Search This Blog

Tuesday, 2 April 2019

Rasai Spa 5 Bintang di Spa Village, Pangkor Laut Resort ! (Part 6)


After breakfast, dalam pukul 10 - 11 macam tu. Ada appointment untuk rawatan spa. Orang kata dah alang-alang ada dekat PLR ni, why not cuba spa dia. Entah bila lagi nak ke sini kan. Better after this pergi tempat lain pulak. Dengan niat nak mencuba sebab taktau bila lagi akan datang ke PLR, saja sebab nak gain experience spa PLR yang dapat pelbagai award dan bertaraf 5 star sambil-sambil nak merawat tubuh yang sengal-sengal ni huhu. 

Spa ni agak jauh jugak dari lobi. So naik van shuttle lah untuk ke sana.

5 star spa (Pangkor Laut Resort is one of the YTL properties)

Pintu masuk kawasan spa. Macam biasa lah bila dah masuk kawasan yang lebih eksklusif di PLR ni, kawasan pun lebih tenang dan sunyi sebab susah nak terserempak dengan orang lain.


Gambar bawah ni diambil dari butik spa. Sebelah kanan tu adalah kaunter spa dan tempat untuk duduk-duduk.

Pangkor Laut Resort (PLR) Lumut Perak
  
Kawasan untuk duduk yang luas tapi kerusi tak banyak. Tapi sebab tak ramai orang, memang cukup lah. Interior memang tiptop. Basically, sementara nak tunggu dipanggil untuk mulakan rawatan, duduk sini dahulu dan staf spa akan bagi secawan air sejuk dan tuala basah.



Disebabkan saya datang agak awal sedikit, so saya jalan-jalan dahulu di kawasan spa village ni sambil tangkap gambar. Kawasan yang sangat sangat sangat cantik dan kemas (tiada dedaun kering bersepah). Untuk makluman, kolam renang di Spa Village ni adalah privasi dan tertutup khas untuk guest Spa Villa dan Spa Village sahaja. Kolam renang umum terletak di sebelah Royal Beach Club.

Pangkor Laut Resort by YTL


Setelah beberapa minit, saya dipanggil oleh staf spa untuk memulakan rawatan. Saya dibawa ke bahagian ini untuk dicucikan/dibasuhkan kaki sebelum diberikan selipar PLR. Dekat sini juga kaki anda akan diketuk-ketuk (Chinese Foot Pounding) untuk pengaliran darah di bahagian kaki yang lebih baik. 

Chinese Foot Pounding


Anda akan dibawa ke female bath house for ritual bath. Setiap rawatan spa akan dimulakan dengan ritual bath yang terdiri daripada beberapa komponen yang akan dijelaskan. Ini sebenarnya merupakan salah satu keistimewaan dan simbolik Spa Village PLR.

Female Bath House

Disini anda dikehendaki untuk menukar pakaian kepada sepersalinan sehelai kain batik dari Spa Village. Barang-barang anda akan diletakkan di dalam laci kecil. Kunci laci tersebut akan diberikan dan dipinkan pada bahagian kain batik yang sedang dipakai supaya tidak hilang. 

Female Bath House

Tandas dan tempat mandi di female bath house. Sangat cantik, selesa dan unik.

Pangkor Laut Resort Lumut Perak

Ni adalah tempat permulaan perjalanan ritual bath. Anda akan diberikan satu keping duit syiling (rasanya 5 sen kalau tak silap) dan dikehendaki untuk membuat hajat dan selepas tu kena baling ke dalam perigi. Tapi bab buat hajat tu saya takde lah buat sebab tak percaya huhu. So baling je lah duit tu tanpa perasaan haahaha.

Spa ritual

Okay next anda dikehendaki berendam di sini untuk beberapa minit.  Nanti staf PLR akan panggil for next ritual. Air mengalir dari labu sayung (betul ke nama tu) dan bila kena kepala directly, memang best. Namanya traditional Malay 'circulating' bath.

Lepas tu, anda akan pakai selipar PLR dan naik seperti di dalam gambar untuk menghidu bau-bauan. Ada 4 bau-bauan herba yang berwap untuk dibau. Masing-masing mempunyai fungsi dan kebaikan tertentu.

traditional Malay 'circulating' bath

Seterusnya, anda akan dibawa ke Japanese style cleansing untuk membersihkan diri. Memang unik dan mengagumkan sebab sebijik macam mandian cara Jepun. Ada kerusi kecil untuk duduk, gayung untuk menadah air dan sabun2 PLR boleh digunakan dengan sebanyaknya untuk bersihkan diri.

Part paling best, lepas mandian tersebut, anda akan dibawa ke kolam Rotenburu yang panas untuk berendam selama beberapa minit. Kolam ni masih terletak di bahagian female bath house tapi open which you can see greenery trees dan dengar burung berkicauan. Saya tak suka sangat kolam ni sebab tak tahan panas. Take time juga nak merendamkan seluruh badan. Disini, staf spa akan bagi secawan air teh sejuk. Memang fresh sebab sejuk terutamanya bila tengah berendam air panas dan rasa menyihatkan sebab rasa pahit-pahit green tea

Rotenburu

Selepas itu, anda akan dibawa ke suatu tempat untuk melalui Shanghai Scrub. Seluruh proses ritual bath mengambil masa dalam 45 minit. Selepas sahaja diskrub, anda akan dibawa ke spa library untuk minum teh herba sebelum rawatan dimulakan. Namun, library tersebut terletak di luar bahagian female bath house. Therefore, make sure aurat semua ditutup sebaiknya. Anda akan diberi bath robe sebagai lapisan luar. Yang bagusnya, staf spa inform dan tanya kita perlukan tuala besar untuk tutup kepala atau tidak. Saya juga request pakai seluar untuk tutup bahagian kaki sebab kain batik agak pendek. 

Mula-mula macam tak dapat bayangkan spa library tu terletak dekat mana, tapi bila dah keluar dari female bath house, saya tarik nafas lega sebab request pakai seluar. Kalau tak, malu..

Rawatan di Spa Village ada macam-macam jenis dan rate. Saya pilih Romantic Escape (option yang ada pada katalog Spa Village yang ada dalam bilik). Price RM990 for couple. Romantic Escape adalah rawatan spa selama 2 jam yang merangkumi:

i. 30 minit skrub coklat. Memang semerbak bau coklat. Dibuat daripada serbuk koko dan brown sugar. Tapi macam tak kena sangat bau coklat bila buat spa ni. Saya prefer bau essential oil yang menenangkan. Coklat ni dalam minda saya untuk makan je hahaha. Bila skrub coklat disapu pada badan, serius sejuk. 
ii. 70 minit urutan. Untuk part ini saya suka sebab boleh memilih urutan aromaterapi strawberi atau rose. Tapi urutan ni dibuat dahulu dan selepas tu skrub coklat. So hilang lah bau aromaterapi. Urutan memang terbaik terutamanya bila bahagian yang sakit seperti pinggang dan urat belikat diurut. Part ini yang membuatkan saya sentiasa terbayangkan dan teringatkan Spa Village. Tapi saya mengalami kekejangan sedikit sebaik saja habis kesan daripada urutan. Tapi lepas sehari dah okay dan melegakan. Jujur bahagian sakit tersebut dah tak jadi masalah. 
iii. 20 minit mandian susu rose. After skrub coklat, anda dikehendaki membersihkan coklat pada tubuh dan kemudian berendam di kolam mini yang terdiri daripada susu panas dan kuntuman rose dan bunga chrysanthemum kuning yang banyak. Anda juga diberikan seteko teh panas ( really fall in love with the unique yet beautiful design of chinese teko and the small cups), 2 botol air mineral PLR, 4 biji strawberi dan 6 ketul coklat susu dan putih yang sedap dan juga sangat cantik. 

Keseluruhannya, saya sangat berpuas hati. Tapi pengalaman rawatan spa pasti berbeza mengikut individu. Terutamanya bila rawatan spa dilakukan oleh staf spa yang berbeza. Jujur saya suka spa di PLR sebab pengalaman proses ritual bath yang membuatkan saya impress, keindahan kawasan yang tenang dan cantik, layanan yang baik dan hasil yang positif selepas urutan membuatkan saya seronok tidak terhingga. Macam yang saya mention, sakit pinggang dan urat belikat terus baik selepas sehari urutan. A positive outcome. Namun, dalam masa sehari selepas urutan, betis saya agak sakit masa nak berjalan dan rasa macam nak cramp bila tidur. Maybe sebab urutan tu membetul-betulkan segala urat di kaki. Tapi lepas tu, okay dah..

Gambar di bilik urutan saya tak ambil sebab tak bawak phone. Tapi anda boleh lihat youtube Vivy Yusof for better reference - 'Relaxing Gateaway before baby S comes!' 
(Hi Vivy, I'm promoting your youtube video!)

Video youtube: https://www.youtube.com/watch?v=amI9MBskEa0

 

Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...