Search This Blog

Thursday, 11 July 2019

Staycation di Seri Pacific Kuala Lumpur

Saya check in Hotel Seri Pacific KL sebab nak settlekan few things there. Hotel ni very affordable compare to the others nearby hotel. Rate dia memang terbaik lah. Tak pelik kenapa hotel ni sentiasa ramai pelanggan sebab dikenali dengan hotel yang bertaraf 5 bintang tapi harga mampu sewa. 

Lokasi pun memang strategik kerana bersebelahan dengan shopping mall Sunway Putra dan berdekatan dengan public transport (LRT dan KTM) dan PWTC. Boleh je jalan kaki. Laluan ke hotel, public transport dan mall pula berbumbung. Takpayah risau soal panas, hujan dan buatkan kita rasa lebih selamat.     

entry and exit

 

 

 LRT PWTC stesen

Saya booked hotel ni melalui Agoda. Biasanya, check in hotel di Kuala Lumpur adalah pada pukul 3.00 petang kan? Tapi, saya dapati confirmation booking pada Agoda menyatakan check in adalah pukul 2.00 petang. Dah lah dapat good rate lepas tu dapat masuk pukul 2 pulak tu. Saya memang happy. Urusan check in sangat mudah dan cepat sebab tak ramai orang. Hotel ni tak minta deposit ye.

Dapat tingkat 17 daripada keseluruhan 30 tingkat (Superior Room Twin Bed). Saya stay selama 3 hari 2 malam dekat sini. Harga RM410 untuk 2 orang and with breakfast.     

superior room twin bed
 Ni adalah twin bed. Bilik tak terlalu luas tapi mencukupi.
 
Working area

working area

 superior room twin bed
 Ruangan kerja yang selesa. Saya percaya ramai pelanggan hotel ni kebanyakan ada urusan kerja di sini/Kuala Lumpur. Ruangan ni sangat berguna. Ada sofa coklat dan meja kopi kecil untuk relaks-relaks. 

Pemandangan KLCC dan Menara Kuala Lumpur
Pemandangan di sebalik sofa. Boleh nampak KLCC dan Menara KL. Dekat bawah tu parit saluran air. Nampak macam ada beranda kan untuk ambik angin luar? Tapi sebenarnya tak boleh keluar pun. Hiasan aje.

Superior room twin bed
Keseluruhan ruangan kerja, katil, sofa, meja kopi dan tingkap.
 fridge & beverage making facilities
 Sebenarnya di sebelah kanan dan kiri sofa ada almari yang tertutup. Satu belah ditempatkan fridge dan water heater. Manakala satu belah lagi ditempatkan iron dan boardnya. Konsep macam ni sangat menjimatkan ruang. 


Sinki dan amenities yang disediakan di bahagian bawah sinki dan di bahagian shower. Bathtub pun ada tapi asing dengan shower.

water bottle
Water bottle. Sebenarnya takde botol air dan tuala hanya ada 1 sahaja bila mula-mula masuk bilik. Terpikir jugak hotel ni sepatutnya providekan atau tak. Sebab ada hotel yang tak providekan tapi jarang lah. Terus saya call untuk confirmation. Barulah botol dan tuala dihantar. Tapi takde lah saya marah. Pengajaran dekat sini, selesaikan dan tanya elok-elok.

Breakfast di Zende Restaurant
Lif ni boleh nampak orang tengah makan di Restoran Zende. Hehe

Laluan dari lif ke bilik. Nampak muram dan gelap je sebab pencahayaan tak cukup.

Ini adalah tangga dan escalator untuk ke lobi pendaftaran dan restoran. 

swimming pool
Kolam renang di tingkat 4. Kawasan kolam renang, gimnasium dan spa agak seram sedikit sebab sunyi bila malam.
restoran jepun di hotel seri pacific kuala lumpur
Restoran makanan Jepun yang terletak berdekatan kolam renang. Cantik dekorasi restorannya. Tapi agak sunyi dan tidak ramai orang. Mungkin sebab saya lalu pada waktu senja.  

Lampu-lampu yang menghiasi ruangan luar hotel. Cantik dan nampak meriah.

Breakfast di Restoran Zende
Breakfast pada hari pertama.
Makan breakfast di Zende Seri Pacific KL
Breakfast pada hari kedua.
Breakfast adalah di Zende Restaurant di tingkat 3 sama aras dengan lobi pendaftaran. Just inform no bilik.
Hari pertama breakfast, saya pergi makan pada pukul 6.50 pagi sebab ada urusan pada pukul 8.00 pagi. Bila sampai je restoran, masih tak ramai. Namun, ruangan tempat makan padat dan hampir penuh seawal 7.00 pagi. Saya terkejut sebab ramai betul orang makan walaupun masih awal. Mungkin masing-masing ada urusan di awal pagi. 

Pelik dan jarang lah benda ni berlaku pada saya. Kalau saya pergi hotel-hotel lain, biasanya orang tak pergi breakfast awal sangat atau seawal itu. 
Hari kedua breakfast saya masih pergi awal. Namun, pukul 7.00 pagi keadaan masih tenang dan tidak ramai orang. Nasib baik walaupun dah abis makan, ruangan tempat duduk tidak sepadat hari pertama. 


 
Antara makanan semasa breakfast. Pilihan not bad dan mencukupi. Dari segi rasa pun boleh tahan. Hari pertama makan nasi lemak, sambal dia agak masam maybe terlebih asam jawa. Tapi hari kedua, nasib baik okay dan sedap rasa sambal dia. Kena cuba roti canai dia sebab lembut. Bestnya, hari kedua tu ada lauk kambing. Memang gabungan yang terbaik. Buat post ni tetiba terliur dan terbayangkan pulak.
Keseluruhannya, servis hotel ni bagus. Mungkin tidak sehebat hotel 5 bintang yang lain yang melayan tetamu seperti VIP, tapi mencukupi. Harga hotel berpatutan. Hotel ni nampak macam agak lama di sebahagian tempat tapi bilik takpayah risau sebab semuanya nampak baru, moden dan yang paling penting selesa.   
      
Video youtube: https://www.youtube.com/watch?v=_8-RcoqeC7c








Tuesday, 9 July 2019

Review Makan di Ole-Ole Bali Sunway Pyramid

Harini saya nak share review makan di Ole-Ole Bali. Ole-Ole Bali ni merupakan restoran yang menyajikan makanan ala Bali, Indonesia yang juga antara favourite saya. Sebenarnya, sebahagian restoran ni iaitu di bahagian hadapan adalah masih baru dan menjadi lebih besar sedikit daripada dahulu kerana menggantikan kedai Crabtree & Evelyn.



Dekorasi menarik dan berkonsepkan Bali
First, kita lihat pada decoration restoran ni. Sangat cantik, romantik, nampak istimewa dan tradisional. Menjadikan kita seperti berada di Bali.


Menu Ole-Ole Bali Sunway Pyramid
Antara menu yang boleh didapati di sini. Menariknya, restoran ini turut menyajikan makanan Western. So, pelanggan ada banyak lah pilihan untuk makan apa.

Air pulut hitam Ole-Ole Bali Sunway Pyramid
Air dekat atas ni adalah air pulut hitam (RM12).
 Biasanya kita selalu makan bubur pulut hitam. Why not rasa air blended pulut hitam pulak, kan? Sebenarnya tak ada beza pun sebab still rasa pulut hitam, santan dan gula melaka.


Cucumber and Passion Fruit Mojito. Lemongrass Mojito
Sebelah kiri gambar: Cucumber & Passion Fruit Mojito (RM13)
Air ni sedap. Bila minum tu, dapatlah kunyah timun-timun yang crunchy and air ni ada rasa kick sikit sebab ada masam-masam jus nenas. Best feeling ever. Selain itu, ada juga sepotong kecil timun dan sebiji cili menjadikan minuman ni nampak unik.  
Sebelah kanan gambar: Lemongrass Mojito (RM13)
Minuman yang sedikit masam dan ada rasa soda, mint, lime and lemon grass. 
Dua-dua air ni very recommended.

Nasi Campur Ole-Ole Bali Sunway Pyramid
Ini adalah Nasi Campur (RM37). 
Ada nasi, udang, sotong dan ikan bakar, rendang ayam atau daging, sate lilit, lawar kacang (bean salad), rempeyek, kangkung goreng, sambal terasi dan sambel mateh.
Very recommended sebab sedap sangat. 
Sate lilit ni macam sate yang biasa kita makan tapi tak menggunakan lidi. Di sini atau di Bali, gunakan serai. So, ia lebih menarik dan wangi. Tapi rasa sate ni lebih istimewa sebab dapat rasa bahan campuran rempah pada sate.
Bean salad adalah campuran sayur goreng (kacang panjang yang dipotong pendek dan tempe). 
Makanan ni memang best bila dicampur semuanya.
Bali trio Ole-Ole Bali Sunway Pyramid
 Bali Trio (RM49)
Bali trio adalah campuran kepak ayam, sate lilit, sotong atau cumi-cumi goreng, bersama sambal matah, sambal terasi dan sos tartar. Ni pun very recommended tapi kena ingat ye Bali trio ni takde nasi.

Big Mouth Burger Ole-Ole Bali Sunway Pyramid (all in)
All-in Big Mouth Burger (RM35)
Patty daging agak tebal ye dan diseasoningkan dengan rempah-rempah. Dihidangkan bersama kentang goreng, salad dan tembikai. All in ni adalah tambahan keju, telur goreng dan cendawan pada burger. 

Makanan dekat Ole-Ole Bali ni memang best. Saya paling suka dengan air dan makanan yang saya dah mentionkan tadi. Biasanya memang order menu yang sama je.




Wednesday, 3 July 2019

Menu di Myeongdong Topokki Sunway Putra Mall

Salah satu outlet Myeongdong Topokki terletak di Tingkat 4 (L4) Sunway Putra Mall. Tempat yang sangat sesuai untuk yang craving makanan korea. Tapi saya take away. Jom kita tengok apa yang ada di Myeongdong Topokki ni.

Spicy Myeongdong Topokki
Spicy Myeongdong Topokki (original). Ada juga kimchi dan soy garlic. Boleh lah pilih mana yang suka. Sos topokki rasa cili yang sedikit bland, tapi sangat addictive sebab pedas. Ada rice cake, fish cake, sos dan setengah biji telur rebus. 2 pilihan sama ada regular atau large. Kalau large RM11.90 dan regular RM7.90  

Stir fry marinated beed rice atau bulgogi beeg deopbap
Stir Fry Marinated Beef Rice atau Bulgogi Beef Deopbap (RM18.90). Nasi putih dengan daging yang digoreng dengan kobis yang banyak. Rasa minyak bijan sebab orang-orang korea memang sinonim dengan penggunaan minyak bijan dalam masakan.

Dol sot beef bibimbap
Dol Sot Beef Bibimbap (RM20.90). Nasi putih, all sorts of sayur-sayur macam timun, lobak merah dancendawan serta daging goreng yang digoreng dengan minyak bijan serta telur goreng. Daging ni lebih hancur sedikit compare dengan beef rice punya daging. Comes with sos/sambal.Ada pilihan aya juga ye.

Ada juga makanan set yang lain seperti spicy stir fry chicken rice, fried chicken rice, cheese ramyun, rabokki (gabungan topokki dan ramyun), spicy tofu stew, soybean paste stew, chicken dumpling soup with rice, kimchi fried rice and black bean sauce noodle.

kimali glass noodle fried
Adds on: Kimali. Glass noodle yang dibalut dengan rumpai laut (seaweed) dan kemudiannya disalut dengan  tepung dan digoreng secara deep fry. Ni saya suka.. Recommended. Rasa dia simple but addicted. Rasa tepung yang boleh tahan sedap dan tekstur glass noodle yang sedikit kenyal. (Glass noodle ni macam suhun tapi lebih kenyal)

Ada juga fish cake, dumpling, kimchi, kimbap, fried squid, cheesy bulgogi fries and soy garlic/spicy/original fried chicken.

Keseluruhan makanan yang diorder dan dibungkus.

Makanan set akan diberi sayur (kacang panjang), kimchi, ikan bilis goreng dan sup. Ikan bilis tu rangup walaupun saiz besar dan ditabur dengan bijan. Sup tu rasa seaweed. Tapi portion bagi setiap side dishes tu tersangatlah sedikit. Oh lupa nak bagitau, take away bagi Myeondong Topokki ni akan dikenakan extra charges ye untuk pembungkusan. Jangan terkejut pulak nanti.


Sunday, 30 June 2019

Sedap ke The Chicken Rice Shop (CSR)

Lately ni memang saya teringin giler makan nasi ayam dekat The Chicken Rice Shop. Asyik erbayang je rasa nasi ayam dekat sini walaupun sekadar nasi ayam. Makanan yang senang untuk didapati dekat tempat lain atau boleh je buat sendiri.

Biasanya, senang kalau order makanan secara set mengikut bilangan pax. Saya pilih set B (2 pax) yang ada ayam bakar Oh-Semm (limited time only). Taktau ada sampai bila. Nasi tak dinafikan memang wangi dan sedap.  Boleh makan macam tu je tanpa lauk-lauk.

steamed chicken
Steamed Chicken. Saya memang suka ayam dimasak sebegini sebab rasa dia tersangatlah lembut dan tak berempah. Very minimal taste ala-ala masakan Cina. Btw, saya pilih bahagian thigh ye. Rasanya macam ada extra charges kot. Ada pilihan lain seperti roast and soy sauce chicken. 

 ayam bakar oh-semm
Ayam Bakar Oh-Semm (1/4 ekor). Ayam sedap dengan bahan-bahan marinate. Sos/sambal tu sedap tapi agak masin. 

fishball
Sup bebola ikan. Ada 6 biji bebola dengan sedikir sayuran hijau. 

Pak choy with oyster sauce The Chicken Rice Shop (CSR)
Pak Choy with Oyster Sauce. Kalau sos tiram diletakkan dengan lebih banyak lagi best. Pilihan lain adalah Spicy Savoury Ladies' Fingers. 

Nyonya Pai Tee
Nyonya Pai Tee. Ada 4 ketul. Sangat rangup dan sedap dimakan dengan sos merah tu.

The Chicken Rice Shop (CSR)
Overall makanan bagi set ni. Ada 2 mangkuk kecil sup, ginger paste dan cili.

Untuk set ni, ada 2 pilihan air sama ada Teh Lapis Oh-Semm atau Fizzy Asam Boi. Teh Lapis Oh-Semm rasa macam cendol-cendol sikit dan Fizzy Asam Boi pulak rasa soda. 


Saturday, 29 June 2019

Apa Beza Seoul Garden Buffet dan Hot Pot ?

Haritu pergi Seoul Garden Hot Pot sebab tak pernah lagi pergi. Selalunya pergi Seoul Garden yang serve secara buffet tu je. So saya order Indulge Set for 2 Person. Harga okay dalam RM60.40 termasuk 6% caj servis.
kimchi seafood at Seoul Garden Hot Pot
Kimchi Seafood.
Bila sampai je hotpot ni, terkejut sebab agak besar saiz dia. Tapi outer layer hotpot je yang besar, inner layer hotpot tu tak sebesar outer layer pun. Dalam tu ada cendawan enoki, udang, abalone, lala, sotong (tak ingat lah ada ke tak) dan sayur seperti timun dan kobis/kimchi. Tapi kobis memang banyak giler. Penat jugak nak abiskan sorang. End up, tak abiskan pun kobis tu. Sup kimchi dia sedap sebab panas-panas. 

Sunway Putra Mall KL
Chicken Bulgogi Bap.
Penuh dengan kepingan ayam dan sayur-sayuran seperti tauge, timun dan kimchi yang digoreng ringkas. Ada telur juga tapi cair lagi. Bawah tu ada nasi.

Keseluruhan makanan berat. Kimchi seafood tu dimakan dengan nasi putih dalam mangkuk kecil tu.

Deep fried mushroom
Deep fried Mushroom.
Cendawan enoki yang disalut dengan tepung dan digoreng menjadi tempura. Tepung dia rangup dan sedap. Best kalau dimakan dengan nasi sebab kalau makan banyak tanpa nasi nanti akan muak sebab agak berminyak. 


Seoul Garden Hot Pot
Spicy Drumettes = 3 pieces.
Ayam ni tak best sangat sebab saya tak berapa suka dengan sos salutan pada ayam tu.

Seoul Garden Hot Pot Sunway Putra
Citron Jelly
Ni memang terbaik. Paling sedap antara semua makanan huhu. Waktu jeli ni sampai atas meja, agak terkejut sebab portion banyak. Bayangkan sorang dapat 4 potong yang boleh tahan besar. Penat nak abiskan sebab dah makan main meal dan side dishes tadi. Nasib baik sedap. Very refreshing and quite sweet sebab guna citron. Bahagian bawah jeli boleh nampak hirisan citron. Kurma merah tu pun best sedap dia crunchy and dried.   

Iced Cinnamon Tea. Termasuk dalam set ni. Air ni sedap dan berpuas hati. Rasa macam minum air rebusan kayu manis yang  dekat spa tu. Overall, not bad. Sekurangnya dah penah rasa Seoul Garden Hot Pot ni.




Wednesday, 26 June 2019

Makan di Restoran Serai Empire Shopping Gallery

Restoran Serai terletak di Empire Shopping Gallery di Subang Jaya. Selain itu, ada juga di Paradigm Mall, Pavillion KL, Shafsbury Square Cyberjaya dan Jaya Shopping Centre PJ. Restoran ni memang full house masa weekend

Minted calamansi soda
  Minted Calamansi Soda (RM13.00)*. Very refreshing.. 

Orange Blast (RM13)*. Ada sikit rasa macam ubat demam budak-budak hehe. Tapi still acceptable.

Serai Empire Shopping Gallery
Serai Iced Tea (RM14)*.

nasi campur serai
Nasi Campur Serai (RM25)*. Ada rendang daging lembu, setengah biji telur masin, sedikit kelapa yang disangai, udang masak petai dan sehelai dua tempura kangkung/bayam. I'm not a fan of rendang so tak berapa best. Tapi udang dia sedap sebab ada petai.   

serai platter
Serai Platter (RM27)*. Ayam sedap, juicy dan lembut sebab bahagian thigh and drumstick.  

Serai Empire Shopping Gallery
Beef Tenderloin Noodle Soup (RM28)*. Sup sedap dan bertambah sedap bila makan dengan sambal kicap dia. Sup ni best sebab menyegarkan dan rasa yang ringan. Tapi isi daging tak berapa banyak.

pandan banana fritter
Pandan Banana Fritters (RM13). Pisang goreng (ada dalam 4-5 ketul), aiskrim vanilla, taburan kacang hancur dan caramel brown sugar/maple syrup. Pisang goreng best sebab tekstur tepung yang rapuh dan sedap. Recommended..

*Harga tidak termasuk SST dan caj perkhidmatan lagi ye.

Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...