Search This Blog

Wednesday, 21 August 2019

Avant Chocolate & Green View Garden Cameron Highlands

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Cameron Highlands ye sebenarnya. Make sure rancang betul-betul aktiviti untuk jimatkan masa. Perjalanan dari satu tempat ke satu tempat mengambil masa juga sebab jalan yang turun naik dan berliku-liku especially kalau banyak kereta dan jammed yang tak gerak-gerak. 

AVANT CHOCOLATE dan GREEN VIEW GARDEN 

Kalau lalu Simpang Pulai, Avant Chocolate dan Green View Garden terletak disebelah kiri sahaja. Antara yang terawal dijumpai jugalah.


Dekat sini terdapat macam-macam jenis dan flavour kek, aiskrim, minuman dan lain-lain. Memang rambang mata sebab taktau nak pilih yang mana. Dekat sini juga ada dijual strawberi segar dan jem strawberi tapi tak meriah sangat. 




Seat dekat sini mencukupi sebab boleh tahan banyak juga meja dan kerusi yang disediakan. 


Pada pendapat saya, kek yang dijual rasanya biasa je dan takterlalu istimewa. Tapi saya cadangkan untuk mencuba apple/premium/strawberry/blueberry strudel yang dijual dekat sini. Saya beli premium strudel dan agak berpuas hati. Rasanya memang terbaik dan krimnya rasa lemak-lemak manis dan refreshing. Selain itu, saya juga beli ice blended mocha. Sedap juga sebab terasa kepahitan koko so boleh tahan ummphh jugak lahh. Air yang saya beli lagi satu adalah cheezy sweet osmanthus (gui hua). Rasanya air ni dicampur dengan pollen dan tak berapa sedap sebab rasanya agak tawar. Tak sure memang macam tu ke rasa sebenarnya..






Boleh juga cuba aiskrim yang dijual disini. Saya beli aiskrim rose petal dan classic cheesecake. Sejujurnya aiskrim rose petal ni rasanya macam air bandung je tapi terasa kepingan kecil-kecil bunga ros. Bau ros pun agak kuat. Manakala bagi aiskrim classic cheesecake, rasanya biasa-biasa je tapi best kalau gigit dengan buah pada aiskrim tu sekali. Aiskrim ni kurang sedap tapi bila dimakan dengan buah jadi sedap sebab buah ada rasa masam-masam sikit. Tekstur buah kiwi dan strawberi yang beku pada aiskrim memang sesuatu yang unik. Ada juga pelbagai flavour lain seperti summer, winter, D24 durian, tropical, lavender, chocolate mint, strawberry cheese cake, green tea, avocado, mango dan chocolate cookies. Tiba-tiba rasa rugi tak cuba aiskrim summer and winter. Agak-agak apalah rasanya.    



Dekat sini ada kemudahan tandas dan ada aktiviti untuk kanak-kanak. Tapi saya tak pasti operasinya bagaimana. Selain itu, boleh jalan-jalan sambil tangkap gambar berlatarbelakangan bunga. Tamannya tidak terlalu besar so takpenat pun berjalan. 










Sebelum balik, boleh membeli belah coklat dan teh disini. Harganya tidak terlalu murah tapi packagingnya cantik sesuai untuk souvenier. Tapi jangan terkejut pula bila melihat isinya yang sedikit walaupun harga mencecah RM10 dan ke atas.






Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...