Search This Blog

Thursday, 12 September 2019

Stay di Kinabalu Pines Resort, Kundasang, Sabah

Penerbangan saya ke Kota Kinabalu Airport dengan menaiki MAS. Settle je uruskan kereta sewa, terus ke Kundasang, Sabah.



Dalam perjalanan untuk ke Kundasang, saya singgah ke KAMPUNG SALUT, JALAN SULAMAN untuk mencuba lokan bakar dan jeli kelapa. Very recommended untuk dicuba. Ada beberapa pilihan kedai dekat kawasan situ, boleh pilih lah kedai yang mana-mana berkenan. Ada kedai-kedai yang tak ada nama kedai pun. Saya berhenti je dekat kedai yang senang nak parking

Lokan bakar ni kira per longgok dan berbeza mengikut saiz. Basically, lokan akan dilonggokkan di atas meja di bahagian luar. Pilih nak saiz macam mana dan nak longgokan yang mana. Nanti, mereka akan bakarkan. Dekat kedai yang saya pergi ni, Alhamdullillah rasa sambal/sos sangat sedap. Memang terbaik. Tapi saiz lokan kecil dan mengecut sebab dah bakar/masak. Jeli kelapa pun memang terbaik. Rasanya yang sangat menyegarkan dan yang penting, tekstur jeli tak terlalu lembut dan tak terlalu keras.



 
Lepas je berhenti di Kampung Salut, saya meneruskan perjalanan ke Kundasang namun berhenti sebentar di PEKAN NABALU. Dekat sini ada jual keychain/fridge magnet. Boleh tahan berpatutan. Nak beli baju ke.. nenas ke.. manis nenasnya. Cuma tak dapat beli banyak sebab risau perut meragam. Beli sekadar nak rasa je, Susah nak berhenti sebab tak ada tandas umum. Luckily, ada lah kawasan-kawasan tertentu yang menyediakan tandas berbayar. Okay je. Cuma risau takde tandas bila diperlukan. Kalau takde halangan, boleh lah bawak laju. Tapi kalau kenderaan berat, memang struggle lah bila nak laju. Jalan agak lebar juga dan paling penting, tak berliku sangat pun.
 
KINABALU PINES RESORT untuk urusan check in. Urusan check in cepat dan mudah sebab tak ramai orang. Parking dekat sini agak susah sedikit sebenarnya. Agak limited sebab kawasan parking tak luas mana especially kalau banyak kereta. Saya tak pasti sama ada boleh parking atau tak di bawah beranda.   

Bilik yang saya booked adalah Superior Deluxe. Bilik yang agak basic tapi sangat mencukupi.  Ada katil, kerusi duduk, televisyen, pemanas air, almari baju dan tandas/bilik air. Paling penting, ada beranda untuk duduk-duduk relaks sambil menikmati pemandangan gunung dan minum teh/kopi panas. Dua bilik ada berkongsi satu beranda. Masing-masing ada kerusi duduk sendiri. Tapi sebab saya booked  dua bilik, so boleh enjoy duduk di kawasan beranda tanpa diganggu orang luar.  




Pemandangan memang terbaik dan sangat cantik subhanallah. Bersyukur sebab dapat tengok keindahan alam semulajadi yang masih belum tercemar. Cuaca pun terasa dingin. Kalau dapat mendaki gunung Kinabalu lagi best. Tapi pemandangan dari bilik saya terhalang dengan wayar dan tiang elektrik tapi okay je.



Saya ambil pakej penginapan bilik sekali dengan sarapan pagi dan makan malam sebab malas nak cari makanan di luar. Walaupun saya order untuk 4 orang makan bagi makan malam, tapi saiz hidangan agak banyak untuk 4 orang. Ada nasi putih, lauk sayur, lauk ayam, lauk sotong dan sup. Dekat sini pun ada steambot. Bila cuaca sejuk-sejuk ni, dapat makan steambot yang panas-panas memang satu nikmat yang besar.




Esoknya, tangkap gambar dulu sebelum pergi breakfast. Style breakfast dekat sini adalah ala carte


Lepas je breakfast, saya terus ke DESA DAIRY FARM KUNDASANG yang dikatakan seperti New Zealand. Before masuk, kena bayar entry fees ye. Tangkap gambar tu benda wajib. Dekat sini boleh tengok proses memerah susu dan boleh juga bagi lembu makan tapi ada jadualnya. Jangan lupa untuk beli aiskrim gelato, dadih dan susu segar. Aiskrim sedap tapi sejuk sampai brain freeze bila makan laju-laju. Susu sedap tapi rasanya tak familiar sebab dah biasa minum susu Dutch Lady dan Marigold seumur hidup. Tak ada rasa creamy. Susu ada perisa kopi jugak ye. Peminat kopi boleh lah cuba susu tu.
 






Saya ke PORING HOT SPRING di Ranau. Ada kolam rendam kaki yang general, memang ramai duduk dekat situ. Nak lebih privasi ada private area. Bila jalan-jalan di kawasan sini, memang terasa bahang panasnya air dan wap. 


Seterusnya, ke SUNGAI MOROLI FISH SPA. Dekat sini, anda akan dapat no giliran dan perlu tunggu dibawah khemah sehingga no giliran dipanggil. Rendam lah kaki di sungai sampai masa untuk no giliran kita dipanggil. Ikan besar-besar takut tengok. Takut jugak nak serahkan kaki ni hahaha. Tapi yang rakus menggigit kaki sebenarnya ikan-ikan yang saiz kecil. Dekat sini, ada jual makanan bergoreng sebelum ke khemah menunggu. Jangan lupa beli pulut panggang/bakar dekat sini ye. Saiz besar/panjang tapi murah dan sedap. Rasa rugi sebab beli sikit. 


LADANG TEH SABAH TEA pun destinasi yang biasa orang pergi. Saya pergi tapi rasanya biasa-biasa je. More untuk tangkap gambar. Harga daun teh tak terlalu murah pun. 

Saya terus ke KINABALU NATIONAL PARK. Tempat ni adalah permulaan pendakian ke Gunung Kinabalu. Tapi boleh je lalu dengan kereta. Sebab permulaan pendakian adalah dekat kawasan yang agak dalam. Jalan yang agak kecil, sunyi dan lembap (mossy). Saya berhenti di monumen peringatan mangsa gempa bumi. Kawasan ni agak mossy dan sangat berkabus dan berangin. Gambar dekat bawah adalah permulaan kepada pendakian. Nak parking dekat kawasan ni susah sikit, sangat limited dan penuh. So, saya lalu je.   


On the way balik ke hotel, saya singgah ke PASAR KUNDASANG. Dekat sini ada sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar, yang dah potong pun ada. Ada banyak gerai dekat situ. Jual bahan yang hampir sama. Harganya pun lebih kurang je. Dekat sini, jangan lupa beli tuhau ye. 



Lagi satu, dekat area roundabout berdekatan dengan pasar, ada jugak jual kepak ayam madu bakar. Kena try sebab sos kicap dia sedap dan pedas. Lupa nak tangkap gambar.   



Best tak Hard Rock Hotel Penang (3) - Bilik Lagoon Deluxe

Second day breakfast at Starz Diner. Second day, ada nasi lemak, quiche, cold cut hashbrown, juices, pasta salad, canned fruit, fresh fruit dan lain-lain.








 

Swimming for last time before nak berkemas pula. Check out at 12pm. Waktu siang boleh dengar lagu kuat jugak lah. Tapi waktu malam lagu tak dengar pun. Tapi boleh dengar lagu bila masukkan kepala dalam air kolam sebab ada underwater music zone. Underwater music zone available 24 hours. Satu keistimewaan juga.
  

Lagoon Deluxe

After check out, singgah Hard Rock Shop untuk beli fridge magnet.  
Hard Rock Shop



Singgah JERUK MALU PAK ALI di Seberang Jaya. Ada pelbagai jeruk yang popular dan menjadi pilihan pelanggan seperti betik, mangga, pala, ceri dan campuran. Nak bagi untuk orang lain boleh lah beli paket besar ikut 500g atau 3 paket kecik yang berharga RM10. Produk - produk tempatan seperti sambal, keropok kaduk goreng, kuah rojak, gula-gula pala, asam dan banyak lagi produk lain boleh didapati di sini.





   



Tuesday, 10 September 2019

Lagoon Deluxe Hard Rock Hotel Penang (2)

Breakfast esoknya di Starz Diner, kawasan meja makan terbahagi kepada dua bahagian. Meja makan yang simple tapi nampak moden.

 
Breakfast at Starz Diner


Ada pilihan waffle pancake, bubur, bebola, salad, yogurt ice cream, overnight oat, sandwich, mee or kuewtiau soup, cheese, smoked fish, stuffed potato, egg station, fruit juice, canned fruit, jeruk, choc and plain milk, fresh fruit, tea and coffee, cereals and many more.




















Ikutkan nak pergi ke Bukit Bendera tapi macam tak berapa rajin pula. Walaupun weekdays dan mungkin weekdays di Bukit Bendera tidak sehectic weekends, but still saya prefer pergi awal-awal pagi. 
 
So, just jalan-jalan tempat lain kejap. Banyak sebenarnya tempat yang best-best di Penang tapi nak tak nak je pergi. Pergi Balik Pulau dari hotel sebab nak cari durian tapi tak berhenti pun sebab loya dan pening dengan laluan yang agak berliku-liku. Lagipun saya baru je lepas breakfast. Makanan pun tak hadam lagi pastu lalu pulak jalan pusing-pusing. Memang muntah sikit lah. End up tak berhenti pun makan durian hahaha. Saya ada baca orang review tempat yang best untuk cari durian adalah di Balik Pulau. Sepanjang perjalanan melalui jalan yang sempit dan berliku-liku tu sebenarnya ada terletaknya beberapa gerai kecil yang jual durian betul-betul tepi jalan. Best kalau makan dekat situ sebab dikelilingi pokok-pokok.



Selain itu, saya ke MASJID KAPITAN. Nak dapat parking susah juga tapi kalau bernasib baik, anda akan dapat parking bila pusing-pusing beberapa kali.  



Hard Rock Hotel Penang

   
Next, saya ke NASI KANDAR MASJID KAPITAN KELING yang menjual nasi biryani kandar dan nasi tomato. Gerai yang sangat simple, kerusi meja makan di bahu jalan.. Lauk tak berapa meriah tapi rasa sedap jugak lahh. Rasa macam nasi kandar biasa. Nasi putih ayam goreng sayur kobis goreng dan kuah campur.










Terus balik ke hotel untuk relaks dan mandi manda kolam. 

Untuk makan malam, order room service je. Semalam dah cuba Pizzeria, so malam cuba makanan lain pulak.

Order fried flat rice noodles char kuewtiau, starz shrimp spaghetti aglio olio and starz smoked duck fettucine carbonara. Dapat fried flat rice noodles char kuewtiau dan seafood aglio olio same as order. Tapi patutnya saya order smoked duck fettucine carbonara dapatnya smoked duck salad ahaha. Maybe tersalah dengar tapi takpe sebab okay je. 




Harga memang ikut apa yang kita dapat so takde masalah. Sebaliknya saya happy sebab semua makanan yang sampai memang membuatkan saya puas hati sebab sedap dan terbaik. Harga sebenarnya normal sebab ikut standard harga makanan in room dining hotel 5 star walaupun mahal kalau nak compare dengan makanan yang diluar, tapi portionnya banyak. Memang kenyang. Dah lah sedap, yang penting presentation pun cantik.


Semua sedap (dah berapa kali saya ulang kan). Aglio olio ada rasa spicy sikit, tapi juicy sebab ada tomato. Udang pun banyak. Smoked duck adalah yg paling terbaik antara semua. Menariknya, ada bunga kecik berwarna purple, kuning dan biru as decoration. Rasa sayang nak usik dan makan smoked duck tu sebenarnya. Bau smoke tu memang pleasant. Bila gigit isi itik tu, terasa dan ada bau asap. Dagingnya memang sangat lembut dan juicy. Smoked duck disertakan dengan sos putih yang sedap maybe saffron yogurt as dip dan salad.

 


Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...