Search This Blog

Monday, 17 September 2018

Review on Marrakesh Restaurant menu

Marrakesh Restaurant adalah restoran yang menghidangkan makanan Arab atau makanan Timur Tengah yang tidak asing lagi dengan selera rakyat Malaysia. Apabila masuk sahaja restoran ini, suasananya membuatkan anda seperti berada di sana.



Ini adalah family set untuk 4 pax. Family set untuk 10 orang pun ada disediakan so sangat sesuai untuk gathering family atau kawan-kawan yang ramai. Set ini dihidangkan menggunakan talam disertakan nasi, daging kambing, kuah-kuah dan sos, cili padi dan sayuran. Kambing sangat lembut dan tidak liat. Bau pun tidak terlalu kuat dan boleh diterima. Cili padi untuk bagi rasa pedas. Kuah/sos dalam bekas kecil memberi rasa masam-masam so tidak muak.


Family set ini juga dihidangkan dengan air (ice lemon tea) one jug, arabic tea dan dessert (pudding custard caramel). Saya kurang gemar dengan arabic tea sebab tidak biasa dengan rasa dan baunya. Even letak gula still rasa pahit. 


Banyak lagi makanan lain yang dijual seperti
i. Soup and salad - lamb soup RM10.50, chicken soup RM7.90, fatoush RM10.90, tabouleh RM10.50.
ii. Appetizer - beef liver RM15.50, mutabal halabi RM8.90, hommose tahina RM8.50
iii. Chicken rice
iv. Lamb rice - mandy lamb RM19.90, kabsa lamb RM19.90, beryani lamb RM19.90
v. Morrocon - lamb tagine RM19.50, cucsouse royal RM21.50
vi. Hot dishes - Kufta with lamb RM18.50, musaqaa with lamb RM15.90
vii. Seafood - grill fish RM26.60, fried fish RM25.50

Thursday, 13 September 2018

Review Makan dan Menu di Red Lobster Malaysia

Red lobster ada membuat promosi 'National Day Sea-Lebration' kepada pelanggan mereka sempena Hari Kemerdekaan Malaysia dan available bermula 20 August sehingga 16 September 2018. Untuk promosi ini, terdapat dua menu iaitu Sea-lebration platter dan Lobster sea-licious tower.


 

Lobster sea-licious tower ini boleh dimakan untuk 3 orang dan berharga RM199.90. Set ini menghidangkan spicy chilli lobster with golden buns,  black pepper snow crab legs, cheese baked green mussels, breaded shrimp, squid with romaine lettuce and deep fried tilapia fillet. Golden bread atau mantou mempunyai rasa yang manis. Squid with romaine lettuce mempunyai rasa yang agak unik pada saya. Yang paling penting, juicy taste from oil and the protein itself tidak membuatkan seafood ini keras kerana telah dimasak dengan baik.

Set ini turut menghidangkan 3 air (refillable), 3 sup cendawan dan cheddar bay biscuits yang lembut dan sedap dimakan apabila panas. Boleh add-on Mango Passion Fruit Dome (RM9.90) untuk dessert.


 

Seterusnya, lobster and shrimp mac-n-cheese - RM59.90
Makaroni dengan lobster, udang, mozarella cheese dan baked golden brown with a parmesan panko topping. Mac and cheese ini sangat berbeza dengan mac and cheese di Secret Recipe, totally different. Mac and cheese di Secret Recipe lebih moist tapi mac and cheese Red Lobster agak dry dan ada rasa crunchy disebabkan panko topping. Panko ni is a kind of bread crumb. This is a must try menu


Istimewanya, Red Lobster juga menawarkan beberapa promosi yang best dan jimat.
Pertama adalah, set value dinner iaitu setiap hari bermula 6 petang sehingga restoran tutup. Set ini sekali dengan air, sup dan cheddar bay biscuits. Antara menunya seafood marinara (RM36.90), angry alfredo pasta (RM69.90), grilled lobster, shrimp and scallop (RM109.90), lobster and seafood platter (RM99.90), bar harbor lobster pasta(RM69.90) dan lobster and steak burger (RM79.90).

Kedua, red value meals iaitu setiap isnin sehingga jumaat dan boleh didapati sepanjang hari. Set ini sekali dengan air dan unlimited cheddar bay biscuits. Antara menunya adalah salmon with broccoli, spicy shrimp linguini, golden crispy chicken, ocean catch pasta dan black pepper roasted chicken. Untuk roasted chicken anda boleh memilih kentang krim putar atau nasi. Harganya adalah RM15/set. 

Ketiga, set lunch specials iaitu setiap hari bermula 11 pagi sehingga 3 petang. Set ini juga disertakan air, cheddar bay biscuits dan sup. Menunya adalah shrimp mac-n-cheese (RM28.50), seafood paella (RM35.50), spicy shrimp scampi pasta (RM32.50), bar harbor whole lobster pasta (RM99.90), grilled lobster and salmon (RM89.90) dan hand-battered fish and chips (RM33.90)

*Harga disertakan adalah sebelum September 2018
 

Tuesday, 11 September 2018

Aktiviti Menarik di Langkawi (LGK)

Percutian ke Langkawi kali ini berbeza dengan percutian ke Langkawi sebelum ini. Setibanya di Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2), terus pergi ke kiosk untuk check in flight and print boarding pass. Sangat mudah dilakukan hanya masukkan no booking flight anda dan yang paling penting untuk diingat adalah, pastikan semua maklumat yang tertera di skrin adalah betul dan tepat. Terdapat beberapa kiosk walaupun ramai namun tidak perlu menunggu lama. Selepas itu, pergi ke kaunter check in luggage jika ada luggage. Pastikan berat luggage tidak melebihi had. Tambang Air Asia agak murah namun berat luggage perlu di add-on sendiri kerana biasanya tidak termasuk sekali dengan tambang. Biasanya check in luggage di bahagian domestik tidak ramai pada waktu-waktu tertentu berbanding bahagian ke Indonesia, Japan, Korea dan Taiwan. Namun, untuk selamat pastikan anda berada di airport pada masa yang telah dirancang sebaiknya. Kaunter check in luggage adalah berdasarkan no flight anda dan boleh dilihat di skrin besar sebaik sahaja masuk ke dalam kawasan departure. Perjalanan ke Langkawi menaiki flight Air Asia adalah pukul 2.00 petang. Namun, delayed ke 2.30 petang disebabkan flight sebelum ini lambat tiba. 

Ini adalah Kung Pao Chicken with white rice. Semasa booking tiket, saya telah add-on makanan untuk melapik perut. Diingatkan pre-booked makanan semasa booking adalah lebih jimat. Makanan panas seperti nasi lemak, nasi ayam dan lain-lain dan air kosong hanya RM10 namun saiznya agak kecil. Namun jika anda membeli di dalam flight, jika tidak silap, harganya menjadi RM19. Bagi flight dibawah masa 90 minit penerbangan, tiada pilihan kopi panas disediakan. Rasanya sedap, memuaskan dan tidak mengecewakan. Anda boleh menambah RM5 untuk mendapatkan potato salad dan chocolate banana muffin.


AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN DI LANGKAWI

1. Membeli belah
Aktiviti membeli belah adalah perkara biasa jika datang ke Langkawi. Saya hanya sempat berkunjung ke Haji Ismail Group (HIG) dan RAMS yang terletak di Kuah. Kedua-dua kedai ada menjual coklat dan keperluan dapur. Namun pada saya, HIG sesuai untuk membeli coklat kerana lebih banyak pilihan coklat disitu manakala RAMS sesuai untuk membeli keperluan dapur kerana lebih banyak pinggan, mangkuk, kuali, sudu, senduk, lapik bantal, cadar dan tuala. 
  
 

Harga coklat di Langkawi di HIG *pada awal September 2018
Ritter sport - RM5.50 (raspberry yogurt, whole almond, etc)
2 Cadbury (saiz besar) - RM12.90
Whittaker 250g - RM15.90
Whittaker slab - RM9.90
Daim: 1-RM13.90 3-RM40.00
Toblerone 6 x 100g - RM25.50
Toblerone 6 x 50g - RM13.90
Toblerone 100g: 1-RM4.50  3-RM12.90
Kisses - RM15.50
Ritter sport mini - RM22.50 (praline, marzipan, cornflake, biscuits, hazelnut)
Fogliette Loacker, Gardena Loacker - RM10.90
Tortina Loacker - RM10.00
Minis Loacker - RM12.50
Quadratini Loacker 250g - RM9.90 (cocoa and milk, chocolate, dark chocolate)
Magnum 90g - RM8.50  (caramel crunch and sea salt is very recommended !) Ada mint, espresso, classic, dark
Nutella 750g - RM26.90
Maltese maxi pack - RM19.90 

2) Wildlife Park


Tiket masuk dewasa (RM24), Kanak-kanak (RM16), Warga emas (RM16). Pakej keluarga lebih berbaloi sebab termasuk animal feed. Walaupun animal feed nampak macam bosan atau tak ada apa sangat. Tapi sejujurnya, pengalaman yang sangat berharga terutama sekali bagi individu yang belum pernah ada pengalaman real live animal feeding. Masa ni lah boleh uji keberanian diri atau tengok diri geli atau tidak dengan haiwan. Makanan haiwan terdiri daripada kuaci, kacang, epal, kangkung, kobis dan lobak merah. Setiap kawasan haiwan ada board menyatakan haiwan tertentu makan makanan tertentu sahaja. Ini untuk guideline. Ada juga peringatan untuk tidak memberi makan haiwan tertentu kerana mereka mempunyai makanan khas. Ada juga amaran berhati-hati memberi makan atau menghulurkan tangan ke kawasan haiwan tertentu kerana bahaya. Wildlife park ini ada beberapa bahagian jika tidak silap mungkin ada 4 atau 5 bahagian. Macam-macam jenis haiwan adalah disitu. - burung, itik,buaya, ular, arnab. Wildlife park ini sangat sesuai jika ada kanak-kanak.


3) Jeti Tanjung Rhu - Mangrove Tours












Ini adalah aktiviti yang best untuk semua golongan umur. Macam-macam aktiviti yang boleh dibuat disini. Sewaan bot adalah satu bot RM350.00 dan boleh naik untuk 8 orang. Pemandu bot akan bawa anda mengelilingi kawasan Kilim Karst Geoforest Park. Jangan silap ye, bot ini tidak mengelilingi Langkawi. Masa yang diperuntukkan adalah dalam 2 jam. Berdasarkan pemandu bot, ada beberapa pilihan perjalanan. Pertama pergi melalui laut balik melalui sungai. Kedua pergi melalui sungai balik melalui laut. Ketiga pergi melalui laut dan balik melalui laut. Keempat pergi melalui sungai balik melalui sungai. Pilihan perjalanan adalah berdasarkan cuaca dan keadaan semasa. Laut bahaya jika berombak kuat. Sungai bahaya jika cetek di mana bot tidak boleh lalu kawasan tersebut. Perjalanan kami adalah pilihan yang pertama.

Gua Kelawar
Disini caj tambahan perlu dibayar sendiri untuk berjalan masuk ke gua kelawar. Memasuki gua mengambil masa hanya 10minit - 15minit sahaja kerana tidak jauh. Anda boleh melihat kelawar-kelawar yang sedang tidur dan kawasan dalam gua agak gelap. Lampu suluh (torchlight) boleh disewa disitu.

Floating Fish Farm
Anda akan melihat ikan pari dan sebagainya kebanyakannya bersaiz agak besadiberi makan ikan yang telah dipotong atau roti. Ikan pari akan diberi makan secara hand feed dan terdapat ikan yang akan memancut air untuk mendapatkan roti yang dilekatkan di kayu. Anda juga boleh merasai sendiri ikan atau ketam atau udang kara yang sangat segar disini kerana ada kedai disebelahnya yang boleh memasak.

Eagle feeding 
Disini adalah tempat untuk memberi makan kulit ayam kepada helang. Enjin bot akan dibunyikan untuk menarik perhatian helang dan ia sebagai signal bahawa ada makanan untuk mereka. Keistimewaan helang ini adalah mata mereka sangat tajam. Anda akan melihat banyak helang akan datang mengambil kulit ayam tersebut. Terdapat helang berwarna coklat dan helang berwarna putih. Helang berwarna putih dikatakan rare kerana tidak banyak.



Pemandu bot akan berhenti di sini untuk memberi peluang kepada anda untuk menangkap gambar. Sebenarnya, ia lebih dan sangat cantik jika anda melihat sendiri dengan mata anda berbanding melihat di gambar. Anda akan terpegun dengan warna gua hitam putih kelabu di sekeliling kawasan tersebut dan warna air yang sangat cantik. Jika anda dapat dengan keluarga, boleh meminta tolong pemandu bot untuk potretkan gambar satu keluarga anda.

Gua Buaya
Gua buaya ini sangat unik. Diluar gua anda akan melihat seolah ia berbentuk mulut buaya. Anda akan melalui dalam gua dengan menggunakan bot. Jika nasib anda baik, anda dapat melaluinya. Jika tidak, anda akan berpeluang melihatnya dari luar sahaja. Jika air pasang, bot tidak dapat melaluinya kerana paras air menutupi sebahagian besar kawasan gua.

Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dibuat di Langkawi seperti menaiki cable car, duck tours boat, muzium 3D, Pantai Chenang, makan laksa ikan seekoq di tepi lapangan terbang, parasailing, shopping minyak gamat. Oleh itu, rancang aktiviti dengan baik bersesuaian dengan berapa lama anda berada di sana. Di bayas, terdapat restoran HBL yang menyajikan pelbagai lauk pauk dan selalunya ramai pelanggan pada waktu makan tengahari. Jika berkesempatan, rasailah kerabu bronok. Rasa liat bronok agak menarik bagi saya yang baru pertama kali merasainya.  

Best ke makan di Homst Synergy Part 2

Review makan di HOMST SYNERGY SHAH ALAM kali kedua. Alamat penuh Homst Synergy Sdn Bhd adalah No 5 & 7 Jalan Boling Padang H13/H, Seksyen 13, Shah Alam, 40100 Selangor Darul Ehsan. Jika risau restoran penuh, boleh hubungi mereka di talian 0355130760 untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan awal. 

Crab meat shark fin soup Homst Synergy Shah alam
 Crab Meat Shark Fin Soup (S) - RM25.50
Full of seafood taste. Rasa crab meat dan surimi ketam yang banyak. Sangat menyegarkan. Even small size, boleh 3 orang makan.   

salted egg york chicken di homst synergy shah alam 
Salted Egg York Chicken (M) - RM22.60 
Ketulan-ketulan ayam yang digoreng tepung dan disaluti dengan telur masin yang dimasak dengan daun kari. Rasanya agak unik namun if terlalu banyak, agak muak

Sizzling Tofu Homst Synergy
Sizzling taufu (S) - RM12.26
Rasa biasa sahaja just like normal taufu with soy sauce. Taufu dipotong kecil dan digoreng. Serve with diced carrot, long bean and egg   

Chinese Pancake Homst Synergy Shah alam 
Chinese Pancake - RM10.00
Fried pancake berintikan labu atau sweet potato. Not too sweet and a bit oily. Texture of pancake just like pastry

 
Mango Sago Lolo - RM6.79
So refreshing taste of mangoes and creamy. Sour and sweet taste is balanced well.  

Add on:
Steamed rice (L) - RM2.10
Sirap bandung cincau - RM3.96
Teh ais - RM2.83
Steamed lotus leave rice - RM10.20 (there are 2 pcs of lotus leave rice)
Steamed spicy chicken feet - RM9.30 (there are only 3 pcs of chicken feet. Taste quite different from the last time I went there)
*Harga yang dinyatakan sebelum bulan September 2018

Wednesday, 22 August 2018

Review Spa di Khareyana Spa Petaling Jaya

Khareyana Spa merupakan spa yang terletak di Petaling Jaya dan ramai telah berkunjung ke sana dan telah membuat review tentang perkhidmatan yang mereka tawarkan. Khareyana Spa ini dibuka seawal 10.00 pagi sehingga 7.00 malam.

Pakej yang saya ambil adalah pakej premier spa. Ini adalah promosi bulan Ogos. Setiap bulan akan ada promosi yang berbeza. Oleh itu, anda bolehlah melihat instagram Khareyana-spa atau menghubungi pihak spa sendiri yang boleh didapati di laman internet Google.

Berbalik kepada pakej Premier Spa Khareyana Spa yang berharga RM365 pada asalnya menjadi RM290.00. Masa rawatan spa adalah 180 minit. Pada mulanya anda akan berendam kaki sebentar sebelum proses rawatan dimulakan. Badan anda akan diletakkan dengan tuala panas pada mulanya. Kemudian, sesi mengurut atau massage selama 1 jam akan dilakukan di keseluruhan badan termasuk urutan muka yang ringkas. Anda kemudiannya akan diletakkan skrub dan mask. Selepas itu, anda akan dikehendaki untuk membersihkan badan sebelum steam badan dilakukan. Sebaik sahaja steam badan selesai, anda akan diberikan segelas air untuk mengekalkan tahap hidrasi badan. Selepas itu anda dikehendaki untuk berendam di bathtub yang dipenuhi dengan buih-buih. Proses akhir adalah anda akan diberikan losyen untuk disapu sendiri di bahagian badan. 


Pemandangan dari bahagian dalam

 
Pemandangan dari bahagian luar

 
Tempat menyediakan bahan-bahan rawatan spa

 
Keadaan dalam bilik rawatan spa. Bilik berdua

 
Bathtub dan steam badan yang terletak bersebelahan 

 
Tempat duduk bersebelahan bathtub untuk berehat atau meminum air selepas melalui proses steam badan

 
Tempat berehat selepas rawatan spa selesai. Disini anda akan dihidangkan teh halia dan biskut atau buah



Monday, 20 August 2018

Review Secret Recipe Cakes & Cafe menu

Terdapat banyak cawangan Secret Recipe yang telah dibuka di seluruh 14 buah negeri di Malaysia. Selain mencatatkan penjualan kek yang tinggi, Secret Recipe turut menyajikan makanan-makanan yang lain.

Chocolate Indulgence Cake - creamy and soft
Absolute Chocolate Cake - a bit bitter
Chocolate Mud Cake

American brownies di Secret Recipe 
American brownies - melted chocolate sauce after been heated

Linguini with prawn and capsicum and mushroom at Secret Recipe 
 Aglio Olio
Pedas sedikit and not too dry. Lots of  mushroom and capsicum.

macaroni with prawn, mushroom and mozarella cheese at Secret Recipe  
Prawn macaroni and cheese 
Rasa cheese yang tersangat creamy dengan udang yang segar dan juicy.

Rice with spicy chicken,sambal and hard boiled egg 
Nasi Ayam Rangup
Not a typical nasi ayam sebab serve with telur rebus. Ayam rangup dan pedas taste somehow like ayam MCD.  Sambal biasa-biasa saja.

Noodle in Tom Yum Kung 
Sharp but refreshing taste of tom yum. Can be called as tom yum seafood serve with flat rice noodle

noodle serve with beef brisket and beef meatball in beef broth  
Special Beef Noodle 
Ada meatball and beef brisket yang lembut. Refreshing beef broth. Add sambal hijau to the soup to have the 'kick' taste

Herb rice and salad and grilled chicken with black pepper sauce 
Grilled  Black Pepper Chicken
Ayam yang lembut dan sos lada hitam yang banyak. Salad makes this dish looks healthy


Sunday, 19 August 2018

Review on Sushi King menu

Bagi peminat-peminat makanan Jepun, restoran Sushi King merupakan antara pilihan yang tepat. Sushi King menyajikan pelbagai jenis makanan Jepun dan cara hidangannya terbahagi kepada dua iaitu pertama adalah dengan pengambilan makanan yang diingini secara terus melalui kaunter sushi bergerak atau yang kedua dengan membuat pesanan di tab yang disediakan di setiap meja.


Menu yang ada dijual di Sushi King adalah:

1) Sashimi

2) Nigiri
Nigiri menu of Sushi King


















3) Gunkan 

Gunkan menu Sushi King


fried egg with mayonis and crab surimi
Golden ball - telur yang digoreng dan diatasnya diletakkan surimi ketam dan mayonis





4) Maki
Antaranya:
- Fry roll, Chicken cheese roll, California maki, Spider roll, Kanikama maki, Tamago maki, Kani tama maki, Spicy beef roll, Spicy gyu maki

5) Temaki 
Antaranya:
- California temaki (surimi ketam), Unagi temaki (belut panggang), Soft shell crab temaki (ketam kulit lembut goreng)

6)Yakimono 
Antaranya:
- Sukiyaki (daging masak dengan sup sukiyaki berasaskan sos soya), Unagi kabayaki (belut panggang), Salmon teriyaki (salmon panggang), Saba teriyaki (Makerel panggang)

7) Chicken gyoza (ladu ayam), Ika karaage (sotong goreng), Takoyaki (bebola sotong goreng dengan mayonise), Soft shell crab fritters (ketam kulit lembut dengan sos pedas dan mayonis), Chicken nanban (ayam goreng dan sos tartar Jepun), Tori katsu (ayam cucuk goreng dengan sos pedas dan mayonis), Beef agedashi tofu (tauhu goreng dengan kuah tempura), Ebi tempura (udang goreng dengan kuah tempura)

8) Noodles
Antaranya:
- Beef nabeyaki udon (udon dalam sup sos soya), Black pepper udon (udon digoreng dengan sos lada hitam), Curry udon (udon dalam sup kari), Zaru udon (udon sejuk dengan sup sejuk kicap soya), Hakata chicken ramen noodle (mee telur Jepun dalam sup ayam), Nagoya spicy ramen noodle (mee telur Jepun dalam sup pedas), Hokkaido ramen noodle (Mee telur Jepun dalam sup perisa miso)
Hidangan soba atau udon ini boleh ditambah dengan makanan sampingan dengan tambahan harga RM7.70 setiap satu

9) Donburi
Antaranya:
- Ten don, Chicken katsu don, Oyako don (nasi dengan ayam, telur dan bawang), Stamina don (nasi dengan ayam cincang pedas, telur, bawang, mayonis bawang putih dan daun bawang), Yaki gyu don (nasi dengan daging sos barbeku dan daun bawang)

10) Japanese curry
Menu yang perlu dicuba. Kari Jepun ini berbeza dengan rasa kari Malaysia.   

Japanese curry sold at Sushi King


11) Ippin
Kinoko soup (cendawan, tauhu dan sayuran dalam sos kicap soya), Rice combo (nasi, miso dan chawanmushi), Hamaguri soup (kepah dan tauhu dalam sup kicap soya), Chawanushi (telur stim ala Jepun), Onsen egg (telur separuh masak), Miso soup (sup soya ala Jepun), Nori (rumpai laut), Goma dressing (sos bijan panggang), Wafu dressing (sos salad istimewa Sushi King)

12) Tsumami
Salmon skin piri-piri, Edamame (kacang soya hijau), Chuka kurage (Obor berperisa), Chuka iidako (sotongkurita berperisa)   

13) Salad
Teriyaki chicken salad, Kinoko salad, Yakiniku salad, Karaage egg salad, Kurage ponzu, Wakame salad

14) Set meal
Grand tempura yaki sakana set, Salmon steak set, Agedashi beef curry set, Chicken nanban set,Spicy yakiniku set, piri piri chicken set, Unagi set
Pilihan add on seperti mini salad (RM3.19), matcha atau vanilla ice cream (RM1.10) 

15) Bento


Bento idea

Take-away bento

 Takeaway Bento set Sushi King Malaysia











Bento set take away Sushi King

Wednesday, 15 August 2018

Teringin Stay di Rumah Studio, Pinnacle Petaling Jaya ?

Pinnacle Petaling Jaya terletak bersebelahan dengan bangunan Hotel Sheraton Petaling Jaya dan berhampiran dengan Hotel Hilton, Hotel Armada, LRT Asia Jaya dan juga Pusat Perubatan Universiti Malaya. Penginapan rumah sewa di Pinnacle 3 hari 2 malam yang ditawarkan di laman web Trivago, Booking.com mahupun Agoda boleh dikategorikan sebagai penginapan menyewa rumah studio.

Ini kerana walaupun ruang agak terhad, kemudahan katil, tandas, almari, television, tempat memasak, sofa, meja makan, washing machine dan fridge disediakan. Jika tidak silap, terdapat beberapa kategori penginapan di Pinnacle seperti Penguin dan Chrisenbel. Review ini adalah penginapan di Penguin Homes. Hos akan berhubung dengan anda untuk membuat temu janji daftar masuk. Ini kerana anda perlu berjumpa dengan hos terlebih dahulu untuk membolehkan anda masuk dan mendapatkan kunci rumah dan kad akses lift dan pintu masuk.

Tempat memasak dan washing machine disediakan

 Televisyen terletak di sebelah tempat memasak

Katil yang boleh menempatkan dua orang

Sofa dan fridge bersebelahan dengan katil

Pemandangan dari dalam rumah studio di Pinnacle 



 

Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...