Search This Blog

Monday, 5 February 2018

Review Makanan Thai di Thai Thai Sunway Pyramid

Antara salah satu cawangan restoran Thai Thai adalah terletak di aras G iaitu di Sunway Pyramid Mall Subang Jaya. Sambutan pelanggan di restoran ini sangat meriah dan memang ramai lebih lebih lagi pada hujung minggu. Bilangan pekerja mencukupi dan peka jika pelanggan memanggil mereka untuk membuat pesanan. 

Iced Blended Lychee Mint Thai Thai Sunway Pyramid

Minuman diatas adalah Iced Blended Lychee Mint. Rasanya agak manis sebab ada buah laici di dalamnya. Laici dan pudina tersebut dikisar sehingga halus jadi tak ada rasa serat.  Harga RM14.15 (tanpa 6% gst dan  dan 10% caj servis)

Tom Yam Soup with Seafood Thai Thai Sunway Pyramid

Tom Yam Soup With Seafood bersaiz 1 mangkuk berharga RM18.87 (tanpa 6% gst dan 10% caj servis). Bahan yang ada dalam tomyam adalah sotong, udang, hirisan ikan  dan cendawan. Tomyami in agak pekat dan memang sedap. Ada beberapa lagi pilihan tomyam seperti tomyam cendawan dan ayam. Setiap jenis tomyam terbahagi kepada 3 harga iaitu harga untuk 1 mangkuk, firepot untuk 2 orang dan firepot untuk 4 orang

Phad Thai Noodles di Thai Thai Sunway Pyramid

Phad Thai Noodles (udang) berharga RM20.76 (tanpa 6% gst dan 10% caj servis). Rasanya agak masin. Kacang, serbuk cili kasar, taugeh, limau dan telur juga diletakkan. Anda boleh gaul semua bahan tersebut sebelum makan. Harganya agak mahal sebab hanya ada 3 ekor udang sahaja.

Pineapple Fried Rice Thai Thai Sunway Pyramid

Signature Pineapple Fried Rice berharga RM23.58 (tanpa 6% gst dan 10% caj servis). Uniknya hidangan ini adalah nasi goreng dihidangkan dengan menggunakan buah nenas. Terdapat udang dan nenas di dalam nasi goreng tersebut. Namun rasanya tidak terlalu istimewa. 

Stir fry spaghetti with seafood di Thai Thai

Hidangan diatas adalah stir-fried spaghetti with seafood berharga RM20.75 (tanpa 6% gst dan 10% caj servis). Dihidangkan dengan limau dan setengah biji telur rebus. Sayuran agak banyak dan hidangan ini rasanya biasa saja.

Iced Water Chetnuts Di Thai Thai Sunway Pyramid

Yang terakhir, adalah Iced Water Chestnuts berharga RM11.32 ( tanpa 6% gst dan 10% caj servis) untuk semangkuk kecil. Rasanya tidak terlalu manis dan isinya agak banyak.

Secara kesimpulannya, banyak lagi pilihan makanan yang dijual di Restoran Thai Thai ini yang merupakan simbolik makanan Thailand yang anda boleh cuba. Nama makanan pada menu mungkin jarang didengari bagi sesetengah orang dan mungkin susah untuk disebut atau dibaca. Namun anda tidak perlu risau kerana ada disertakan ilustrasi makanan dan juga deskripsi bahan makanan pada setiap nama makanan. 






Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...