Search This Blog

Sunday, 21 July 2019

Aktiviti di Kelantan Part 2

Esoknya, saya breakfast di tempat yang popular iaitu KOPITIAM KITA. Memang penuh kedai so pandai-pandai lah cari tempat kosong. Kalau tak jumpa tempat kosong di bahagian depan, boleh pergi bahagian belakang. 

Kopitiam Kita adalah kedai popular dan sentiasa penuh dengan orang ramai

Tulis apa yang nak dimakan dekat kertas ni ye. Jangan lupa tulis nombor meja. Biasanya order air, waiter/waitress ambil je dari meja. Tapi order makanan kena beratur. Roti titab (RM5.00) dan roti goreng telur (RM5.00). Roti titab ada 1 biji telur je tapi kalau nak 2 biji telur, boleh order roti titab special. Walaupun telur cair tapi tak geli sebab ada kaya. Tak pelik pun makan roti separuh masak dengan kaya. Roti goreng telur tu rasa biasa je. Tapi buat dia nampak istimewa sebab ada kaya. Boleh cuba ye.

Tulis di sini ye bila nak order roti titab 

Makanan popular yang patut dicuba

Sesuatu yang unik bila makan roti telur goreng dengan kaya pandan

Selain itu, ada makanan yang dah siap dibungkus. Ada nasi kerabu, nasi dagang, nasi lemak, nasi berlauk ayam dan ikan dan juga nasi tumpang. Nasi tumpang nampak istimewa sebab dibungkus dengan daun dan berbentuk kon. Ada juga bermacam jenis kuih.   

Banyak pilihan nasi berlauk dan kuih di Kopitiam Kita

Dekat sini memang kena try teh tarik beng. Pekat kaw-kaw, manis pendek kata memang terbaik dan sedap walaupun berais. Tak mengecewakan langsung. Very recommended.. Yang best, berbuih-buih teh beng ni ditarik sampai keluar-keluar dari gelas.

Teh dia memang kaw kaw rasanya. Memang puas hati

Seterusnya, saya ke Pasar  Besar Siti Khadijah. Anda akan melalui bahagian buah-buahan dahulu. Di bawah ada juga jual sayuran, keropok lekor dan beras-beras ye so jangan lupa beli beras nasi dagang, pulut dan beras cap Burung Serandit. 






Tingkat seterusnya ada menjual keropok-keropok manakala tingkat teratas pula ada menjual tudung, kain potong dan kain batik. Banyak juga saya membeli kain batik. Jangan lupa tawar-menawar sampai dapat harga yang anda puas hati ye tapi make sure harga yang ditawar adalah logik. 

Seterusnya, saya ke bahagian yang menjual makanan-makanan panas dan yang telah dimasak. Susah untuk saya jelaskan laluan mana yang perlu dilalui tapi nak senang, tanya aje peniaga-peniaga di situ. Mereka sangat baik hati untuk bagitahu laluan ke bahagian tersebut.  Sebaik saja masuk ke bahagian ini, peniaga-peniaga menegur saya untuk makan. Memang nampak menarik semua lauk-lauk dekat sini tapi sebab kenyang so saya terpaksa lupakan.

Jangan lupa mencuba laksa siam ye. Sejenis bihun nipis dan lembut bersama ulam-ulaman. Kuah dia memang pekat dan sedap. Very recommended.

Laksa Siam untuk dicuba

Ambil peluang ye untuk mencuba makanan-makanan yang sukar didapati di negeri lain. Boleh cuba seri kaya, cek mek, buah tanjung, tahi itik dan puding raja. Nama semua makanan tu memang kedengaran unik kan? Dan banyak lagi makanan lain yang mempunyai nama yang unik dan istimewa. Semua sedap dan boleh diterima bagi tekak saya yang bukan berasal dari timur. Saya suka akok dan dekat sini memang ada jual tapi saya rasa macam tak berapa menarik. So tak beli lah.

Kuih tradisional di Pasar Besar Siti Khadijah

Kuih tradisional Kelantan - seri raya

Cek Mek kuih tradisional Kelantan

Tahi itik yang patut dicuba. Walaupun namanya adalah unik, rasanya sedap dan boleh diterima

Buah tanjung kuih Kelantan yang agak manis

Dekat pasar ni pun anda berpeluang untuk beli dan rasa etok bakar. Etok bakar ni memang kuat bau dan rasa bakarnya. Ada bungkusan kecil (RM2/RM3) dan bungkusan besar (RM5). Susah jugak nak bukak etok ni sebab saiznya yang agak kecik dan permukaan yang licin. Saya gunakan cengkerang etok untuk bukak etok. Nak gigit tak reti. Memang susah dan bila dah bukak, kecik je isinya. Tak puas tapi at least penahlah rasa kan.  


Jangan lupa makan di Nasi Ulam Cikgu ye. Kedai ni sentiasa penuh dengan pelanggan. Ulam-ulaman memang banyak pilihan sesuai lah dengan nama kedai makan ni. Dekat sini boleh jumpa ikan keli goreng bersaiz besar ye. 


Ada macam-macam pilihan ulam ulaman

Ikan keli besar dijual disini

Saya balik hotel dan keluar balik pada pukul 4.30 petang untuk ke Pantai Cahaya Bulan

 


Dekat sini jangan lupa makan makanan bergoreng. Very recommended. Ramai yang suggestkan Acu Tera. Kedai mana yang best saya tak dapat nak suggestkan. Sebab saya tak ingat nama kedai yang saya pergi. Boleh lah cari kedai mana yang saya pergi berdasarkan gambar di bawah. Presentation makanan bergoreng dipaparkan lain-lain dan berbeza ye bagi setiap kedai.


Saya beli sotong goreng tepung bersama keropok lekor, bebola dan surimi ketam goreng tepung. Bestnya, harga sotong atau udang goreng tepung bagi setiap pinggan hanya RM10. So tak over bajet lah kan. Dekat kedai ni sotong/udang goreng tepung akan digoreng mengikut order. So dapat makan panas-panas. 

Boleh pilih makanan bergoreng seperti bebola, keropok lekor, udang, sotong dan macam-macam lagi.

Makanan bergoreng yang patut dicuba

Video youtube: https://www.youtube.com/watch?v=nkd2mARdNsA





Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...