Search This Blog

Wednesday, 22 August 2018

Review Spa di Khareyana Spa Petaling Jaya

Khareyana Spa merupakan spa yang terletak di Petaling Jaya dan ramai telah berkunjung ke sana dan telah membuat review tentang perkhidmatan yang mereka tawarkan. Khareyana Spa ini dibuka seawal 10.00 pagi sehingga 7.00 malam.

Pakej yang saya ambil adalah pakej premier spa. Ini adalah promosi bulan Ogos. Setiap bulan akan ada promosi yang berbeza. Oleh itu, anda bolehlah melihat instagram Khareyana-spa atau menghubungi pihak spa sendiri yang boleh didapati di laman internet Google.

Berbalik kepada pakej Premier Spa Khareyana Spa yang berharga RM365 pada asalnya menjadi RM290.00. Masa rawatan spa adalah 180 minit. Pada mulanya anda akan berendam kaki sebentar sebelum proses rawatan dimulakan. Badan anda akan diletakkan dengan tuala panas pada mulanya. Kemudian, sesi mengurut atau massage selama 1 jam akan dilakukan di keseluruhan badan termasuk urutan muka yang ringkas. Anda kemudiannya akan diletakkan skrub dan mask. Selepas itu, anda akan dikehendaki untuk membersihkan badan sebelum steam badan dilakukan. Sebaik sahaja steam badan selesai, anda akan diberikan segelas air untuk mengekalkan tahap hidrasi badan. Selepas itu anda dikehendaki untuk berendam di bathtub yang dipenuhi dengan buih-buih. Proses akhir adalah anda akan diberikan losyen untuk disapu sendiri di bahagian badan. 


Pemandangan dari bahagian dalam

 
Pemandangan dari bahagian luar

 
Tempat menyediakan bahan-bahan rawatan spa

 
Keadaan dalam bilik rawatan spa. Bilik berdua

 
Bathtub dan steam badan yang terletak bersebelahan 

 
Tempat duduk bersebelahan bathtub untuk berehat atau meminum air selepas melalui proses steam badan

 
Tempat berehat selepas rawatan spa selesai. Disini anda akan dihidangkan teh halia dan biskut atau buah



Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...