Search This Blog

Wednesday, 28 August 2019

Sedap ke Nasi Lemak Sambal Strawberi?

Tempat makan yang biasa orang recommendkan adalah terletak di Kampung Taman Sedia. Memang ada beberapa pilihan restoran dekat sini yang anda patut cuba. Restoran mereka terletak di sebelah-sebelah dan berdekatan antara satu sama lain. 

Tapi saya pilih RESTORAN ABANG STRAWBERRY. Ramai jugak orang makan dekat sini tapi jangan risau, restoran ni ada ruang dibahagian depan dan belakang. Konsepnya pun cantik seperti makan dalam taman.
  
  
Ada ladang penanaman strawberi dekat sini. Nak rasa petik strawberi yang berbayar boleh lah tanya staf restoran ye.

Cara order makanan dekat sini adalah anda duduk dimana-mana ruang meja yang kosong, tulis pilihan menu pada kertas yang disediakan dan pergi kaunter untuk bayar. Design buku menu dia cantik. So, saya order strawberry scone 1 set (warna pink eh scone dia sebab strawberry scone), nasi lemak sambal strawberry with ayam crunchy and naan garlic with ayam tandoori. Ada juga pancake, nasi putih ayam crunchy, soto, nasi CH, ayam golek, meatballs, lamb chop, pasta carbonara or aglio olio, nugget, fries, keropok lekor. Sweet endings such as cakes, abang strawberry split, sundae and extensive choices of special drinks. 

Scone lembut and best bila dimakan semasa panas. Nasi lemak biasa je rasanya. Ayam sedap and crunchy. Nasi banyak portionnya. Sambal boleh diterima rasanya but still ada rasa manis strawberi tu.
   



Yang bestnya, dekat sini ada juga kedai yang menjual produk Abang Strawberry seperti sambal, jem, coklat dan kordial strawberi. 









Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...