Le Meridien Kuala Lumpur dah pernah pergi dua kali. Why not try Le Meridien Putrajaya pulak kan? Alamat Le Meridien Putrajaya adalah Lebuh IRC, IOI Resort City, Sepang, Putrajaya . Le Meridien Putrajaya terletak bersebelahan IOI City Mall Putrajaya. Betul-betul sebelah je. Memang senang je nak pergi. Check in pada pukul 3.00 petang dan check out pada pukul 12 tengahari.
Lobi hotel yang tampak minimal tapi eksklusif dan luas
Ni adalah interior dalam bilik. Le Meridien Club with club lounge access (tingkat 20). Bilik memang luas. 1 night dalam RM700++
Pemandangan di luar bilik. Boleh nampak jalan raya dan IOI City Mall Putrajaya
Hotel gift (fruits, choc biscuits and wishing card). Le Meridien Putrajaya ni first time pulak dapat wishing card dan buah.
Club lounge (tingkat 20). Nampak eksklusif dan privasi. Seat sangat mencukupi sebab tak banyak orang. Kalau bukan peak hour, rare lah nak jumpa orang.
Beberapa pilihan untuk afternoon tea. Tak banyak pun tapi mencukupi. Ada raisin scone, fruits, sandwich, drinks (plain water, carbonated drink, juice, coffee, tea) and pastries. Banyak jugak kitaorang amik sandwich sebab lapar sangat.
Kolam renang dan gimnasium terletak di tingkat 3. Takde orang pun sebenarnya.
Pilihan makanan semasa dinner di Club Lounge. Memang puas hati dan seronok sangat-sangat. Waktu dinner ni baru lah nampak ada orang dekat situ. Tapi still rasa eksklusif dan privasi juga. Pilihan lebih dari mencukupi walaupun tak sebanyak dinner buffet di restoran di Le Meridien yang lain. Macam-macam ada seperti sushi, potongan buah, manisan, keju, roti, cucur, kimchi, salad, aiskrim dan masakan cina seperti dim sum.
Esoknya, breakfast di restoran Latest Recipe. Waktu ni memang hampir penuh ruang restoran ni sebab ramai orang. Yang pastinya, pilihan makanan yang pelbagai dan banyak. Rambang mata nak makan apa sebab ada beberapa pilihan cuisine.
Macam biasa, lepas dah breakfast di Latest Recipe dan rehat sebentar. Pergi balik ke Club Lounge untuk berehat dan nak tengok makanan apa yang ada. Walaupun tak banyak seperti di Latest Recipe, pilihannya mencukupi dan memenuhi ciri-ciri makanan yang wajib ada. Waktu breakfast ramai juga dekat Club Lounge ni.
Lepas dah makan, boleh rehat-rehat lagi. Kerusi memang banyak yang kosong. Nak duduk dekat sini pun boleh.
Untuk makluman, bilik yang menempatkan makanan-makanan ni hanya dibuka pada waktu dinner dan breakfast je. So waktu afternoon tea tu, bilik ni tak dibuka. Tu lah sebabnya pilihan makanan masa afternoon tea tak banyak .
Kesimpulannya, bilik jenis ni sangat berbaloi. Bilik yang luas dan cantik, dapat gift dari pihak hotel, dan ada access ke Club Lounge (free afternoon tea, dinner and breakfast). Jangan lupa ye daftar SPG Privilage member ye.
Video youtube: https://www.youtube.com/watch?v=qKZGfqDr7SA