Search This Blog

Friday, 23 August 2019

Aiskrim Lavender di Cameron Lavender

CAMERON LAVENDER

Cameron Lavender ni antara destinasi yang memang popular. Parking di Cameron Lavender ni luas sebenarnya tapi sama ada jauh atau dekat je dengan pintu masuknya. Parking yang dekat takpayah pun melintas jalan tapi parking yang jauh kena lintas jalan sikit. Tiket masuk adalah RM10 bagi setiap dewasa. 






Dekat sini yang popular dan patut dicuba adalah soft ice cream lavender yang berharga RM8. Agak pricey sikit tapi sekala sekala cuba apa salahnya. Beli satu sharelah beramai-ramai. Rasanya biasa je tak terlalu manis tapi teksturnya lembut dan ada bau lavender yang ringan. Tiba-tiba rasa sihat bila makan aiskrim ni. Jangan lupa ambil gambar aiskrim berlatarbelakangkan lavender ye.




Boleh jalan-jalan tengok bunga-bunga dekat sini. Sesuai untuk ambil gambar berlatarbelakangkan bunga-bunga segar sebagai kenangan.




Anda boleh singgah ke LAVENDER CAFE untuk relaks-relaks sambil menikmati teh dan dessert. Dekorasi cafe ni memang cantik. Penggunaan kayu pokok dan meja kerusi berwarna coklat menampakkannya lebih elegant dan unik.




Ada beberapa pilihan kek, tart, muffin dan pie untuk dicuba di sini. Strawberi pada kek besar-besar saiznya. 




Dekat sini saya beli chocolate mousse cake, scone dan lavender tea. Strawberi pada kek memang puas dimakan tapi keknya biasa je dan agak kering. Scone lembut tapi better kalau cream dan jem ditambahkan lagi. Teh lavender tawar sebab pure teh dan memang tak diletakkan gula. Pilihan yang sihat. Tapi saya tak boleh terima baunya huhu. Btw, digalakkan takpayah beli teh sebab harga seteko tu berganda-ganda mahal daripada yang kita beli dan buat sendiri. Sama juga dengan tempat lain. Tapi kalau nak feeling-feeling tak salah pun beli. Saya sekadar memberi tips untuk berjimat.





Di bahagian ni, ada menjual bunga yang anda boleh petik sendiri. Boleh cuba kalau nak. Tapi rasanya yang dijual dan boleh dipetik hanyalah bunga dibawah ni (yang berwarna warni).





Ada satu kaunter yang menjual strawberi yang bersaiz besar dengan harga RM10/RM15 untuk 1 paket di sini.  Memang puas hati.




Bila anda melalui sebuah castle, ada tempat menjual coklat-coklat Beryl's. 


Semasa perjalanan ke bawah untuk keluar, ada kedai-kedai kecil di tepi untuk membeli souvenier. Saya beli pokok bunga ros yang berharga RM10. Sepatutnya beli 2 pokok baru boleh dapat RM10 bagi setiap pokok. Tapi atas budi bicara, dapatlah RM10 sepokok walaupun beli 1 je yang sepatutnya berharga RM12. Alhamdullillah.


Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...