Search This Blog

Friday, 9 February 2018

Staycation di Le Meridien Kuala Lumpur Memang Terbaik

Hotel Le Meridien Kuala Lumpur terletak di Kuala Lumpur Sentral yang berdekatan dengan beberapa hotel yang lain seperti Hilton Kuala Lumpur, St Regis, Aloft dan sebagainya. Le Meridien adalah hotel yang sangat strategik kerana berdekatan dengan stesen pengangkutan awam keretapi seperti KTM, Monorail, KLIA Ekspres dan Transit dan LRT. Pusat membeli - belah seperti NU Sentral juga agak berdekatan dengan hotel ini dan boleh sahaja berjalan kaki ke sana. Terdapat laluan ke KL Sentral melalui P1 dari Le Meridien. Manakala L adalah lobi hotel.

Di Le Meridien terdapat beberapa jenis bilik yang anda boleh pilih iaitu superior room, deluxe room, premier room, Le Meridien club room, Le Meridien suite room dan presidential suite. Ada bilik yang boleh memuatkan 2 orang dan ada juga bilik yang boleh memuatkan 3 orang. 

Saya pilih deluxe room untuk pakej berkeluarga. Oleh itu, dapat dua bilik yang berasingan namun dapat dihubungkan dengan pintu interconnecting. Satu bilik terdiri daripada 1 king bed dan satu bilik lagi terdiri daripada 2 single bed. Terletak di Tingkat 27 daripada 35 tingkat secara keseluruhan. Tingkat 33 adalah Le Meridien Club Lounge. Check in pada pukul 3.00 petang dan check out pada pukul 12.00 tengahari. Namun, saya dapat check out lewat iaitu pada pukul 5.00 petang secara percuma kerana merupakan ahli SPG. Anda boleh sahaja mendaftar diri sebagai ahli SPG secara percuma. Pelbagai keistimewaan dapat dinikmati oleh ahli SPG.

Deluxe room di Le Meridien Kuala Lumpur
 Deluxe room (2 single bed)

  
Tandas, sinki dan bilik mandi.

Sofa dan meja kecil

Terdapat juga pengawal suhu aircond, lampu-lampu dalam bilik dan alarm yang diletakkan di atas meja yang diletak di tepi katil. Kiranya amat memudahkan kerana tidak perlu bergerak untuk mengubah suhu jika sejuk. Sofa dan meja kecil boleh digunakan untuk melihat suasana di luar  cermin terutamanya ketika waktu malam sambil minum air kopi atau teh panas. Selain itu, meja untuk bekerja yang agak selesa juga disediakan di mana anda boleh bercuti sambil membuat kerja. Bilik mandi agak selesa walaupun tiada bathtub. Rasanya anda boleh sahaja request bathtub tetapi caj tambahan akan dikenakan. Yang bestnya, air mengalir dengan kuat dan tuala kecil dan besar disediakan. Seperti hotel-hotel yang lain, seterika, bathrobe, pemanas air dan lampu suluh disediakan. Untuk pilihan minuman, terdapat kopi dan beberapa jenis teh berjenama Harney and Sons iaitu earl grey dan english breakfast, teh hijau dan air mineral berjenama Spritzer sebanyak 4 botol bagi satu bilik disediakan. Terdapat juga minibar yang boleh dipilih dan berbayar seperti Pepsi, Pepsi Light, sparkling water, air evian, jus oren dan epal. Bagi pilihan makanan di mini bar pula adalah potato chip, kit kat, coklat snickers, kacang dalam pek dan snek nanchos. Sebagai contoh, coklat snickers berharga RM14.00. Peti penyimpanan barangan berharga diletakkan berhampiran dengan meja belajar. 

Pantry in Deluxe room Le Meridien KL
 Ruangan mini pantri

Anda boleh membuat pesanan makanan di bilik sekiranya lapar dan berminat. Pelbagai pilihan menu disediakan mengikut masa bagi sarapan iaitu dari 6 pagi sehingga 11 pagi, makan tengahari dan malam dari pukul 11 pagi sehingga  1 1 malam. Antara menu yang disediakan adalah tuna gremolata, udang dalam kari thai, kambing kofta korma, salad gourmet, sup ekor lembu, salmon panggang, ayam tikka, palak paneer dan kek keju butterscotch. 

Pemandangan di luar bilik juga sangat indah. Anda boleh melihat jalan raya utama dan bangunan-bangunan tinggi. Bilik saya berhadapan dengan KL Sentral dan NU Sentral. Dari tingkap anda boleh melihat Aloft dan St Regis terletak di sebelah bangunan Le Meridien. 

Suasana ketika senja (di tingkat 27) 

Suasana di luar tingkap bilik

Anda juga boleh menikmati kemudahan gimnasium dan kolam renang di tingkat 8. Gimnasium dan spa terletak di pintu masuk Hilton. Kolam renang untuk Le Meridien dan Hilton adalah bersebelahan  dan bebas digunakan. Walaupun anda menetap di Le Meridien, tapi anda juga boleh menggunakan kemudahan kolam renang Hilton. Laluan Le Meridien dan Hilton dihubungkan dengan laluan pendek yang seolah-olah seperti di dalam gua. Semasa anda berjalan di situ, anda boleh melihat kawasan kolam renang dengan bunyi air terjun dan restoran jepun. 

Untuk makanan pula, terdapat pilihan restoran Prime, Favola, Latest Recipe dan Gastro Sentral. Favola menyediakan makanan Itali manakala keistimewaan Prime adalah berfokus pada stek. Jika anda berminat untuk makan secara bufet pula, Latest Recipe adalah pilihan yang sesuai. Anda boleh melihat promosi terkini di laman web:

1. http://invol.co/cljzk (trivago) 



Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...