Search This Blog

Monday, 5 August 2019

Hotel Sentral Kuantan and Mango Cheese Cake at Kula Cakes Kuantan

Hotel Sentral Kuantan terletak di kawasan pekan Kuantan. Tapi jangan risau, parking banyak available walaupun hari minggu sebab tetamu hotel disediakan ruangan parking dalam pagar. Cumanya kena check in dulu ye. Check in adalah bermula pada pukul 2.00 petang dan check out pula adalah pada 12.00 tengahari. Bilik saya di sini adalah Triple Room yang sesuai untuk 3 orang - 1 queen and 1 single bed.  

Pendaftaran masuk (check in) Hotel Sentral Kuantan pada pukul 2.00petang ye.

Dekorasi sofa di lobi hotel menampakkannya cantik, elegant dan moden. Namun, koridor dan ruangan bilik nampak lebih ringkas tapi mencukupi dengan keperluan asas seperti wardrobe, fridge and working table. Shower area ditutup dengan glass door and wall so kawasan luar tak basah ye.

Reception area di Hotel Sentral Kuantan

Tempat duduk atau tempat menunggu yang moden

Bilik triple room untuk 3 orang. Sekali dengan sarapan pagi. Bilik yang nampak ringkas tapi mencukupi

 Walaupun bilik nampak agak ringkas, tapi ruang bilik boleh dikategorikan agak besar juga

 Kemudahan fridge dan water heater di hotel
     
Bilik air dan tandas di Hotel Sentral Kuantan

Bestnya, hotel ni dekat dengan Kula Cakes. Kula Cakes yang sentiasa menjadi bualan orang ramai dan sering di recommend untuk dicuba bagi sesiapa yang berkunjung ke Kuantan. Boleh je jalan kaki dari hotel. Tapi tak dekat sangat pun ye. Paling penting kena ingat yang kedai ni terletak di seberang jalan besar. So kena melintas sikit lah. Ada jejantas untuk lebih selamat sebab kereta agak banyak dan laju. 

Kedai Kula Cakes ni kecik je sebenarnya. Tapi ruangan makannya nampak istimewa dan cantik kerana dihias seperti seolah-olah dalam taman yang klasik. Mango cheesecake adalah kek yang wajib dicuba dan yang pastinya anda takkan pernah kecewa. Terliur bila membayangkan mango cheesecake yang dimakan sejuk. Tapi kek yang lain biasa-biasa je rasanya. 



Sangat dicadangkan untuk dicuba. Rasa yang tidak akan mengecewakan terutamanya apabila dimakan sejuk-sejuk.



Btw, hotel Sentral Kuantan ni juga terletak di sebelah Sungai Kuantan. Dari tingkap boleh nampak sungai tersebut sebenarnya. Tapi depends on bilik anda yang mana ye. Ada sesetengah yang memang nampak full view Sungai Kuantan. Tapi saya dapat view half darat dan half lagi sungai Kuantan. Pagi-pagi boleh nampak lah bot nelayan lalu sungai tu.

Terletak di sebelah Sungai Kuantan

Bilik yang saya dapat boleh melihat sebahagian kawasan Sungai Kuantan dan juga kawasan pekan

Breakfast dekat hotel ni sangat mencukupi walaupun tak sebanyak hotel-hotel yang menyediakan buffet yang berskala besar. Janji kenyang kan. Ada beberapa menu makanan asas seperti nasi lemak, mee goreng, roti bakar, bubur, mee sup, salad, makanan bergoreng seperti sosej dan telur, buah-buahan dan air kopi, teh dan air buah.

Beberapa pilihan breakfast boleh diperolehi di Hotel Sentral Kuantan

Beberapa pilihan breakfast boleh diperolehi di Hotel Sentral Kuantan

Pilihan menu semasa breakfast

Pilihan menu semasa breakfast

Beberapa pilihan breakfast boleh diperolehi di Hotel Sentral Kuantan

 Beberapa pilihan breakfast boleh diperolehi di Hotel Sentral Kuantan

Beberapa pilihan breakfast boleh diperolehi di Hotel Sentral Kuantan

Beberapa pilihan breakfast boleh diperolehi di Hotel Sentral Kuantan

Beberapa pilihan breakfast boleh diperolehi di Hotel Sentral Kuantan


Cafe tak terlalu besar dan tidak terlalu kecil tapi sangat mencukupi dan selesa. Nampak moden sebab menitikberatkan konsep kerusi dan meja berwarna putih.

Kombinasi perabot berwarna putih dan merah menampakkan ia moden

Kawasan untuk breakfast di sini yang mencukupi




  



 

Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...