Marrakesh Restaurant adalah restoran yang menghidangkan makanan Arab atau makanan Timur Tengah yang tidak asing lagi dengan selera rakyat Malaysia. Apabila masuk sahaja restoran ini, suasananya membuatkan anda seperti berada di sana.
Ini adalah family set untuk 4 pax. Family set untuk 10 orang pun ada disediakan so sangat sesuai untuk gathering family atau kawan-kawan yang ramai. Set ini dihidangkan menggunakan talam disertakan nasi, daging kambing, kuah-kuah dan sos, cili padi dan sayuran. Kambing sangat lembut dan tidak liat. Bau pun tidak terlalu kuat dan boleh diterima. Cili padi untuk bagi rasa pedas. Kuah/sos dalam bekas kecil memberi rasa masam-masam so tidak muak.
Family set ini juga dihidangkan dengan air (ice lemon tea) one jug, arabic tea dan dessert (pudding custard caramel). Saya kurang gemar dengan arabic tea sebab tidak biasa dengan rasa dan baunya. Even letak gula still rasa pahit.
Banyak lagi makanan lain yang dijual seperti
i. Soup and salad - lamb soup RM10.50, chicken soup RM7.90, fatoush RM10.90, tabouleh RM10.50.
ii. Appetizer - beef liver RM15.50, mutabal halabi RM8.90, hommose tahina RM8.50
iii. Chicken rice
iv. Lamb rice - mandy lamb RM19.90, kabsa lamb RM19.90, beryani lamb RM19.90
v. Morrocon - lamb tagine RM19.50, cucsouse royal RM21.50
vi. Hot dishes - Kufta with lamb RM18.50, musaqaa with lamb RM15.90
vii. Seafood - grill fish RM26.60, fried fish RM25.50