Search This Blog

Thursday, 11 July 2019

Staycation di Seri Pacific Kuala Lumpur

Saya check in Hotel Seri Pacific KL sebab nak settlekan few things there. Hotel ni very affordable compare to the others nearby hotel. Rate dia memang terbaik lah. Tak pelik kenapa hotel ni sentiasa ramai pelanggan sebab dikenali dengan hotel yang bertaraf 5 bintang tapi harga mampu sewa. 

Lokasi pun memang strategik kerana bersebelahan dengan shopping mall Sunway Putra dan berdekatan dengan public transport (LRT dan KTM) dan PWTC. Boleh je jalan kaki. Laluan ke hotel, public transport dan mall pula berbumbung. Takpayah risau soal panas, hujan dan buatkan kita rasa lebih selamat.     

entry and exit

 

 

 LRT PWTC stesen

Saya booked hotel ni melalui Agoda. Biasanya, check in hotel di Kuala Lumpur adalah pada pukul 3.00 petang kan? Tapi, saya dapati confirmation booking pada Agoda menyatakan check in adalah pukul 2.00 petang. Dah lah dapat good rate lepas tu dapat masuk pukul 2 pulak tu. Saya memang happy. Urusan check in sangat mudah dan cepat sebab tak ramai orang. Hotel ni tak minta deposit ye.

Dapat tingkat 17 daripada keseluruhan 30 tingkat (Superior Room Twin Bed). Saya stay selama 3 hari 2 malam dekat sini. Harga RM410 untuk 2 orang and with breakfast.     

superior room twin bed
 Ni adalah twin bed. Bilik tak terlalu luas tapi mencukupi.
 
Working area

working area

 superior room twin bed
 Ruangan kerja yang selesa. Saya percaya ramai pelanggan hotel ni kebanyakan ada urusan kerja di sini/Kuala Lumpur. Ruangan ni sangat berguna. Ada sofa coklat dan meja kopi kecil untuk relaks-relaks. 

Pemandangan KLCC dan Menara Kuala Lumpur
Pemandangan di sebalik sofa. Boleh nampak KLCC dan Menara KL. Dekat bawah tu parit saluran air. Nampak macam ada beranda kan untuk ambik angin luar? Tapi sebenarnya tak boleh keluar pun. Hiasan aje.

Superior room twin bed
Keseluruhan ruangan kerja, katil, sofa, meja kopi dan tingkap.
 fridge & beverage making facilities
 Sebenarnya di sebelah kanan dan kiri sofa ada almari yang tertutup. Satu belah ditempatkan fridge dan water heater. Manakala satu belah lagi ditempatkan iron dan boardnya. Konsep macam ni sangat menjimatkan ruang. 


Sinki dan amenities yang disediakan di bahagian bawah sinki dan di bahagian shower. Bathtub pun ada tapi asing dengan shower.

water bottle
Water bottle. Sebenarnya takde botol air dan tuala hanya ada 1 sahaja bila mula-mula masuk bilik. Terpikir jugak hotel ni sepatutnya providekan atau tak. Sebab ada hotel yang tak providekan tapi jarang lah. Terus saya call untuk confirmation. Barulah botol dan tuala dihantar. Tapi takde lah saya marah. Pengajaran dekat sini, selesaikan dan tanya elok-elok.

Breakfast di Zende Restaurant
Lif ni boleh nampak orang tengah makan di Restoran Zende. Hehe

Laluan dari lif ke bilik. Nampak muram dan gelap je sebab pencahayaan tak cukup.

Ini adalah tangga dan escalator untuk ke lobi pendaftaran dan restoran. 

swimming pool
Kolam renang di tingkat 4. Kawasan kolam renang, gimnasium dan spa agak seram sedikit sebab sunyi bila malam.
restoran jepun di hotel seri pacific kuala lumpur
Restoran makanan Jepun yang terletak berdekatan kolam renang. Cantik dekorasi restorannya. Tapi agak sunyi dan tidak ramai orang. Mungkin sebab saya lalu pada waktu senja.  

Lampu-lampu yang menghiasi ruangan luar hotel. Cantik dan nampak meriah.

Breakfast di Restoran Zende
Breakfast pada hari pertama.
Makan breakfast di Zende Seri Pacific KL
Breakfast pada hari kedua.
Breakfast adalah di Zende Restaurant di tingkat 3 sama aras dengan lobi pendaftaran. Just inform no bilik.
Hari pertama breakfast, saya pergi makan pada pukul 6.50 pagi sebab ada urusan pada pukul 8.00 pagi. Bila sampai je restoran, masih tak ramai. Namun, ruangan tempat makan padat dan hampir penuh seawal 7.00 pagi. Saya terkejut sebab ramai betul orang makan walaupun masih awal. Mungkin masing-masing ada urusan di awal pagi. 

Pelik dan jarang lah benda ni berlaku pada saya. Kalau saya pergi hotel-hotel lain, biasanya orang tak pergi breakfast awal sangat atau seawal itu. 
Hari kedua breakfast saya masih pergi awal. Namun, pukul 7.00 pagi keadaan masih tenang dan tidak ramai orang. Nasib baik walaupun dah abis makan, ruangan tempat duduk tidak sepadat hari pertama. 


 
Antara makanan semasa breakfast. Pilihan not bad dan mencukupi. Dari segi rasa pun boleh tahan. Hari pertama makan nasi lemak, sambal dia agak masam maybe terlebih asam jawa. Tapi hari kedua, nasib baik okay dan sedap rasa sambal dia. Kena cuba roti canai dia sebab lembut. Bestnya, hari kedua tu ada lauk kambing. Memang gabungan yang terbaik. Buat post ni tetiba terliur dan terbayangkan pulak.
Keseluruhannya, servis hotel ni bagus. Mungkin tidak sehebat hotel 5 bintang yang lain yang melayan tetamu seperti VIP, tapi mencukupi. Harga hotel berpatutan. Hotel ni nampak macam agak lama di sebahagian tempat tapi bilik takpayah risau sebab semuanya nampak baru, moden dan yang paling penting selesa.   
      
Video youtube: https://www.youtube.com/watch?v=_8-RcoqeC7c








Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...