Search This Blog

Sunday 23 August 2020

Best ke The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh? I Garden Villa Staycation (DAY 1)

Salam wbt dan selamat sejahtera  guys,

Rasa dah lama tak menulis/menaip di blogger ni. Tapi gigihkan diri untuk share review staycation. Staycation kali ni adalah di The Banjaran Hotspring Retreats yang terletak di Ipoh. Sebenarnya dah lama aim untuk staycation dekat sini, tapi tertunda-tunda sebab agak pricey. Semangat nak bercuti membuak-buak masa MCO. So, after habis je MCO dan dibenarkan untuk merentas ke luar negeri, we decided to bercuti. Survey and survey beberapa targeted tempat bercuti, Alhamdullillah terjumpa best deals and offers dekat website official The Banjaran. 

Rasa macam durian runtuh sebab dah lama target. Banyak hotel or resort yang menawarkan harga yang terbaik dan lebih murah berbanding harga normal selepas MCO sebab nak menarik perhatian pelanggan.

Trip ke Banjaran adalah pada 24-27 July iaitu pada hari Jumaat sehingga Ahad. Ada 3 jenis bilik di The Banjaran untuk dipilih iaitu Lake Villa, Water Villa dan Garden Villa. Garden Villa adalah jenis bilik yang paling besar berbanding jenis bilik yang lain. Disebabkan saya pergi bertiga, staf The Banjaran advised untuk ambil atleast Water Villa. So kos untuk 3 orang adalah RM3,880 untuk Water Villa under Pakej Residen. Pakej Residen ni menawarkan free upgrade (subject to availability), complimentary mini bar, daily breakfast dan daily romantic half board at Pomelo Restaurant.  

Bila nak masuk kawasan The Banjaran ni, akan ada pondok guard and guard akan tanya sama ada kita ada buat booking ataupun tidak. Sebelum datang, kena inform dulu nombor plat kereta dulu ye. Saya turunkan dulu beg and then park kereta. Dari tempat parking kereta, ada staf The Banjaran akan escort ke lobi. Terasa dilayan seperti VIP.

Welcome drink, dessert dan cold towel diberikan kepada guest
Pemandangan di lobi
Sebenarnya, saya sampai di The Banjaran lebih kurang pukul 3.30petang. Masa untuk check in adalah pukul 3.00petang. Tapi bilik tak sedia lagi, kena tunggu dalam 20minit kot. So, staf The Banjaran advised untuk kami berjalan-jalan dulu sementara menunggu kunci. By the way, memang ramai guest yang check in masa ni, so faham je.

Pemandangan gua batu kapur dari lobi.

Bilik dah siap dalam 20-30minit. Staf The Banjaran bawak kami menaiki buggy untuk short tour beberapa tempat di The Banjaran. Tapi tak lama sangat maybe sebab ramai orang. Tour tu terasa kejap sampai saya terkejut eh dah sampai villa ke? Bila pintu villa dibuka, saya terkejut lagi sekali sebab villa tu bukan Water Villa tapi Garden Villa! So saya ingat staf The Banjaran nak buat tour tapi rupa-rupanya kami dapat free upgrade. Alhamdullillah. We have been to many hotels before, but this is the first time we got free upgrade. Excited syukur memang tak payah cakap lah.

Private pool panjang, memang puas hati. Garden Villa ada dua jenis sebenarnya, satu pool square and satu pool rectangle
Bedroom - king sized bed and single extra bed
2 vanities with towel, towel basket, trash bin, mirror, hair dryer and bath amenities.
Simple toilet
Shower area
Wardrobe - bathrobe, safety box, spray, hanger
Bath amenities
Signature The Banjaran. Malay traditional concept. Air dalam labu sayong. Ada di luar dan dalam bilik. Best sebab air sejuk
Jacuzzi with natural geothermal hot spring water. Best part of Garden Villa. Saiz jacuzzi yang besar with sceenery
Pintu yang menghubungkan jacuzzi dengan washroom area. On point sebab dapat meminimalkan lantai basah
Pemilihan air - hot, cold, geothermal
Private outdoor rain shower with sceenery of limestone cave
Private outdoor rain shower with sceenery of limestone cave
Even lampu ni nampak cantik dan classical
Pintu yang menghubungkan private pool and jacuzzi
Waterproof key
Air conditioning area at Pomelo Restaurant
Complimentary baguette with butter, pine nut and olive oil with balsamic vinegar
Malaysian oxtail soup untuk appetizer. Portion agak besar untuk appetizer dan sangat puas hati. Very recommended. As for pakej Residen, kena pilih 1 appetizer dan 1 main meal. ATAU 1 main meal dan 1 dessert
Dumplings. Very recommended. 6 pieces of pan fried dumpling with salad. Halia dan kimchi terbaik. And saya ada juga order Wild Mushroom Soup for appetizer. Wild mushroom soup dibuat daripada assorted mushroom, trufle tapenade and porcini powder. Saya tak berapa minat sangat sebab saya prefer creamy mushroom soup. But it was a very great experience to try new dish and flavor. As I never try trufle tapenade before. After taste ada rasa hangit. Memang rasa dia macam tu kot.
Tagliatelle beef bolognese. Explanation dekat menu - homemade tagliatelle with minced beef and tomato ragout, 24months aged parmigiano reggiano and alio extravergine di oliva. Fuhhh terbelit lidah
Nasi Goreng Sambal Belacan. Served dengan telur mata, tempe goreng, satay ayam, sayur dan keropok.
Seabass Acqua Pacca. Very recommended juga. Baked seabass filet yang lembut with tomatoes, black olives, parsley. Ada nasi sekali. Presentation food on point.  
Lepas dah makan, naik buggy untuk ke bilik sebab hujan. Sebenarnya lepas kami check in petang tadi pun hujan. And guess what? Dapat surprise daripada The Banjaran. Semua guest akan dapat cookies box with quote ni.   
 

Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...