Sebenarnya dah beberapa bulan pergi Lexis Hibiscus, ke dah lebih setahun? Tapi tak salah kan kalau nak share pengalaman bercuti di sini.
Lexis Hibiscus terletak di Jalan Pantai, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Check in pada pukul 4 petang. Parking dekat sini ada bahagian tidak berbumbung dan berbumbung. Biasanya kawasan tidak berbumbung penuh sebab searas dengan lobi. Bilik pilihan adalah Panorama Pool Villa.
Dekat sini ada beberapa pilihan bilik iaitu Executive Pool Villa, Premium Pool Villa, Premium Pool Villa (Sea View), Panorama Pool Villa, Panorama Pool Villa (sea view), Sky Pool Villa, Royal Suite, Imperial Suite and Presidential Suite.
Dekat sini ada beberapa pilihan bilik iaitu Executive Pool Villa, Premium Pool Villa, Premium Pool Villa (Sea View), Panorama Pool Villa, Panorama Pool Villa (sea view), Sky Pool Villa, Royal Suite, Imperial Suite and Presidential Suite.
Bestnya, ada glass panel di lantai di bahagian sinki jadi boleh tengok permukaan laut. Kalau bertuah nampak lah ikan, tapi air tak berapa jernih, so tak nampak pun.
Laluan buggy. Basically bilik belah kanan menghadap fountain dan bilik di belah kiri akan menghadap laut.
Ada 2 kerusi dan 1 meja di luar untuk rehat-rehat minum kopi sambil tengok pemandangan.
Private pool. Tak besar sangat tapi okay lah. Takda masalah nak kena share pool dengan orang luar. Boleh berendam bila-bila je. Pagi ke petang ke tengah malam ke. Atau time panas ke hujan ke.. Takde sapa halang. Cuma berani tak berani je. Area tak tertutup so aurat kena jaga ye. Dari gambar di atas, boleh nampak jiran sebelah sana. Tapi waktu tu, kosong takda guest.
View after hujan. Waktu hujan agak scary nasib takde kilat guruh. Luckily bilik menghadap fountain. Tapi ada je yang suka view laut bergelora. Warna air pun lain masa hujan. Tapi syukur tak terhingga bila tengok ciptaan Allah lepas tu. Lepas hujan rasa macam fresh je udara.
Bilik cukup luas dan boleh menempatkan 4 orang sebab ada 2 katil king. Memang sesuai untuk bawa keluarga. Ada 2 sinki so tak bergaduh sorang nak basuh tangan sorang nak gosok gigi basuh muka sambil tengok cermin.
Selain itu, ada jugak sauna di kawasan balkoni di samping bath tub yang moden.
Bagi bilik panorama pool villa, exclusive check in and check out adalah di Lighthouse Club.
Ini adalah evening cocktail di Captain Lounge untuk hari pertama. Boleh enjoy sambil tengok pemandangan.. Ini adalah di Lighthouse Club ye. Bangunan yang dekat gambar atas tu adalah Menara Utama.
Ini adalah masa breakfast di Roselle Coffee House. Sedap kan namanya. Terletak di Ground Floor di bahagian Menara Utama. View dekat luar adalah bilik di atas air dan kolam renang umum. Waktu breakfast memang crowded gila. Make sure pergi awal. Makanan ada di bahagian dalam dan luar.
Selain itu, ada juga UMI Japanese Restaurant, Coralz Bistro, Pool Bar, Captain Lounge dan Wave Dining.
Antara makanan yang boleh didapati di Roselle Coffee House. Banyak lagi sebenarnya tapi tak berkesempatan nak tangkap gambar especially buffet area.
Pelbagai air jus yang dihidangkan di sini. Boleh lah pilih mana yang suka. Nampak eksklusif sebab arrangement cantik.
Ini pula evening cocktail untuk hari kedua. Ada potongan buah, kek, kacang kuda, sandwich, croissant and burger. Rasa not bad dan untuk hilang kan lapar memang cukup. Yang penting, sangat privasi.
Ni adalah laut bersebelahan Menara Utama. Dekat sini ada hibiscus walk di mana ada kedai-kedai makan jadi boleh dapat kan makanan selain daripada restoran dalam hotel. Beroperasi dari pukul 10 pagi sehingga 10malam atau 11malam.
Pemandangan kolam umum. Yang terletak bersebelahan Roselle Coffee House.
Time ni breakfast di Wave Dining di Lighthouse Club. Cuba tengok, takda orang kan? Except staf mereka. Dekat sini setiap sorang akan pilih makanan utama masing-masing. Berkonsepkan Western secara ala carte ye. Kalau nak buffet di Roselle Coffee House. Untuk pakej ni ada 2 option sebenarnya untuk breakfast. 1 hari pilih di Roselle Coffee House dan 1 hari lagi di sini. Sebab nak gain experience kan. Akan dapat 1 basket of bread & pastry with preserve. Rasanya macam ada cereals and juices juga..
Keseluruhannya, best bila bercuti dekat sini. Environment yang cantik.. Bilik atas air-satu pengalaman yang best.. Paling penting, setiap bilik ada kolam sendiri. Lokasi pun tak jauh sangat dari Kuala Lumpur.
Video youtube: https://www.youtube.com/watch?v=KQZOId581Ko