Search This Blog

Sunday, 21 April 2019

Massage Service at Thai Odyssey Setia City Mall

Thai Odyssey menawarkan pakej seperti Traditional Thai Massage, Thai Aromatherapy Massage, Thai Herbal Therapy, Traditional Foot Massage, Half Body Massage, Body Scrub, Ultimate Thai Odyssey, Hot Stone Massage dan Signature Massage.

Saya memilih Traditional Foot Massage untuk melegakan bahagian kaki. Rawatan dibuat tanpa membuat temu janji terlebih dahulu. Tapi nasib baik ada kekosongan slot. Disebabkan sebelum ini pernah mengunjungi dan mendapatkan rawatan di sini, dapat urutan kepala dan bahu secara percuma. Walaupun sekejap, tapi terasa jugak urutannya. Yang bestnya, diberi secara percuma kan. Harga urutan kaki adalah RM82.70 termasuk 6% SST untuk urutan selama 60 minit.

First, saya diberikan selipar dan dibawa ke satu bahagian untuk dicucikan dan dibersihkan kaki. 

foot massage

Seterusnya saya dibawa ke satu bilik yang menempatkan 4 buah kerusi untuk rawatan urutan kaki. Menariknya, bilik menggunakan pencahayaan yang sederhana. Namun, suasana bilik dari segi ketenangan perlu ditambah baik. Lagu yang dipasang tak rasa seperti berada di spa. 

Foot massage

Urutan kaki memang terbaik. Setiap bahagian yang sakit ditekan dan diurut dengan baik walaupun terasa kesakitannya. Semasa urutan, saya diberikan penutup mata untuk menjadikan saya lebih relaks.  

Selepas itu, barulah saya diurut pada bahagian kepala dan bahu. Agak agresif juga sebenarnya haha. Urutan menggunakan siku di bahagian bahu dan urat belikat. Memang sakit setiap kali tekan tapi sangat melegakan. Walaupun sekejap saja urutan di bahagian kepala dan bahu (percuma),berpeluang lah rasa badan anda dikawal oleh tukang urut dan digerakkan ke kiri dan kanan (taktau nak describe macam mana). 

Foot massage

Selepas sahaja urutan kaki selesai, saya diberi air rebusan pandan.

Foot massage


Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...