Search This Blog

Tuesday, 21 May 2019

REVIEW Hilton Kuala Lumpur and Executive Lounge

Check in Hilton Kuala Lumpur - dapat tingkat 28 (bilik King Executive di Executive Floors). Hilton Kuala Lumpur memang ramai orang dan masing-masing sibuk dengan with check in and check out process.

Masa proses check in, dapat air jus jambu batu merah satu cawan kecil. Memang segar rasanya. Btw, ini adalah first hotel yang saya pergi dan dapat welcoming drink masa check in di kaunter. Tapi yang tak bestnya, rasanya kena minum dekat situ gak hahaha. 

King Executives at Hilton Kuala Lumpur

Ini adalah ruangan dalam bilik King Executive

Ada sofa yang sangat selesa


Alhamdullillah boleh tengok tasik, jalan raya dan boleh nampak kolam hotel jugak sebenarnya.

Antara toiletries di Hilton Kuala Lumpur

Bagi bilik-bilik di Hilton yang terletak di bahagian Executive Floor, boleh akses Executive Lounge di Tingkat 33. Dibuka seawal 6.00 pagi sehingga 11.00 malam. Executive Lounge ni provide breakfast, refreshment throughout the day, afternoon tea and evening aperitifs. Executive Lounge tak terlalu besar sebenarnya sebab terlalu ramai guest. Memang penuh terutamanya bila waktu peak hour. Sepatutnya Lounge ni tampak eksklusif terus jadi tak eksklusif bila time sarapan dengan minum petang. Seat semua penuh dan takada kosong pun even sharing seat.     

Executive Lounge at Hilton Kuala Lumpur
Masa ni memang kosong sebab bukan peak hour. Bole minum kopi, teh dan carbonated drink banyak mana yang anda suka secara percuma. Ada juga snek sikit-sikit.

 Hilton Kuala Lumpur

Executive Lounge



best scone ever
Ini antara menu yang disediakan semasa afternoon tea. Afternoon tea dari pukul 2.30 petang - 4.30 petang. Lepas check in boleh terus pergi. Presentation makanan nampak eksklusif. Roti-roti yang digunakan juga sedikit istimewa.

Hilton Kuala Lumpur
Semua tersangat sedap. Walaupun nampak macam sandwich biasa je, tapi rasa memang 5 star. Paling istimewa, scone dia. Dekat sini ada plain scone dengan chocolate chip scone. Plain scone boleh makan dengan butter, jam dan whipped cream. Choc scone tu tak letak apa-apa pun sedap. Memang berbiji-biji saya amik. Creamy, salty, buttery dan lembut. Memang just nice dan perfect. Melambung saya puji kan hahaha. Sampai sekarang scone dekat Hilton ni adalah scone paling sedap saya pernah cuba. Very recommended..
 Kolam renang Hilton. Dekat level ni ada kolam renang Le Meridien juga terletak sebelah sebelah je. Bestnya, boleh dan bebas untuk guna dua-dua kolam. Saya pernah review Le Meridien. Kalau nak baca, boleh tengok Review Le Meridien Kuala Lumpur atau Review Breakfast di Latest Recipe, Le Meridien Kuala Lumpur.

 Evening aperitifs bermula 6.00 petang sehingga 8.00 malam. Waktu ni memang paling peak hour. Beberapa kali pergi tapi seat penuh. So kena share seat tapi lama sikit baru dapat seat yang lebih privasi. Untuk evening aperitifs, tak berapa meriah. Kecewa dengan jenis makanan yang ada dan juga rasanya. End up, lapar balik malam tu. 

Room service
Okay yang ini room service. Order memang dah lewat dalam pukul 11 malam juga rasanya. Set ni namanya malay tiffin set (RM103). Include in bill nanti check out baru bayar. Set ni ada sate ayam, sup ekor, nasi putih, rendang ayam, sambal udang, labu masak lemak, potongan buah dan kuih buah melaka.
Breakfast at Vasco's Hilton Kuala Lumpur


Vasco's Hilton Kuala Lumpur

Breakfast at Vasco's

Breakfast at Vasco's Hilton Kuala Lumpur

Breakfast at Hilton Kuala Lumpur
Ni adalah makanan-makanan masa breakfast di Vasco's. Yang bestnya, ada banyak option. Ada malay, japanese, chinese, western, arabian and indian option. Semua sedap. Pastri dan kek pun ada banyak pilihan. Yogurt dan oat memang selalu je di refill dan boleh letak topping (seeds atau nuts) yang kita nak dan boleh letak berapa banyak yang kita nak. Memang rambang mata tapi tak berkesempatan nak cuba semua.

Hilton Kuala Lumpur
Dekat sini pun ramai orang ye. Luckily saya pergi awal sikit, dapatlah pilih seat yang terasing dan privasi sikit. Kalau lambat memang penuh.  



Breakfast at Executive lounge

Breakfast at Executive Lounge Hilton Kuala Lumpur


Yang ini pula, breakfast di Executive Lounge. Saja pergi sebab nak tengok pilihan makanan yang ada. Overall, not bad. Pilihan makanan yang ada mencukupi walaupun tak sebanyak di Vasco's. Agak privasi sebab tak ramai orang. Mungkin sebab ramai pergi breakfast di main dining, Vasco's atau saya pergi ke lounge tu dah agak lewat.



  








Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...