Search This Blog

Wednesday, 15 August 2018

Teringin Stay di Rumah Studio, Pinnacle Petaling Jaya ?

Pinnacle Petaling Jaya terletak bersebelahan dengan bangunan Hotel Sheraton Petaling Jaya dan berhampiran dengan Hotel Hilton, Hotel Armada, LRT Asia Jaya dan juga Pusat Perubatan Universiti Malaya. Penginapan rumah sewa di Pinnacle 3 hari 2 malam yang ditawarkan di laman web Trivago, Booking.com mahupun Agoda boleh dikategorikan sebagai penginapan menyewa rumah studio.

Ini kerana walaupun ruang agak terhad, kemudahan katil, tandas, almari, television, tempat memasak, sofa, meja makan, washing machine dan fridge disediakan. Jika tidak silap, terdapat beberapa kategori penginapan di Pinnacle seperti Penguin dan Chrisenbel. Review ini adalah penginapan di Penguin Homes. Hos akan berhubung dengan anda untuk membuat temu janji daftar masuk. Ini kerana anda perlu berjumpa dengan hos terlebih dahulu untuk membolehkan anda masuk dan mendapatkan kunci rumah dan kad akses lift dan pintu masuk.

Tempat memasak dan washing machine disediakan

 Televisyen terletak di sebelah tempat memasak

Katil yang boleh menempatkan dua orang

Sofa dan fridge bersebelahan dengan katil

Pemandangan dari dalam rumah studio di Pinnacle 



 

Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...