or strawberry cheesecake, choc or plain or banana or cocounut or strawberry crepe, vanilla or strawberry or chocs ice cream and toast garlic bread. Konsep dekat sini self service. Tengok menu dan tulis di kertas yang disediakan dan pergi kaunter untuk bayar.
Lepas tu, saya ke RESTORAN TAMAN APPLE CAMERON untuk heavy meal. Restoran ini ada 2 sesi ye iaitu 8.00pagi - 4.00petang dan 5.00petang - 12.00malam. Sesi dari pukul 8.00 pagi specialtynya adalah set kambing bakar dan nasi lemak serunding strawberi. Manakala sesi pukul 5.00 petang, specialtynya adalah steambot dan grill.
Saya datang seawal pukul 5.00 petang. Tak ramai orang lagi. Staf restoran pun baru abis briefing. Dekat sini banyak seat tapi saya percaya memang akan full. 5.30 petang dah start ramai orang dah. Konsep yang cuba diketengahkan memang terbaik. Seperti konsep makan dalam taman. Boleh pilih nak duduk di kerusi atau duduk bersila mana-mana yang anda selesa.
Dekat sini, pilihan makanan boleh tahan jugaklah. Saya bagi 5 stars lebih-lebih lagi bila datangnya rasa nak makan makanan panas sebab sejuk. Restoran ini menggunakan konsep seperti makan dalam taman yang cantik, ada kambing bakar yang mempunyai perapan yang sedap dan biasanya jarang ada kambing disediakan untuk digrill walaupun pilihan seafood tak berapa menarik, sambal nasi lemak yang sedap dan bahan steambot yang mempunyai rasa yang premium. Contohnya, bebola (nampak macam bebola bakso) dan menariknya dalamnya ada isi. Saya sangat suka bebola ketam sebab bila gigit tu ada tekstur crunchy pada bebola. Memang puas hati. Rasanya tidak mengecewakan. Kambing tu banyak kali lah saya tambah huhu.
Btw, grill and steambot dekat sini tempat masaknya gunakan gas yang botol kecil. Kalau dah abis, minta tukar. Ada bahagian air, kelengkapan pinggan sudu chopstick, bahagian sos, bahagian mentega dan minyak untuk digunakan semasa grill. Sos blackpepper restoran ni memang terbaik.
Selain itu, ada bahagian lain seperti sayur-sayuran, buah-buahan potong, aiskrim dan ABC sebagai makanan tambahan.
Saya sangat recommendkan anda untuk makan disini. Siapa kata susah nak cari makanan dekat Cameron Highlands? Bila sejuk-sejuk ni memang kita nak makan dan minum sesuatu yang panas. Anda takkan kecewa. Estimate harga untuk dewasa maybe RM40++. Saya lupa pulak. Tapi tempat ni memang patut dan wajib pergi.