Percutian ke Langkawi kali ini berbeza dengan percutian ke Langkawi sebelum ini. Setibanya di Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2), terus pergi ke kiosk untuk check in flight and print boarding pass. Sangat mudah dilakukan hanya masukkan no booking flight anda dan yang paling penting untuk diingat adalah, pastikan semua maklumat yang tertera di skrin adalah betul dan tepat. Terdapat beberapa kiosk walaupun ramai namun tidak perlu menunggu lama. Selepas itu, pergi ke kaunter check in luggage jika ada luggage. Pastikan berat luggage tidak melebihi had. Tambang Air Asia agak murah namun berat luggage perlu di add-on sendiri kerana biasanya tidak termasuk sekali dengan tambang. Biasanya check in luggage di bahagian domestik tidak ramai pada waktu-waktu tertentu berbanding bahagian ke Indonesia, Japan, Korea dan Taiwan. Namun, untuk selamat pastikan anda berada di airport pada masa yang telah dirancang sebaiknya. Kaunter check in luggage adalah berdasarkan no flight anda dan boleh dilihat di skrin besar sebaik sahaja masuk ke dalam kawasan departure. Perjalanan ke Langkawi menaiki flight Air Asia adalah pukul 2.00 petang. Namun, delayed ke 2.30 petang disebabkan flight sebelum ini lambat tiba.
Ini adalah Kung Pao Chicken with white rice. Semasa booking tiket, saya telah add-on makanan untuk melapik perut. Diingatkan pre-booked makanan semasa booking adalah lebih jimat. Makanan panas seperti nasi lemak, nasi ayam dan lain-lain dan air kosong hanya RM10 namun saiznya agak kecil. Namun jika anda membeli di dalam flight, jika tidak silap, harganya menjadi RM19. Bagi flight dibawah masa 90 minit penerbangan, tiada pilihan kopi panas disediakan. Rasanya sedap, memuaskan dan tidak mengecewakan. Anda boleh menambah RM5 untuk mendapatkan potato salad dan chocolate banana muffin.
AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN DI LANGKAWI
1. Membeli belah
Aktiviti membeli belah adalah perkara biasa jika datang ke Langkawi. Saya hanya sempat berkunjung ke Haji Ismail Group (HIG) dan RAMS yang terletak di Kuah. Kedua-dua kedai ada menjual coklat dan keperluan dapur. Namun pada saya, HIG sesuai untuk membeli coklat kerana lebih banyak pilihan coklat disitu manakala RAMS sesuai untuk membeli keperluan dapur kerana lebih banyak pinggan, mangkuk, kuali, sudu, senduk, lapik bantal, cadar dan tuala.
Harga coklat di Langkawi di HIG *pada awal September 2018
Ritter sport - RM5.50 (raspberry yogurt, whole almond, etc)
2 Cadbury (saiz besar) - RM12.90
Whittaker 250g - RM15.90
Whittaker slab - RM9.90
Daim: 1-RM13.90 3-RM40.00
Toblerone 6 x 100g - RM25.50
Toblerone 6 x 50g - RM13.90
Toblerone 100g: 1-RM4.50 3-RM12.90
Kisses - RM15.50
Ritter sport mini - RM22.50 (praline, marzipan, cornflake, biscuits, hazelnut)
Fogliette Loacker, Gardena Loacker - RM10.90
Tortina Loacker - RM10.00
Minis Loacker - RM12.50
Quadratini Loacker 250g - RM9.90 (cocoa and milk, chocolate, dark chocolate)
Magnum 90g - RM8.50 (caramel crunch and sea salt is very recommended !) Ada mint, espresso, classic, dark
Nutella 750g - RM26.90
Maltese maxi pack - RM19.90
2) Wildlife Park
Tiket masuk dewasa (RM24), Kanak-kanak (RM16), Warga emas (RM16). Pakej keluarga lebih berbaloi sebab termasuk animal feed. Walaupun animal feed nampak macam bosan atau tak ada apa sangat. Tapi sejujurnya, pengalaman yang sangat berharga terutama sekali bagi individu yang belum pernah ada pengalaman real live animal feeding. Masa ni lah boleh uji keberanian diri atau tengok diri geli atau tidak dengan haiwan. Makanan haiwan terdiri daripada kuaci, kacang, epal, kangkung, kobis dan lobak merah. Setiap kawasan haiwan ada board menyatakan haiwan tertentu makan makanan tertentu sahaja. Ini untuk guideline. Ada juga peringatan untuk tidak memberi makan haiwan tertentu kerana mereka mempunyai makanan khas. Ada juga amaran berhati-hati memberi makan atau menghulurkan tangan ke kawasan haiwan tertentu kerana bahaya. Wildlife park ini ada beberapa bahagian jika tidak silap mungkin ada 4 atau 5 bahagian. Macam-macam jenis haiwan adalah disitu. - burung, itik,buaya, ular, arnab. Wildlife park ini sangat sesuai jika ada kanak-kanak.
3) Jeti Tanjung Rhu - Mangrove Tours
Ini adalah aktiviti yang best untuk semua golongan umur. Macam-macam aktiviti yang boleh dibuat disini. Sewaan bot adalah satu bot RM350.00 dan boleh naik untuk 8 orang. Pemandu bot akan bawa anda mengelilingi kawasan Kilim Karst Geoforest Park. Jangan silap ye, bot ini tidak mengelilingi Langkawi. Masa yang diperuntukkan adalah dalam 2 jam. Berdasarkan pemandu bot, ada beberapa pilihan perjalanan. Pertama pergi melalui laut balik melalui sungai. Kedua pergi melalui sungai balik melalui laut. Ketiga pergi melalui laut dan balik melalui laut. Keempat pergi melalui sungai balik melalui sungai. Pilihan perjalanan adalah berdasarkan cuaca dan keadaan semasa. Laut bahaya jika berombak kuat. Sungai bahaya jika cetek di mana bot tidak boleh lalu kawasan tersebut. Perjalanan kami adalah pilihan yang pertama.
Gua Kelawar
Disini caj tambahan perlu dibayar sendiri untuk berjalan masuk ke gua kelawar. Memasuki gua mengambil masa hanya 10minit - 15minit sahaja kerana tidak jauh. Anda boleh melihat kelawar-kelawar yang sedang tidur dan kawasan dalam gua agak gelap. Lampu suluh (torchlight) boleh disewa disitu.
Floating Fish Farm
Anda akan melihat ikan pari dan sebagainya kebanyakannya bersaiz agak besadiberi makan ikan yang telah dipotong atau roti. Ikan pari akan diberi makan secara hand feed dan terdapat ikan yang akan memancut air untuk mendapatkan roti yang dilekatkan di kayu. Anda juga boleh merasai sendiri ikan atau ketam atau udang kara yang sangat segar disini kerana ada kedai disebelahnya yang boleh memasak.
Eagle feeding
Disini adalah tempat untuk memberi makan kulit ayam kepada helang. Enjin bot akan dibunyikan untuk menarik perhatian helang dan ia sebagai signal bahawa ada makanan untuk mereka. Keistimewaan helang ini adalah mata mereka sangat tajam. Anda akan melihat banyak helang akan datang mengambil kulit ayam tersebut. Terdapat helang berwarna coklat dan helang berwarna putih. Helang berwarna putih dikatakan rare kerana tidak banyak.
Pemandu bot akan berhenti di sini untuk memberi peluang kepada anda untuk menangkap gambar. Sebenarnya, ia lebih dan sangat cantik jika anda melihat sendiri dengan mata anda berbanding melihat di gambar. Anda akan terpegun dengan warna gua hitam putih kelabu di sekeliling kawasan tersebut dan warna air yang sangat cantik. Jika anda dapat dengan keluarga, boleh meminta tolong pemandu bot untuk potretkan gambar satu keluarga anda.
Gua Buaya
Gua buaya ini sangat unik. Diluar gua anda akan melihat seolah ia berbentuk mulut buaya. Anda akan melalui dalam gua dengan menggunakan bot. Jika nasib anda baik, anda dapat melaluinya. Jika tidak, anda akan berpeluang melihatnya dari luar sahaja. Jika air pasang, bot tidak dapat melaluinya kerana paras air menutupi sebahagian besar kawasan gua.
Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dibuat di Langkawi seperti menaiki cable car, duck tours boat, muzium 3D, Pantai Chenang, makan laksa ikan seekoq di tepi lapangan terbang, parasailing, shopping minyak gamat. Oleh itu, rancang aktiviti dengan baik bersesuaian dengan berapa lama anda berada di sana. Di bayas, terdapat restoran HBL yang menyajikan pelbagai lauk pauk dan selalunya ramai pelanggan pada waktu makan tengahari. Jika berkesempatan, rasailah kerabu bronok. Rasa liat bronok agak menarik bagi saya yang baru pertama kali merasainya.