Search This Blog

Friday, 19 July 2019

Aktiviti di Kelantan Part 1 & Review Hotel Khalifah Inn Wakaf Che Yeh

Perjalanan ke Kelantan bermula pada pukul 11.00 malam. Kereta tak banyak, sunyi dan jalan sangat gelap. Berhenti di beberapa kawasan iaitu RNR Gua Musang dan surau untuk solat subuh. 

Selepas sahaja breakfast, terus ke Rantau Panjang. Teruja bila sampai sebab nampak banyak motor-motor bernombor plat Thailand. Tapi kedai macam banyak tak buka. Tak pasti kedai tak bukak lagi sebab saya datang awal sangat atau memang kedai-kedai dekat sana banyak tak bukak. Dekat sini ada jual pakaian, periuk kuali, handbag, kasut dan lain-lain. 




Bila nak keluar dari kawasan Rantau Panjang, akan lalu di gate lain yang di mana akan lalu kastam. Tapi sebelah je gate keluar tu dari gate masuk.    


Selepas tu, perjalanan diteruskan ke kedai pengusaha dan pembekal serunding dan dodol untuk membeli serunding. Saya prefer beli serunding terus dari pengusaha dan pembekal, so soal kesegaran serunding tak payah risau. 

Saya pergi ke kedai serunding Habsah bt Harun (FB: Kak Chah, No telefon: 019-9225994). Dekat sini ada juga menjual keropok keping yang belum digoreng dan roti yang lembut. Uniknya, dekat sini, saya dapat makan serunding bersama roti dan pulut secara percuma untuk tujuan merasa tapi banyak juga sampai saya kenyang. Kalau anda ingin berkunjung dan ingin merasa secara percuma dahulu sebelum nak memborong, bolehlah hubungi pada nombor yang telah saya nyatakan. 

serunding segar, keropok keping


serunding ayam dan daging segar, keropok keping


Perjalanan kemudiannya diteruskan ke Khalifah Inn di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu. 45 minit daripada Rantau Panjang. Bestnya sebab Khalifah Inn ni sesuai untuk family (4 adult, 2 children). Harga sangat berpatutan dengan bilik yang beraircond dan luas. Saya sewa bilik yang bernombor 13, tapi saya lupa nama bilik. Konsep bilik ni open lah jugak. Bilik selesa memang takde masalah kecuali air hotel ni jenis berkarat. Air memang sentiasa warna kuning je. Serba salah nak guna air untuk cuci muka sebenarnya hahaha. 




 

Sesuai untuk 4 orang







Hotel ni agak strategik sebab dekat dengan bank. McD pun dekat seberang jalan je. Kalau nak melintas pun boleh tapi banyak kereta lah. Boleh je terus turun dari bilik hotel dan berjalan kaki ke pasar malam Wakaf Che Yeh. Ada jual macam-macam pakaian, kasut, tudung dan lain-lain di Wakaf Che Yeh. Saya beli mangga dekat sini. Sedap dan tak masam walaupun tak ranum lagi.
Kemudahan bank yang berdekatan



Nak makan pun takde masalah sebenarnya. Banyak je kedai makan dekat kawasan Wakaf Che Yeh ni. Cuma perlu jalan sikit daripada kawasan hotel untuk dapatkan lebih banyak pilihan makanan. Ada satu kedai yang saya pergi, portion nasi pattaya boleh dikatakan agak banyak so memang best lah makan lagi-lagi masa panas. Rasa biasa je macam nasi pattaya yang lain tapi bila dah lapar kan semua sedap.

Ada banyak kedai, kedai makan dan pasar yang dibuka pada malam hari

Video youtube: https://www.youtube.com/watch?v=nkd2mARdNsA












Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...