Post kali ini adalah untuk berkongsi review berkaitan makanan (more to dessert) yang boleh didapati di Bandung, Indonesia. Bandung dessert ni memang popular dalam kalangan penduduk Indonesia dan juga Malaysia yang ke sana. Sesuai dijadikan sebagai ole-ole untuk diberikan kepada kawan dan keluarga apabila melancong ke Bandung. Sesuatu yang dinanti-nantikan oleh mereka sebenarnya. Sebab bila sebut je Bandung, confirm mesti terbayang dessert-dessert ni. Buat yang tidak berpeluang ke sana dan teringin nak makan, banyak dan senang je nak cari orang yang jual dessert ni di Instagram. Search je nama-nama dessert yang akan saya nyatakan nanti melalui hashtag. Terus jumpa instagram mereka. Kebanyakannya pergi ke Bandung sebulan sekali sekurang-kurangnya. Harga sememangnya agak mahal daripada harga yang dijual di sana tapi tu lah sumber pendapatan dan keuntungan mereka. Anggap lah sebagai upah sebab mereka dah tolong belikan.
Harga yang saya nyatakan adalah general. Kalau pandai cari mungkin boleh dapat harga yang lebih murah untuk certain dessert berbanding penjual yang lain. Tapi ada juga penjual yang mungkin jual harga mahal certain dessert tapi certain dessert lain lebih murah. Ada juga yang harga certain dessert sama je pada semua penjual.
Kos penghantaran - COD @ POS. Harga ni tak masuk lagi dengan harga dessert. Boleh lah tanya penjual berapa penambahan yang perlu dibayar. Ada gak sesetengah penjual tak nak amik risiko untuk pos certain dessert sebab takut lambat sampai dan tak elok atau takut rosak sebab makanan kan.
Brownies Panggang Kartikasari (choc chip) - RM40.
Kartikasari ni memang brand yang sangat famous. So ni memang hot item. Brownies panggang ni ada beberapa pilihan iaitu choc chip, cheese, almond, mocha, raisin and trio. Trio ni ada 3 potong kek yang berlainan jenis. Kalau nak rasa lebih dari 1 jenis kek, boleh lah pilih trio. Kedut-kedut tu memang menarik.
Kartikasari ni ada macam-macam dessert yang dijual. Tapi selalu dekat instagram, mereka selalunya amik order untuk bagelen (cheese, almond, butter, mocha) - RM35 & almond cookies - RM35 & toast bread (choc, butter) - RM25, pisang bollen (choc cheese, cheese) - RM30, almond crispy cheese (choc, vanilla, greentea) - RM30/RM45, choc stick -RM25
Bagelen ni macam roti potong-potong nipis. Tekstur macam roti keras tu. Sedap sebab keras rangup. Sesuai dijadikan snack sebab dipack dalam bungkusan-bungkusan kecil. Rasa pun sedap.
Bolususu lembang (coklat) -RM30.
Ada 3 pilihan iaitu coklat, vanila dengan original. Ni sangat recommended sebab lembut. Biasanya saya suka letak dalam fridge. Bila makan tu sejuk dan lembut. Memang teringat-ingat lah. Cheese parut dekat atas tu menang extra point untuk kesedapan dan kepuasan.
Kunafe (tiramisu) - RM50.
Saya tak berapa suka. Tak pasti la sebab tiramisu tak sedap ke atau saya tak suka. Rasa mcm ada kelapa part yang hitam-hitam dekat atas tu. Rasa macam pahit-pahit pun ada. Mungkin kelapa tu terhangit atau maybe rasa pahit kopi atau perasaan je. Tapi ramai yang suka kunafe ni sebenarnya sebab lembut. Dan kunafe ni memang kebanyakan penjual akan open untuk COD atau self pick up je sebab lembut dan mudah hancur. Takut tak de rupa kunafe hahaha.
Ada beberapa pilihan seperti choc, nutella, greentea, cheese, blueberry cheese, durian, choco cheese.
Kue balok (RM25)
Ada 10 biji. Kue balok ni hmmm. Rasa dia mcm twiggies Gardenia tu je sebenarnya. Nak kata terlalu lembut pun tak. Twiggies Gardenia lagi lembut dan berongga sebenarnya. Ni macam padat sikit. Kalau panas-panas mungkin sedap la kot. Lelehan coklat nampak menarik tapi bila makan rasa biasa-biasa je.
Dessert yang orang biasa orang beli jugak adalah bandung makuta by bella cynthia.
Harga RM45. Ada pilihan seperti choc, blueberry, cheese, extra cheese, greentea cheese, lemon, caramel, chococheese.
Inti memang tiptop memang sedap. Tapi kulit pastry agak kering sikit kalau letak dalam fridge. Tapi should try. Sekarang ni ada little makuta yang berharga RM24 (3 biji) dan RM42 (6 biji). Ni mix of strawberry, choc and cheese.