Search This Blog

Monday 12 February 2018

Breakfast di Latest Recipe, Le Meridien Kuala Lumpur


Restoran Latest Recipe terletak di Tingkat 5 di bangunan hotel Le Meridien Kuala Lumpur. Bagi sarapan pagi saya difahamkan tiada online booking. Oleh itu, anda mungkin boleh terus sahaja walk-in. Seperti yang anda tahu, restoran Latest Recipe ini merupakan salah satu restoran di Kuala Lumpur yang mempunyai prestasi agak baik dan menyajikan makanan yang berkualiti.

Menariknya, terdapat kaunter makanan jepun seperti sushi dan udon. Anda boleh menambah lauk sampingan seperti tofu lembut, daun bawang, wakame, takuan dan umeboshi. Selain itu, anda boleh mendapatkan okonomiyaki yang telah siap dimasak.


Terdapat bahagian bubur iaitu bubur biasa dan bubur ikan salmon. Lauk sampingan seperti telur masin, telur dadar yang dipotong dadu, ikan bilis, kulit ikan digoreng garing, bawang goreng, kicap masin dan bijan boleh ditambah mengikut kesukaan. Ayam dan daging panggang juga turut dihidangkan ketika sarapan selain daripada hashbrown, sosej ayam, sosej ayam panggang dan kacang panggang. Semestinya bahagian kaunter telur adalah kesukaan saya. Anda boleh memesan omelette, half-boiled egg, full-boiled egg, poached egg, sunny side egg dan scramble egg. 

Bagi makanan utama, terdapat nasi lemak, nasi goreng, ratatouille, tofu kukus, kentang goreng dan bihun goreng. Terdapat juga makanan bersup, pelbagai jenis dimsum siew mai dan pau. Yang menariknya, bahagian pastri menyajikan pelbagai jenis pastri seperti donut, almond croissant, cheese croissant, danish dan muffin



Untuk bahagian roti pula, ada pilihan mentega, jem strawberi, kaya, madu, jem marmalade, jem epal, coklat nutella dan kacang. Terdapat biskut kering di dalam pek dan buahan kering seperti aprikot, nenas, mangga, kismis dan beberapa pilihan keju seperti terroir, goat cheese dan yellow cheddar.

Nanchos boleh dimakan dengan cheese dipping, feta-cheese dan guacamole yang dibuat daripada alpukat (avocado), tomato dan jus lemon.


Buahan-buahan segar yang telah dipotong seperti nenas, strawberi, tembikai, betik, oren, tembikai susu, melon dan epal. Kopi herba, jus lemon, jus kiwi, jus jambu batu, air tebu, kopi butterscotch, jus raspberi dan beberapa jenis yogurt turut dihidangkan. Selain itu, aiskrim vanila dan raspberi dan crepe juga boleh didapati di situ. 

 Fruit station di Latest Recipe Le Meridien KL  

Kuih-kuih tradisional seperti kuih ketayap, bubur dan meringue serta kekacang dan manisan gula-gula yang berwarna dan marshmallow boleh dijadikan kudapan sampingan. Akhir sekali, jangan lupa untuk meminta cappucino, latte, black coffee atau air panas untuk teh daripada staf hotel dan mereka akan menyediakannya untuk anda. 


  

   

Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...