Perjalanan ke Genting Highland Premium Outlet memakan masa tidak sampai 1 jam dari Shah Alam. Bergantung kepada keadaan lalu lintas.Waze je GPO dan memang terus sampai ke destinasi yang nak dituju. Saya bertolak pada pukul 7.30 pagi so memang jalan agak clear. Seronok bila pergi awal-awal ni. Jalan tak jammed dan tak banyak kereta lagi, keadaan jalan yang tenang dan masih berkabus. Saya parking kereta di GPO. Masa ni memang consider tak ramai orang lagi (tak ada orang lah pendek kata).
Terus ke gondola/cable car. Jangan risau, dari bangunan GPO anda perlu lalu satu jambatan atau laluan yang terus berhubung ke bangunan gondola. Ikut je penanda arah. Waktu sampai di gondola, memang tak ada orang sebab baru pukul 8.30 pagi walaupun hari Ahad.
Sebelum tu, jangan lupa beli tiket dulu ye. Ada kaunter dan kiosk mesin tiket layan diri. Pilih lah mana yang anda selesa. Anda ada pilihan untuk pilih satu hala atau dua hala. Saya sarankan lebih baik terus je beli tiket dua hala, senang. Tak payah beratur bila nak balik nanti. Saya beli tiket satu hala melalui Klook so bila pergi tu saya scan code pada apps Klook. Tapi sebelum naik gondola untuk ke atas, saya beli tiket satu hala untuk guna waktu balik nanti. Beli awal-awal supaya tak beratur panjang dekat atas nanti.
Saya saja beli di apps Klook sebab nak tahu macam mana ia berfungsi tapi sama aje sebenarnya. Dekat apps ni, tiket ada satu hala sahaja. Kalau anda jenis yang naik atas awal, tak beli in advance (melalui apps) pun takpe. Untuk pengetahuan, kalau beli tiket dua hala di kaunter atau kiosk, akan dapat harga yang lebih murah berbanding beli satu-satu hala di apps ataupun di sana.
Harga tiket untuk glass floor gondola adalah RM18 satu hala/seorang (pada apps Klook dan kiosk). Tapi jika anda beli dua hala di kiosk atau kaunter, boleh dapat harga RM30. Saya tak pasti harga ni sentiasa valid whole time or only applicable at limited time.
Lepas dah beli, boleh terus naik ke gondola. Glass floor gondola dan standard floor gondola beratur di laluan yang berasingan. Tapi sebelah menyebelah je. Senang je boleh tengok penanda arah. Kalau tak tahu, boleh tanya. Before scan code, anda akan diperiksa untuk keselamatan. Alah macam dekat airport tu. Lepas dah kenalpasti lane yang betul mengikut tiket yang dibeli, anda hanya perlu scan dan berjalan sampai nampak gondola. Tak payah beratur panjang kalau pergi awal pagi.
Anda hanya perlu beratur dan petugas akan arahkan anda untuk masuk ke gondola. Standard floor gondola berwarna merah dan glass floor gondola berwarna hitam. Tapi glass floor gondola tak banyak pun. Ratio 1:10 dengan standard floor gondola. Biasanya lane glass floor gondola tak panjang sangat pun. Tapi still kena tunggu jugak sebab tak banyak. Walaupun lane standard floor gondola selalunya agak/sangat panjang, proses menunggu lama sikit tapi cepat juga sebenarnya.
Masa naik tu hujan renyai-renyai. Tak jelas sangat pemandangan sebab ada titisan air pada cermin. Tapi pengalaman naik glass floor gondola best. Tak banyak beza pun dengan standard floor gondola tapi boleh lah nampak pemandangan bahagian bawah. Paling penting tak scary pun.
Boleh lah main SKYTROPOLIS indoor theme park kalau nak. Harga saya tak pasti sebab saya tak main. Saja jalan pusing-pusing dan tangkap gambar. Kedai memang banyak tak bukak lagi dan suasana pun tak meriah lagi sebab masih awal pagi. Tapi jujurnya aktiviti/game/ride di indoor theme park ni tak banyak sangat. Antara yang boleh dimain adalah space cadets, whirly bugs, ride 'em round, tea cups, stormy voyage, music express dan lain-lain.
Saya saja jalan-jalan ke luar kawasan bangunan. .Takde apa pun sebenarnya kecuali hotel-hotel. Tapi keadaan luar bangunan lebih sejuk berbanding di dalam bangunan serta berkabus dan berangin. Memang best lah feeling masa tu.
Having simple breakfast at Oldtown White Coffee. Dekat je dengan entrance and exit gondola. Masa ni memang meriah sebab ramai orang. Menariknya, ramai foreigner in a big group baru sampai. Lepas makan, saya decide untuk turun ke GPO. Both lane tak kosong. Standard floor gondola ramai juga orang beratur tapi still consider as short line. Tip saya adalah kena buat benda yang orang lain tak buat hahaha. Biasanya ramai akan naik agak lewat sikit sebab masa tu banyak kedai dah bukak jadinya lebih meriah lebih best. Tapi saya suka pergi masa tak ramai lagi sebab lebih tenang dan boleh relaks-relaks. Pendek kata, masa orang naik kita turun. Tapi terpulang lah anda prefer yang mana kan..
Outdoor theme park still in progress. Boleh nampak masa naik gondola ye. Bila tengok, nampak gempak lah jugak. Tak sabar nak tunggu siap sepenuhnya.
Keseluruhannya, apps Klook ni sangat memudahkan bagi individu yang suka travel. Ada macam-macam pakej yang dioffer di dalam mahupun di luar negara. If anda last minit nak naik cable car tapi malas nak beratur dalam barisan yang sangat panjang untuk beli tiket sebab dah lewat, boleh terus beli tiket dekat KLOOK (boleh tekan https://invol.co/clh2bw untuk terus ke website KLOOK ye).
Video youtube: https://www.youtube.com/watch?v=ZW7sePcXB3k