Cameron Highland merupakan antara tempat percutian dalam negara yang menjadi favourite saya kerana pemandangan ladang teh yang cantik, suhunya yang sejuk dan suasana yang menenangkan.
Perjalanan dari Kuala Lumpur dimulakan pada tengahari.
Destinasi pertama iaitu Cameron Valley
Cameron Valley merupakan tempat persinggahan yang pertama selepas sahaja melalui jalan yang bengkang bengkok. Yang pastinya, setiap kali ke Cameron Highlands, kena struggle dengan rasa pening dan loya
Cameron Valley menyediakan kemudahan tandas kepada pengunjung. Walaupun mempunyai tempat parking yang agak terhad terutamanya apabila musim kemuncak, ia adalah tempat yang sesuai untuk berehat dan melihat kehijauan ladang daun-daun teh sambil menikmati aroma teh dan manisan seperti kek dan scone. Antara pilihan kek yang dijual adalah mango cheese cake, chocolate indulgence, blueberry cheese cake, american chocolate cake, tiramisu dan banyak lagi.
1 set scone dengan whipped cream, butter dan strawberry jam
Selepas itu, saya mengunjungi kedai yang menjual pelbagai jenis rasa teh yang terletak di sebelah tempat makan membuatkan saya rambang mata untuk memilih. Namun, earl grey tea merupakan pilihan utama saya. Beberapa kotak teh tersebut telah dibeli dengan harapan stok yang dibeli bertahan sehingga ke percutian seterusnya.
Pelbagai jenis dan rasa teh boleh didapati di sini
Kemudiannya, perjalanan diteruskan ke tempat penginapan 2 hari 1 malam iaitu di Golden Hill yang berdekatan dengan Pasar Malam Brinchang kerana telah melepasi beberapa jam masa check-in. Fokus saya untuk percutian ke Cameron Highlands pada kali ini adalah untuk mengunjungi pasar malam tersebut setelah beberapa kali hajat tidak tertunai. Yang menariknya, saya hanya perlu menuruni lif rumah yang disewa dan terus berjalan kaki ke tapak pasar malam. Tiada masalah mencari parking dan kesesakan lalu lintas.
Ruang tamu rumah yang disewa yang selesa
Tapak pasar malam dari bahagian atas
Saya telah mengunjungi pasar malam sebanyak dua kali iaitu pada waktu petang dan pada malamnya. Macam-macam sayur dijual di dalam paket. Strawberi yang segar dijual dengan harga yang pelbagai mengikut saiz dan kuantiti. Di sini juga mudah mencari makanan panas seperti pizza, sayuran dan seafood goreng tepung, mee goreng, nasi lemak, makanan bersup, apam balik, ubi madu kukus dan banyak lagi. Jagung yang masih mentah dan yang sudah siap dimasak juga dijual di sini.
Makanan bergoreng turut dijual disini
Strawberi dan coklat cair
Sayuran seperti lettuce, labu, kobis dan terung
Selain itu, honey stick, sarang madu lebah dan pokok kaktus yang bersaiz kecil dan comel ada dijual. Jualan pakaian-pakaian, bantal, keychain dan fridge magnet dijual dengan harga yang mampu milik untuk pengunjung yang ingin menjadikan kenangan.
Sebenarnya, terdapat banyak tarikan di Cameron Highlands. Namun, saya tidak nyatakan di sini kerana fokus utama percutian saya kali ini adalah Pasar Malam Brinchang. Namun, apa yang paling penting adalah menyenaraikan tempat-tempat yang ingin dikunjungi secara bersesuaian mengikut keadaan laluan trafik. Jalan yang berbukit mengambil masa yang lebih lama untuk sampai ke sesuatu destinasi. Jika trafik sesak, masa lebih banyak dihabiskan di atas jalan raya dan mungkin sukar untuk mendapatkan parking kereta. Oleh itu, rancang percutian anda dengan baik.