Search This Blog

Sunday, 7 April 2019

Lunch di Tepi Pantai Emerald Bay di Chapman's Bar, Pangkor Laut Resort (7)

Lunch di Chapman's Bar, Emerald Bay. Bila sampai, air laut Emerald Bay nampak lebih cantik dan jernih berbanding semalamnya. Lunch di sini ramai juga orang sama gak bila lunch dekat Royal Beach Club. Kerusi di bahagian luar yang berdekatan dengan pantai dan di bawah pokok hampir penuh (semua foreigner). Tapi nasib baik ada kosong jugak. Teringin nak makan di bahagian luar sebenarnya.

Jujur kata makan di Chapman's Bar ni tak memuaskan sangat pun. Option makanan kurang dan rasa biasa je. Harapkan makan di tepi pantai je lah point dia. Tapi takpe lah, pengalaman kan.

Ni ada section untuk ABC. Minta je dekat chef, nanti dia buatkan. Tapi chef pun ada berapa orang je. Okay lah kot, section makanan pun takbanyak.      


Pilihan kuih muih atau dessert. Memang nampak hambar dan tidak menarik hahaha. Kecewa.. Rasa pun tak tiptop. Ada almond frangipani, lemon cake, honeydew pudding, pandan cup cake and apple tart.


Pilihan sayuran salad dia. Ada green coral lettuce, romaine lettuce, tomatoes and few types lagi. Sos dia macam tak berapa menarik. Sos oil-based je ada. Takde mayo, thousand island and etc.


Pilihan buah-buahan yang ada beberapa jenis sahaja. Okaylah daripada takde.


Kawasan Chapman's Bar. Makanan-makanan yang saya mention diatas semua yang ada di bahagian berbumbung. Di bahagian tidak berbumbung/luar, ada ABC, grilled seafood, lamb, satay and fish, mee goreng and fish curry.  

Pangkor Laut Resort (PLR) Lumut Perak

Grilled seafood (mussel, prawn, squid), lamb and satay. Bila anda order, chef baru grillkan. Memang fresh dan dapat makan panas-panas. Tapi its take some time to be done. Nak order lagi lepas abis pun serba salah sebab amik masa. Sotong agak masin. Lamb sedap and juicy yet oily sebab banyak lemak


Satay served with peanut sauce, nasi impit, cucumber, onion and pineapple. Tender and such a perfect seasoning.


Grilled seafood and lamb. Berlatangbelakangkan pemandangan laut Emerald Bay.


ABC banyak ais dan bahan dia. Tapi rasa agak tawar. Kurang gula merah. 


Keseluruhannya, lunch di Chapman's Bar agak mengecewakan. Cumanya, dapat tangkap gambar makanan yang berlatarbelakangkan lautan yang cantik. Tu je. Untuk makluman, lunch disini berharga RM150/orang. Nasib baik include dalam pakej residen. So, tak terkilan sangat rasanya. Apapun sesuatu pengalaman yang baru untuk dirasai.   

Pangkor Laut Resort by YTL

Video youtube: https://www.youtube.com/watch?v=amI9MBskEa0


Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...