Search This Blog

Thursday, 13 September 2018

Review Makan dan Menu di Red Lobster Malaysia

Red lobster ada membuat promosi 'National Day Sea-Lebration' kepada pelanggan mereka sempena Hari Kemerdekaan Malaysia dan available bermula 20 August sehingga 16 September 2018. Untuk promosi ini, terdapat dua menu iaitu Sea-lebration platter dan Lobster sea-licious tower.


 

Lobster sea-licious tower ini boleh dimakan untuk 3 orang dan berharga RM199.90. Set ini menghidangkan spicy chilli lobster with golden buns,  black pepper snow crab legs, cheese baked green mussels, breaded shrimp, squid with romaine lettuce and deep fried tilapia fillet. Golden bread atau mantou mempunyai rasa yang manis. Squid with romaine lettuce mempunyai rasa yang agak unik pada saya. Yang paling penting, juicy taste from oil and the protein itself tidak membuatkan seafood ini keras kerana telah dimasak dengan baik.

Set ini turut menghidangkan 3 air (refillable), 3 sup cendawan dan cheddar bay biscuits yang lembut dan sedap dimakan apabila panas. Boleh add-on Mango Passion Fruit Dome (RM9.90) untuk dessert.


 

Seterusnya, lobster and shrimp mac-n-cheese - RM59.90
Makaroni dengan lobster, udang, mozarella cheese dan baked golden brown with a parmesan panko topping. Mac and cheese ini sangat berbeza dengan mac and cheese di Secret Recipe, totally different. Mac and cheese di Secret Recipe lebih moist tapi mac and cheese Red Lobster agak dry dan ada rasa crunchy disebabkan panko topping. Panko ni is a kind of bread crumb. This is a must try menu


Istimewanya, Red Lobster juga menawarkan beberapa promosi yang best dan jimat.
Pertama adalah, set value dinner iaitu setiap hari bermula 6 petang sehingga restoran tutup. Set ini sekali dengan air, sup dan cheddar bay biscuits. Antara menunya seafood marinara (RM36.90), angry alfredo pasta (RM69.90), grilled lobster, shrimp and scallop (RM109.90), lobster and seafood platter (RM99.90), bar harbor lobster pasta(RM69.90) dan lobster and steak burger (RM79.90).

Kedua, red value meals iaitu setiap isnin sehingga jumaat dan boleh didapati sepanjang hari. Set ini sekali dengan air dan unlimited cheddar bay biscuits. Antara menunya adalah salmon with broccoli, spicy shrimp linguini, golden crispy chicken, ocean catch pasta dan black pepper roasted chicken. Untuk roasted chicken anda boleh memilih kentang krim putar atau nasi. Harganya adalah RM15/set. 

Ketiga, set lunch specials iaitu setiap hari bermula 11 pagi sehingga 3 petang. Set ini juga disertakan air, cheddar bay biscuits dan sup. Menunya adalah shrimp mac-n-cheese (RM28.50), seafood paella (RM35.50), spicy shrimp scampi pasta (RM32.50), bar harbor whole lobster pasta (RM99.90), grilled lobster and salmon (RM89.90) dan hand-battered fish and chips (RM33.90)

*Harga disertakan adalah sebelum September 2018
 

Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...