Pada 20 - 21 Januari yang lalu, saya telah bercuti ke Pullman Hotels and Resorts Putrajaya Lakeside bersama ahli keluarga. Apartment 2 bilik bersama sarapan telah ditempah secara terus di laman web Pullman Hotels and Resorts. Kebaikan yang diperolehi apabila kita menempah secara terus adalah point dapat dikumpulkan dan dapat ditebus apabila sudah mencapai point-point tertentu. Tempahan boleh dibuat di reservation@pullmanputrajaya.com. Urusan melalui email sangat mudah dan mendapat respons yang agak cepat. Ataupun anda boleh membuat tempahan melalui http://invol.co/clhW4 iaitu di Trivago atau di http://invol.co/clhW5 iaitu di Agoda untuk mendapatkan diskaun dan promosi terkini.
Lokasi Pullman Hotels and Resorts Putrajaya Lakeside mudah dicari sebenarnya terutamanya jika anda menggunakan Waze. Pada mulanya saya terpegun melihat bangunan-bangunan Pullman hotel yang unik dan penuh dengan tradisi. Masuk sahaja ke kawasan parking, anda boleh menurunkan barang-barang berat anda di kawasan bulatan tersebut. Anda akan dibantu oleh staf hotel. Setelah menurunkan barang-barang, anda terus bergerak ke kawasan parking setelah mengambil tiket parking. Walaupun saya check in pada hari minggu, tiada masalah susah mendapat parking. Anda akan berjalan dari kawasan parking sehingga ke lobi hotel. Urusan mendaftar dilakukan disitu dan tidak mengambil masa yang agak lama. Terdapat beberapa kaunter pendaftaran check in dan check out. Dukacita dimaklumkan bahawa apartment 2 bilik yang ditempah atas nama kami terdapat beberapa isu dan masih dihousekeeping. Oleh itu, mereka memberikan welcome drinks terlebih dahulu di China Bar and Lounge sementara bilik kami disiapkan. Jus buahan-buahan seperti oren, nenas, mangga dan juga kopi dan teh panas boleh didapati disitu.
Suasana di China Bar and Lounge
Sementara
menunggu, kami juga membuat tempahan untuk makan malam di B's restaurant
yang terletak di bangunan atau blok Bunga Tanjung. Sebenarnya, staf hotel juga
mengatakan boleh sahaja walk-in tanpa membuat tempahan.
Anda boleh menaiki tangga atau lif untuk ke B's restaurant
Kami dimaklumkan bahawa bilik kami telahpun siap
selepas beberapa minit. Bilik kami terletak di Lotus Wing di Tingkat 3.
Antara kemudahan yang disediakan adalah mesin kopi, pemanas air, microwave,
peti sejuk, dapur memasak dan perkakas dapur seperti cawan, gelas, sudu,
mangkuk, pinggan, sudip, papan pemotong, kuali dan periuk serta sinki. Terdapat
3 tandas jika anda memilih apartment 2 bilik di Pullman Putrajaya iaitu 1
tandas ringkas bersebelahan dengan ruang pantri dan 2 tandas bersama tempat
mandi di ruang bilik masing-masing.
Katil
yang disediakan adalah 1 katil bersaiz king dan 2 katil bersaiz
single. Sejadah dan tempat seterika juga disediakan. Tandas dan tempat
mandi (bilik air) adalah sangat besar. Namun, tiada bathtub disediakan.
Saya pasti jika bathtub disediakan, pelanggan akan lebih berpuas hati.
Yang tak bestnya, pintu yang menutup bilik air dan tandas daripada ruangan
bilik adalah sejenis cermin yang dislide dan sebenarnya agak kurang
privasi kerana ia tidak dapat ditutup dengan sempurna. Bilik 1 dan bilik 2
dibahagikan oleh satu ruang tamu yang terdapat televisyen, kerusi, meja dan sofa.
Setiap bilik mempunyai televisyen, sofa dan meja kecil serta ruangan kerja
sendiri. Ruangan apartment 2 bilik adalah sangat besar dan memuaskan
lebih-lebih lagi kemudahan internet disitu laju. Cuma terdapat beberapa
kekurangan yang boleh diubah untuk menjadikan prestasi hotel lebih baik.
Anda
juga dapat menikmati kemudahan kolam renang infiniti yang terletak berhadapan
dengan tasik dan kolam renang yang lebih privasi yang terletak di Lotus Wing
iaitu di Tingkat 2. Kolam renang yang terletak di Tingkat 2 menjadi pilihan
kami kerana terdapat tandas untuk menukar pakaian, lebih senyap dan sunyi
kerana tidak ramai orang, terdapat kolam mandi untuk kanak-kanak dan tempat
duduk yang selesa. Setiap bilik dibenarkan mengambil 2 helai tuala sahaja dan
perlu mengisi borang di pondok keselamatan. Walaupun tiada lifeguard bertugas di situ tapi pelampung-pelampung kecemasan
turut disediakan. Kemudahan gim di tingkat 2 juga adalah satu keistimewaan
kemudahan yang boleh digunakan. Terdapat peralatan threadmill, leg press, calf
press, multi lat dan pelbagai lagi untuk tujuan senaman. Gim dilengkapi dengan
televisyen, lagu, napkin sejuk, air minum dan tuala. Sauna bersebelahan dengan
gim turut disediakan untuk lelaki dan perempuan. Kemudahan yang sangat lengkap
dengan tandas, tempat mandi, tempat duduk, almari simpanan barang, tuala air
minuman dan kelengkapan sabun dan shampoo.